... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 31, 2013

MEMO PEMAKLUMAN TERKINI

Ibu bapa/penjaga murid,
SK Taman Putra Perdana.

PERKARA 1:
Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2013, sekolah akan mengambil cuti tambahan sebanyak 2 hari seperti jadual di bawah:
Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Isnin (5 Ogos 2013)
Cuti Peristiwa
Tidak perlu ganti
Selasa (6 Ogos 2013)
Cuti Berganti
24.8.2013 (Sabtu)
(Jadual hari Selasa)





Sehubungan itu, sekolah akan mula bercuti pada 3.8.2013 (Sabtu) hingga 18.8.2013 (Ahad) dan akan dibuka 19.8.2013 (Isnin). 

* Makluman cuti yang awal dikeluarkan dalam blog sekolah bertarikh 20 Julai 2013 adalah terbatal.

PERKARA 2:
Sempena Majlis Khatam AL-Quran dan Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim pada 2 Ogos 2013, sekolah akan dijalankan satu sesi sahaja.  Semua murid sesi petang dikehendaki hadir sebelum jam 7.20 pagi.  Semua murid sesi pagi bawa buku mengikut jadual sebelum waktu rehat dan sesi petang mengikut jadual selepas waktu rehat.  Sekolah akan tamat pada pukul 11.50 pagi.

PERKARA 3:
Kad Cycloton Jom Berbasikal 2013 telah diedarkan kepada anak tuan/puan.  Diharap tuan/puan dapat berganding bahu membantu PIBG mengumpul dana mulai sekarang hingga 4.10.2013.  Kemuncak program akan diadakan acara berbasikal beramai-ramai pada 5.10.2013 di Taman Putra Perdana.    

Kami warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hati dijalan raya.



Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Memo pemakluman akan diedarkan pada 1.8.2013 (Khamis)
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-28 (SESI PETANG)

Hari     :           Isnin
Tarikh  :           29 Julai 2013
Masa    :           4.45 petang hingga 5.35 petang
                                      
GURU BERTUGAS:
Puan Azizah bt Ab Hamid
Puan Nurrulhuda bt Yaacob
Puan Nora bt Sabihi
Puan Wan Sarinah
Puan Nazahiyah
Cik Mazni bt Napiah

LAPORAN:
1.0              Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
1.1              Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
1.2              Bacaan doa oleh pengawas, Asyraaf Aqasha bin Mohd. Fadzir (3 Zeta)
1.3              Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nurrulhuda bt Yaacob.
1.4              Ikrar murid oleh pengawas, Alya Fariha bt Azairry.
2.0              Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Suriyana bt Nanyan)
2.1              Waktu Rehat.  Murid-murid diingatkan agar duduk dengan tenang di Dewan Perdana ketika    menonton tayangan yang disediakan.
2.2              Peringatan kepada murid-murid agar tidak hadir lewat ke sekolah dan tidak berlari ketika 
                   pulang ke rumah.
2.3              Murid-murid diingatkan untuk tidak bermain berhampiran tembok di hadapan sekolah.
3.0              Ucapan Guru Bertugas Minggu ke-28 (Puan Nurrulhuda)
3.1              Tema  :  Menghormati hak orang lain
3.2              Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menghormati hak-hak orang lain kerana ianya amat    dituntut oleh agama.
3.3              Hak terbahagi kepada dua iaitu hak secara fizikal dan hak secara lahiriah.
                   Hak Fizikal- contohnya murid tidak boleh mengambil harta benda rakan-rakan seperti pensel, 
                   pemadam, duit dan lain-lain.
                   Hak lahiriah- murid perlu menjaga maruah, kehormatan serta harga diri rakan-rakan seperti 
tidak mempersendakan, berkata perkara yang tidak elok kepada rakan dan sebagainya.
3.4           Perkataan LAWAD
3.4.1        Bahasa Malaysia         -  Hangat bermaksud  panas api
3.4.2        Bahasa Inggeris           -  Orchard  bermaksud dusun
3.4.3        Bahasa Arab               -  Samakun bermaksud  ikan

