Friday, October 31, 2014

Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Oktober 2014)

Urusetia: Sesi Pagi – Pn Roseniza Bt Setapa
                 Sesi Petang – Pn Hastipa@Zaiton Bt Mat Daud

Masa:  7.00 pagi hingga 7.20 pagi (Sesi Pagi)
             1.00 petang hingga 1.20 petang (Sesi Petang : Isnin – Khamis)
             2.00 petang hingga 2.20 petang (Sesi Petang : Jumaat)





Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid

BIL
TARIKH
NAMA GURU SESI PAGI
NAMA GURU SESI PETANG
PAGAR
1.
01.10.14
Rabu
Roslina bt Jafar
Siti Rabiaah bt Mohammad
Wan Sarinah bt Wan Ibrahim
Suzelawati bt Zakaria
A
B
2.
02.10.14
Khamis
Ainul Balkish bt Mohd Aris
Rosmizawati bt Yusub
Azura Farina bt Abdullah
Nor Suriati bt Ismail
A
B
3.
03.10.14
Jumaat
Norhafiza bt Ismail
Halimatun Saadiah bt Hassan
Salina bt Mohd Tasu
Maizara bt Mahat
A
B
4.
08.10.14
Rabu
Safinatunajakh bt Mat Som
Faridatul-Akmal bt Ismail
Siti Maziah bt Muhamad Tajudin
Noor Azlinda bt Kasmin
A
B
5.
09.10.14
Khamis
Zurilazman bin Abdullah
Nor Shuhada bt Mohd Noor
Mohd Rusydan bin Ismail
Saifullah bin Mat Saupi
A
B
6.
10.10.14
Jumaat
Rosmaria bt Idris
Asma bt Abd Malik
Yani bt Mohammad Sharif
Nur Malisha bt Omar
A
B
7.
13.10.14
Isnin
Ahmad Musrizuan bin Daud
Nurulhuda bt Hasbullah
Afandi bin Mat Zain
Suhaizan bt Sukiman
A
B
8.
14.10.14
Selasa
Mohd.Kamarul bin Abd.Rahman
Norziani bt Zubir
Zabedah bt Othman
Saadiah bt Busrah
A
B
9.
15.10.14
Rabu
Norasmawati bt Omar
Jamillulail bin Mohd Junit
Norazah bt Mohd Ali
Nurrulhuda bt Yaacob
A
B
10.
16.10.14
Khamis
Hafiz bin Md Noor
Jamilah bt Mohd Yusof
Shurhama bt Ahmad
Suriyana bt Nanyan@Salim
A
B
11.
17.10.14
Jumaat
Astina bt Mahad Nor
Norazmira bt Kadirun
Norlida bt Othman
Yusnita bt Yunus
A
B
12.
27.10.14
Isnin
Mazzaini bt Muda
Norhamizah bt Hamzah
Noor Hafizan bt Che Abd.Rahman
Nurazlin bt Mat Nor
A
B
13.
28.10.14
Selasa
Nor Azura bt Mohamad Asir
Nurzainon bt Mohd Razalli
Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Ezza Hairani bt Zainuddin
A
B
14.
29.10.14
Rabu
A’ishah bt Mohammad Nor
Noor Azila bt Ngah
Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
Julaili bt Onian
A
B
15.
30.10.14
Khamis
Rosmawati bt Md Desa
Noriza bt Md Nor
Nor Holwani bt Yahaya
Norazian bt Mat Anuar
A
B
16.
31.10.14
Jumaat
Zailezah bt Sardi
Maimunah bt Yob
Grace a/p Danaraj
Fadhilah bt Talib
A
B

Pemantauan Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid
HARI
SESI PAGI
SESI PETANG
Isnin
Tn Hj Ahmad Fuadi Bin Sarham@Hj Mohd Dahlan
Pn W.Rosmawati Bt W.Ibrahim
Selasa
Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali
Pn Rosmah Bt Jamat
Rabu
Pn Jamilah Bt Arifin
Pn Jumilah Bt Ahmad
Khamis
Pn Azizah Bt Mokhlas

Pn Rozimah Bt Yaakob
Jumaat
Pn Juli Bt Mahbah

Pn Nor Arzah Bt Hussin


Friday, October 24, 2014

Selamat Menyambut Awal Muharram

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
  Justeru pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat  Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1436H kepada seluruh Muslimin dan Muslimat warga SKTPP. Semoga Allam menerima semua amalan kita pada tahun ini dan semoga tahun baharu kita akan sama-sama berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat semata-mata kerana Allah SWT. Didoakan kita diberikan taufik, hidayah dan sentiasa dalam rahmatNYA. Insya Allah....


