Tuesday, December 18, 2018

Selangor Tempat Ketiga Teachers Cup 2018

Tahniah buat Cikgu Junaidi dan Cikgu Izwan kerana berjaya membantu team Selangor meraih Tempat Ke-3 dalam Kejohanan Kriket Piala Warga Pendidik / Teachers Cup 2018 yang berlangsung pada 15 - 18 Disember 2018. Hebat sifu2 kriket kita!





Tuesday, December 4, 2018

Jejak Adiwira Kidzania 2018

Program Adiwira Kidzania merupakan satu program khas Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dengan kerjasama Kidzania Kuala Lumpur. Tahun ini merupakan tahun ketiga program ini dilaksanakan dan merupakan tahun pertama Daerah Sepang menghantar wakil ke peringkat negeri.

Menyokong usaha JPNS dalam Projek Kerjaya Adiwira Kidzania, SK Taman Putra Perdana telah membawa seramai 80 orang murid (Tahun 3 - 6) menyertai Road Tour To Kidzania pada 3 Oktober 2018 yang lalu.

Rentetan daripada program Road Tour To Kidzania, sekolah telah menghantar 2 orang wakil murid ke pertandingan Tokoh Adiwira dan Buku Skrap di peringkat negeri iaitu :

 Muhammad Adam Azfar bin Mazlan (Tokoh Adiwira)
 Nur Ainin Syafila bt Azmi (Pertandingan Buku Skrap)

Sekalung tahniah kepada Muhammad Adam Azfar kerana berjaya menjadi finalis untuk Tokoh Adiwira di Peringkat Negeri sekaligus telah dinobatkan sebagai Tokoh Adiwira Peringkat Daerah Sepang semasa Majlis Penganugerahan Tokoh Adiwira Selangor 2018 di Kidzania hari ini.

Manakala Nur Ainin Syafila berjaya merangkul hadiah saguhati dalam Pertandingan Buku Skrap Kerjaya. Syabas diucapkan. Terima kasih kepada Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) kerana turut sama memberi sokongan kepada peserta-peserta pada tahun ini. Jutaan tahniah juga diucapkan kepada PPD Sepang kerana berjaya merangkul anugerah kategori PPD Terbaik untuk Program Adiwira Selangor 2018.


Momen-momen yang dirakam..


20 November 2018
Pencalonan di peringkat daerah - Ditemuduga oleh Tuan Haji Shamsul Shahid (Pegawai Kaunseling & Kerjaya Murid) di PPD Sepang





27 November 2018
Pencalonan di Peringkat Negeri - Penemuduga adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai PPD dan  dua orang wakil daripada Kidzania, Kuala Lumpur






4 Disember 2018
Majlis Penganugerahan Tokoh Adiwira Selangor 2018 diadakan di Kidzania Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh En Khairul Anuar bin Haji Awang (Ketua Penolong Pengarah, Unit HEM  JPNS)



















Jumpa lagi tahun hadapan

Monday, December 3, 2018

Tatacara Pelaksanaan Pemakaian Kasut Dan Stokin 2019

Berikut adalah tatacara pelaksanaan pemakaian kasut dan stokin sekolah:


Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Murid SK Taman Putra Perdana

Berikut adalah tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid SK Taman Putra Perdana:


Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada:
• Bahagian kiri tudung, atau;
• Bahagian kiri baju kurung, atau;
• Bahagian kiri baju pinafore

Rujukan: Buku Peraturan SKTPP m/s 21 - 22

Friday, November 30, 2018

Tahniah Muhammad Adam Azfar bin Mazlan!

Tahniah buat Muhammad Adam Azfar bin Mazlan - salah seorang daripada 5 pemain kriket SKTPP yang membantu Selangor menjadi Johan Kriket MSSM 2018 telah berjaya mendapat keputusan 6A dlm UPSR semalam.





Adam Azfar : murid contoh - sukan bukan penghalang kejayaan akademik - tahniah!

Sila ikuti laporan kriket MSSM dalam blog SKTPP di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini...

Thursday, November 29, 2018

Penyerahan Pelaporan Sekolah Rendah dan Keputusan UPSR

Penyerahan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk;
- Slip keputusan UPSR / PASR
- PAJSK yang mengandungi keputusan SEGAK
- PBD
- PPsi
Tahniah buat semua murid Tahun 6 atas pencapaian masing-masing. Semoga kemenjadian murid tercapai secara holistik setelah 6 tahun berada di sekolah rendah.