4.0   Keputusan Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-28
4.1   Tahun 1:
         Tempat pertama          -           Anestesiologi
         Tempat kedua             -           Respiratori
         Tempat ketiga             -           Kardiologi
4.2    Tahun 2:
         Tempat pertama          -           Zuhrah
         Tempat kedua             -          Musytari
         Tempat ketiga             -          Neptun
4.3   Tahun 3:
        Tempat pertama          -          Delta
        Tempat kedua             -          Zeta
        Tempat ketiga             -          Omega

5.0   Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Bahasa Tahun 2013
        dipengerusikan oleh Pn Jumilah bt Ahmad.
         Acara yang dipertandingkan adalah seperti di bawah:
                     5.1   : Tahun 1 – Teka silang kata dan bercerita
                     5.2   : Tahun 2 – Mendeklamasikan sajak
                     5.3   : Tahun 3 – Bercerita 

6.0 Ucapan Penyelia Petang (En. Rosdin Bin Ibrahim)

6.1  Semua murid perlu lebih berdisiplin agar majlis penutupan ini akan berjalan dengan lebih lancar.
6.2  Murid-murid diingatkan supaya mengamalkan penggunaan bahasa yang betul semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan, ibubapa serta guru-guru dan tidak menggunakan bahasa pasar.

Antara paparan semasa penyampaian hadiah:


Antara hadiah yang akan disampaikan oleh Encik Rosdin
Murid yang memenangi pertandingan bercerita






                     

JADUAL KELAS TAMBAHAN MASA CUTI SEKOLAH


Untuk makluman ibu bapa /penjaga murid-murid Tahun 6 sukacita dimaklumkan bahawa pihak SK Taman Putra Perdana akan mengadakan kelas tambahan pada masa cuti Hari Raya Aidil Fitri memandangkan murid-murid akan bercuti hampir 2 minggu.

Maklumat kelas Tambahan adalah seperti berikut:
Tarikh : 15&16 Ogos (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 Tengahari.

* Kantin tidak dibuka pada hari tersebut.
* Murid boleh berpakaian sukan )

Hari Khamis : 15 Ogos 2013
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
Kelas : 6 Tiung&Nuri
Kelas : 6 Merpati,Merak&Kelicap
Kelas: 6 Helang,Belatuk &Bangau
8.00-9.00 pagi
B.Inggeris (Pn Jin Nee)
8.00-900 pagi
B.Inggeris ( Pn Rosmizawati)
8.00-9.00 pagi
B.Inggeris ( Pn Norliza)
9.00-10.00 pagi
Matematik ( Pn Visva )
9.00-10.00 pagi
Matematik (Pn Musaliha)
9.00-10.00 pagi
(En Tarmiji)
REHAT
REHAT
REHAT
10.30—11.30 pagi
Sains ( Pn Norasmawati)
10.30—11.30 pagi
Sains ( Pn Zailezah)
10.30—11.30 pagi
( Pn Zuraini )
11.30-12.30 tengahari
B.Melayu ( Pn Mazzaini )
11.30-12.30 tengahari
( Pn Norli )
11.30-12.30 tengahari
( Pn Maimunah )

Hari Jumaat: 16 Ogos 2013

KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
Kelas : 6 Tiung& Nuri
Kelas : 6 Merpati,Merak&Kelicap
Kelas: 6 Helang,Belatuk& Bangau
8.00-9.00 pagi
Sains ( Pn Zailezah )
8.00-900 pagi
Sains ( Pn Zuraini)
8.00-9.00 pagi
Sains ( Pn Norasmawati )
9.00-10.00 pagi
B.Melayu (Pn Norli )
9.00-10.00 pagi
B.Melayu (Pn Maimunah)
9.00-10.00 pagi
B. Melayu (Pn Mazzaini)
REHAT
REHAT
REHAT
10.30—11.30 pagi
B. Inggeris (Pn Rosmizawati)
10.30—11.30 pagi
B. Inggeris( Pn Norliza)
10.30—11.30 pagi
B. Inggeris (Pn Kwa Jin Nee)
11.30-12.30 tengahari
Matematik ( Pn Musaliha)
11.30-12.30 tengahari
Matematik ( Pn Visva)
11.30-12.30 tengahari
Matematik (En Tarmiji)