Saturday, October 18, 2014

Cuti Deepavali

Sebagaimana yang telah dimaklumkan lebih awal (sila klik di sini), sekolah akan bercuti selama seminggu bermula pada 20 - 24.10.2014 sempena perayaan Deepavali. Murid-murid telah pun bersekolah ganti pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM tersebut.
   Justeru pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid serta Selamat Menyambut Deepavali kepada semua murid, ibu bapa dan guru yang beragama Hindu. Semoga berbahagia di samping keluarga dan sanak saudara...




Friday, October 17, 2014

Program Guru Penyayang (Sambutan Hari Lahir Murid Yang Lahir Pada Bulan Oktober)

Sebagaimana lazim, pihak SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Sambulan Hari Lahir kepada murid-murid yang lahir pada bulan Oktober;
Sesi pagi:
Tarikh: 13 Oktober 2014 (Isnin)
Masa: Waktu perhimpunan
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Sumbangan kek oleh: Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali dan Pn Julaili Bt Onian
Sesi petang:
Tarikh: 17 Oktober 2014 (Jumaat)
Masa: 2.10 - 2.30 petang
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Sumbangan kek oleh: Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali dan Ustazah Wan Sarinah Bt Wan Ibrahim

Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat anak-anak murid yang disayangi sekalian. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis sesi pagi dan sesi petang dijalankan:

Tuesday, October 14, 2014

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2014 (Sesi Petang)

Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali pertama telah disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia. 

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana telah disambut dengan meriahnya hari ini.

 Majlis dimulai dengan ucapan wakil murid dan Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKTPP. Majlis diteruskan dengan penganugerahan Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah persembahan setiap kelas dimulai dengan tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan persembahan daripada pemenang setiap tahun.

Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang

Tokoh Kanak-kanak Sesi Petang ialah adik Tengku Nur Alya Iman binti Tengku Norsyawalludin. Beliau telah dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang. Beliau sentiasa mendapat tempat pertama dalam Peperiksaan Akhir Tahun di Tahun 1 dan 2. Beliau juga mendapat keputusan yang cemerlang tempat pertama pada Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini. 


Beliau juga adalah pengawas sekolah dan aktif menyertai aktiviti sekolah seperti Pertandingan Action Song 2014. Selain itu beliau juga memegang jawatan pengawas di Sekolah Agama Al Fakhri dan mewakili sekolah dalam pertandingan kamil sebagai penyanyi solo kumpulan nasyid tahap 1 dan menjadi johan.

Keperibadian beliau terserlah apabila sering menunjukkan sahsiah yang terpuji kerana sentiasa ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakan yang memerlukan bantuan.

Pengacara pada hari tersebut Pn. Jumilah dan Pn. Azura Farina dan murid tahun 3
Ucapan Wakil Murid
Majlis di rasmikan oleh Guru Besar
Tokoh Kanak-Kanak diara
Tokoh Kanak-Kanak disandang oleh
Adik Tengku Nur Alya Iman Binti Tengku Norsyawalluddin
Bersama Tengku Norsyawalludin bapa kepada Tokoh Kanak-Kanak
Persembahan murid tahun 1
Persembahan murid Tahu 2 Pediatrik
Persembahan Kelas Hematologi










Antara pemenang persembahan



Sambutan Hari Kanak-kanak 2014 (Sesi Pagi)

Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diadakan pada hari Selasa, 14 Oktober 2014, bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Objektif Hari Kanak-Kanak diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan  kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk memberi perlindungan, kebajikan dan kesejahteraan kepada mereka. Sesuai dengan slogan "Kami Benci Dadah" murid-murid dipupuk supaya timbul perasaan benci dadah dan sebagai musuh mereka sejak kecil lagi.

Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah persembahan daripada adik-adik Prasekolah dan PPKI, persembahan sketsa daripada murid tahun 4, persembahan tarian daripada murid tahun 5 dan persembahan nyanyian bagi murid tahun 6.

Antara gambar semasa majlis berlangsung :

 Barisan pentadbir turut menyaksikan persembahan

 Majlis dipengerusikan oleh murid Tahun 5

 Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar SKTPP


Tokoh Kanak-Kanak Tahap 2 disandang oleh adik Mohd Shahrizal bin Rahmat





Persembahan dari murid Prasekolah

Persembahan dari murid PPKI

Hakim bagi mengadili pertandingan persembahan

Murid-murid mendapat aiskerim dan roti percuma

Persembahan sketsa oleh murid Tahun 4


Persembahan tarian oleh murid Tahun 5



Persembahan nyanyian oleh murid Tahun 6



Penyampaian hadiah kepada pemenang sesi pagi disambung pada keesokan harinya



Tahniah kepada semua pemenang!
Kami Benci Dadah!


Disediakan oleh :
Pn. Nora Azean