... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, May 31, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Mei Minggu Ke-5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gembira hati ibu bapa apabila melihat anak mereka begitu seronok belajar bersama rakan-rakan. Apabila anak-anak gembira semasa belajar, daya fokus terhadap pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan. Moga harapan ibu bapa melihat kecemerlangan anak dalam UPSR 2016 akan menjadi kenyataan.

Berikut adalah paparan gambar kumpulan The Champion menjalankan aktiviti:

Kumpulan 4 (29 Mei, Ahad) di rumah peserta
Syoknya...lepas study, main carrom
Kumpulan 6  (29 Mei, Ahad) di pejabat YDP PIBG.
Kumpulan ini ada pertambahan seorang ahli.

Salah seorang ahli dalam kumpulan menjadi 'Guru Muda'

Tahniah...'Guru Muda' Matematik
Dipantau oleh wakil ibu peserta



Monday, May 30, 2016

PPDa SKTPP Wakil Selangor Peringkat Kebangsaan 2017

Alhamdulillah. Tahniah buat semua warga SKTPP & PPD Sepang. Terima kasih atas komitmen guru-guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa SKTPP yang tak pernah jemu-jemu melaksanakan program PPDa di sekolah kita. Semoga usaha kita akan dirahmati Allah demi membina negara bangsa yang Bebas DARVIH...

Terima kasih JPN Selangor

Saturday, May 28, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Mei Minggu Ke-4

Syabas diucapkan kepada para peserta Program The Champion 2016 sebab semakin aktif menjalankan aktiviti study group. Di sini, sambil belajar para peserta yang berkebolehan akan mengajar atau memberitahu tentang sesuatu ilmu atau konsep kepada rakan dalam kumpulan. Secara tidak langsung proses peningkatan daya ingatan dan kemahiran berlaku kerana idea itu keluar secara berulangkali semasa perbincangan.

Berikut adalah paparan gambar kumpulan The Champion menjalankan aktiviti:

Kumpulan 1 (22 Mei, Ahad) di SKTPP.
Dipantau oleh Pn Norashikin (ibu kepada salah seorang peserta)

Kumpulan 4 (22 Mei, Ahad) di pejabat YDP PIBG

Kumpulan 10 (22 Mei, Ahad)

Nyam..nyam..nyam..seronoknya makan dengan kawan-kawan

Gabungan Kumpulan 1,2,4 dan 5 (23 Mei, Isnin) di rumah peserta

Kumpulan 8 (27 Mei, Jumaat) di SKTPP.  Baru selesai laksanakan study group

Kumpulan 3 (28 Mei, Sabtu) di rumah peserta

Kumpulan 5 (28 Mei, Sabtu) di rumah peserta

Berkarnival Sambil Menderma

Jom datang sekolah memeriahkan Karnival Amal Sekolah Rendah Islam (SRI) Nur Hikmah sambil menderma. Banyak permainan disediakan untuk anak-anak bergembira. Karnival ini akan tamat pada pukul 2.00 petang hari ini (28 Mei 2016).











Friday, May 27, 2016

Majlis Sulaman Budi, Lambaian Kasih Ustaz Muhamad Zainudin bin Kalam

Pada hari Jumaat, 27 Mei 2016 yang penuh barakah telah berlangsungnya Majlis Sulaman Budi Lambaian Kasih bagi meraikan Ustaz Muhamad Zainudin bin Kalam yang akan bertukar ke sekolah baharu di Negeri Pahang.  SKTPP terpaksa akur untuk melepaskan Ustaz Muhamad Zainudin bin Kalam untuk terus menabur jasa mendidik anak bangsa di tempat baharu.  Beliau adalah seorang guru yang sangat komited dan dedikasi dalam menjalankan tugasnya.  Doa seluruh warga SKTPP semoga Ustaz Muhamad Zainudin bin Kalam akan lebih cemerlang dan berjaya di sekolah baharu. 

Warna-warni sepanjang majlis berlangsung...










Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2016 (Sesi Petang)

Alhamdulillah pada hari ini Jumaat 27 Mei telah diadakan sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah untuk murid sesi petang. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peristiwa besar dalam Islam. Ianya juga untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj dan mengambil pengajaran daripadanya.

Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk murid Tahun 1 dan ceramah untuk murid Tahun 2 dan 3. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fadhli bin Haji Harun yang merupakan Pengarah Urusan Fmac Group.  Berikut ialah gambar di sepanjang program tersebut.

Murid Tahun 1 gembira mewarna
Aksi Tahun 1 mewarna
Murid mendengar ceramah yang disampaikan
Tayangan video semasa ceramah
Cenderahati kepada penceramah jemputan

Disediakan oleh : Norazah dan Ummu Athiah

Ceramah Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2016 (sesi pagi)

Sambutan Israk dan Mikraj merupakan aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Muhammad Salami Bin Haji Haji Masri dari Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Puchong Selangor.

Sambutan ini diadakan adalah untuk mengingatkan tentang peristiwa Baginda Rasulullah SAW yang diangkat ke Sidratul Muntaha serta memberi pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memuliakan dan mengingati peristiwa tersebut. Diharap majlis seperti ini dapat menjana potensi murid-murid untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.