KAD KUTIPAN SUMBANGAN KARNIVAL CYCLOTHON

Bagi menjayakan Karnival Cyclothon, pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru SKTPP telah menyediakan satu kad kutipan khas bagi mendapatkan sumbangan daripada semua pihak. Kad ini akan diedarkan kepada tuan/puan melalui anak masing-masing pada 31 Julai 2013.  Setiap sumbangan yang dihulurkan perlu dicatat pada kad kutipan sebagai rujukan. Seterusnya sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Bendahari PIBG melalui guru kelas murid berkenaan.


Untuk makluman semua, kutipan sumbangan akan bermula pada 31 Julai sehingga 4 Oktober 2013. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi nombor di talian yang tertera pada kad kutipan tersebut.




Disediakan oleh : Setiausaha PIBG SKTPP


KARNIVAL CYCLOTHON 'JOM BERBASIKAL' SKTPP 2013

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) akan menganjurkan  Karnival Cyclothon berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh   : 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa    : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Matlamat Karnival Cyclothon diadakan bertujuan :

  • Menambah dana PIBG bagi melaksanakan program pendidikan dan kemudahan infrastruktur sekolah.
  • Memberi rasa lebih bertanggungjawab di kalangan pelajar bagi meneruskan kecemerlangan akademik dan Kokurikulum SKTPP
  • Kesedaran gaya hidup sihat di kalangan warga SKTPP
  • Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah serta pelajar SKTPP
  • Melahirkan semangat kerjasama antara semua warga SKTPP
  • Menyediakan kemudahan ICT yang terbaik untuk kegunaan warga sekolah
  • Menaiktaraf kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Oleh itu, satu kutipan sumbangan akan diadakan sebelum karnival berlangsung menggunakan kad kutipan khas yang telah disediakan. Semoga karnival ini dapat berjalan lancar dengan kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak demi merealisasikan matlamat di atas.


Disediakan oleh : Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman
                            Setiausaha PIBG sesi 2013





Tuesday, July 30, 2013

PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-5

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 bermula pada 01 Julai 2013. Sehubungan itu semua ibu bapa dan murid-murid SK Taman Putra Perdana dipelawa untuk menyertanya.

Objektif pertandingan tersebut adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam penulisan blog serta berkongsi kandungan blog tersebut.

Antara kategori pertandingan :
  1. Pelajar dan guru sekolah
  2. Pelajar dan pensyarah IPTA/IPTS
  3. Sekolah
  4. Terbuka
Pendaftaran boleh dibuat secara online di http://ict.upsi.edu.my/ictday mulai 01 Julai 2013
Tarikh tutup penyertaan ialah 04 Oktober 2013.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://ict.upsi.edu.my/ictday. Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak urusetia di talian 015-48117556 (Siti Munirah Binti Ahmad), 015-48117917 (Norashikin Binti Zainal Abidin) atau 03-87069450/012-2200327 (En Mohamad Halim bin Sahri-Unit Kokurikulum Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Sepang).



Disediakan oleh : Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman
                            Setiausaha PIBG sesi 2013


MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI BULAN BAHASA 2013

Program Bulan Bahasa 2013 anjuran Panitia Bahasa Malaysia SKTPP telahpun menutup tirainya. Oleh itu, semalam (29 Julai 2013) telah berlangsungnya satu majlis penutupan dan penyampaian hadiah bagi para pemenang yang telah berjaya dalam pertandingan yang telah dijalankan.  Antara aktiviti yang telah dipertandingkan adalah:

1.  Mencari Benda Tersembunyi (Tahun 1)
2.  Bercerita (Tahun 1)
3.  Mencari Sisip Suku Kata (Tahun 2)
4.  Mendeklamasi Sajak (Tahun 2)
5.  Membentuk Kata (Tahun 3)
6.  Bercerita (Tahun 3)

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung


Pn. Jumilah selaku pengacara majlis pada hari tersebut
Ucapan Penolong Kanan Petang, En. Rosdin B. Ibrahim sekaligus menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Aktiviti Bulan Bahasa 2013.


               

     

Antara pemenang yang telah berjaya



Disediakan oleh:
Pn. Nor Maziah Abd Malek

Monday, July 29, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-28 (SESI PAGI)

Hari: Isnin
Tarikh: 29 Julai 2013
Masa: 7.30 pagi hingga 8.40 pagi

GURU BERTUGAS:
1) Mohd Kamarul Rahman (Ketua)
2) Nor-Azura Mustafa
3) Norhana Nordin
4) A'ishah Mohd Nor
5) Juli Mahbah
6) Norshakila Rusly
7) Norhanawati Alinda
8) Roseniza Setapa

LAPORAN:

1         1.0   Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
                   1.1   Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
                   1.2   Bacaan Doa oleh pengawas, Muhammad Syazwan bin Sa'ari (6 Tiung)
                   1.3   Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Roseniza Binti Setapa
                   1.4   Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Pagi, Nur Anis Zarith Sofea Binti Zam Azizul
                           (6 Tiung)

2         2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Khairon Najmi Binti Haron)
                   2.1   Kehadiran murid ke sekolah.
                           Didapati semakin ramai murid yang datang lewat dan tidak hadir ke sekolah tanpa
                           sebab.
                           Diharap semua murid dapat mendisiplinkan diri untuk hadir ke sekolah lebih awal
                   2.2   Sikap tidak menghormati majlis ilmu.
                           Masih ramai murid yang berlari-lari, bermain dan membuat bising ketika sesi Tadarus
                           Al-Quran berlangsung di Dewan Perdana. Diharap murid yang tidak terlibat dengan sesi
                           Tadarus Al-Quran akan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti menyiapkan kerja
                           rumah atau membaca buku.

3         3.0   Keceriaaan Kelas Bagi Minggu ke-27
                   3.1   PPKI      :   Tempat Pertama - Bestari
                                              Tempat Kedua - Kreatif
                                              Tempat Ketiga - Proaktif
                   3.2   Tahun 4   :   Tempat Pertama - Wira
                                              Tempat Kedua - Waja
                                              Tempat Ketiga - Exora
                   3.3   Tahun 5   :   Tempat Pertama - Balau
                                              Tempat Kedua - Seraya
                                              Tempat Ketiga - Keruing
                   3.4   Tahun 6   :   Tempat Pertama - Tiung
                                              Tempat Kedua - Helang
                                              Tempat Ketiga - Merpati

4         4.0   Perkataan LAWAD Minggu ini
                   4.1   Bahasa Melayu      :   Kisi-kisi - palang/jeriji
                   4.2   Bahasa Inggeris      :   Mouse - tetikus
                   4.3   Bahasa Arab          :   Al-arnabu - arnab

5         5.0   Ucapan Guru Bertugas (Pn Roseniza Binti Setapa)
                    Tema:   Menghormati Hak Orang Lain
                    5.1   Menghormati hak orang lain adalah perkara dasar dalam kehidupan bermasyarakat. Ia
                            juga adalah antara prinsip yang paling dituntut dalam agama.
                    5.2   Hak terbahagi kepada dua iaitu hak secara fizikal dan hak secara lahiriah.
                    5.3   Hak secara fizikal merujuk kepada harta benda yang dimiliki oleh seseorang itu yang
                            tidak boleh diambil atau digunakan tanpa kebenaran.
                    5.4   Hak secara lahiriah merujuk kepada maruah, kehormatan serta harga diri seseorang
                            individu itu yang perlu dihormati setiap masa.

6         6.0   Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Bahasa Tahun 2013
                   (Pn Mazzaini Binti Muda)
                    Acara yang dipertandingkan
                     6.1   : Pra Sekolah - Tulisan Cantik dan Pantun
                     6.2   : PPKI - Huruf Vokal Tersembunyi dan Permainan Bahasa
                     6.3   : Tahun Empat - Ganda Huruf dan Sajak
                     6.4   : Tahun Lima - Syair dan Silang Sinonim
                     6.5   : Tahun Enam - Pidato dan Delapan Kekata

7         7.0   Ucapan Guru Besar (Encik Sukimin  Bin Juki)
                   7.1   Murid dinasihatkan supaya tidak bermain bunga api atau mercun kerana ia amat
                           berbahaya.
                   7.2   Semua murid Tahun Enam perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang
                           tinggal beberapa hari lagi.
                   7.3   Semua guru dan murid perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, sentiasa
                           mempunyai sifat bantu membantu dalam apa jua situasi dan sentiasa berusaha untuk
                           mengubah perlakuan ke arah yang lebih baik.

8         8.0   Pengumuman
                   8.1   Makluman tentang penggunaan makmal pada hari ini adalah seperti berikut:
                           Makmal 1 - 5 Seraya
                           Makmal 3 - 4 Alza
                   8.2   Penggunaan tablet - 5 Jati

           Antara paparan semasa perhimpunan:

Barisan guru bertugas

Pemenang keceriaan kelas PPKI


Salah seorang pemenang pertandingan Bulan Bahasa

Pemenang pertandingan Bulan Bahasa  bagi kategori Prasekolah



       

                 


                         
       


Sunday, July 28, 2013

Frog VLE: Akhirnya Kita Mampu Bangkit Semula!

Pada penghujung Februari 2012, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah dipilih bersama lima buah sekolah lain oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merintis penggunaan Frog VLE.  Tiga buah sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di Selangor dan Kuala Lumpur memikul tanggungjawab tersebut. 

Syukur alhamdulillah berkat usaha bersungguh-sungguh sejak Frog diperkenalkan, akhirnya berlaku peningkatan mendadak bermula dari bulan September (2,360 log masuk) hingga Oktober 2012 (4,140). Namun selepas itu ia semakin merudum dan tiada sebarang petunjuk akan berlaku kebangkitan. Mungkin pertukaran secara mengejut Guru Penyelaras ICT Pn. Rubiaton Ibrahim ke Jabatan Pelajaran Negeri pada Oktober 2012 merupakan antara punca kemerosotan ini.  
Beliau yang merupakan antara tulang belakang program ini selain daripada pasukan fasilitator Frog yang diketuai oleh Pn. Norinna Mohamed. Pihak sekolah terpaksa bermula dari bawah semula apabila segera terpaksa memilih pengganti Guru Penyelaras ICT.  Bukan mudah untuk mengenali dan memahirkan diri dengan pelbagai perkara yang brkaitan dengan ICT di sekolah dalam tempoh yang singkat.

Apabila sekolah dibuka semula, tanda-tanda positif masih belum kelihatan.  Namun atas usaha guru- guru yang tidak mengenal jemu akhirnya mendatangkan hasil apabila pada bulan Mac 2013 peningkatan mendadak sehingga 3,070 log masuk dicatatkan.  Peningkatan berterusan dan merosot semula apabila sekolah bercuti.  Namun pada bulan Julai 2013 berlaku keajaiban apabila bilangan log masuk melonjak 200% dari bilangan terteinggi sebelum ini iaitu dengan 8,130 log masuk.  

Catatan bilangan log masuk ke Frog VLE sejak Ogos 2012:
  1. Ogos 2012 - 601 
  2. September 2012 - 2.36 k
  3. Oktober 2012 - 4.14 k
  4. November 2012  - 1.27 k
  5. Disember 2012  - 478
  6. Januari 2013 - 990
  7. Februari 2013 - 694
  8. Mac 2013 - 3.07 k
  9. April 2013 - 4.06 k
  10. Mei 2013 - 2.25 k
  11. Jun 2013 - 984
  12. Julai 2013 - 8.13 k
Syabas dan terima kasih kepada semua guru, staf, murid, ibubapa terutamanya kepada Penyelaras Frog Pn. Norinna Mohamed, Penyelaras ICT Cik Noor Azlinda Kasmin dan Pn. Arjunawati Ahmad Nuze serta semua fasilitator yang tidak kenal jemu tabah berusaha melaksanakan amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang memenuhi aspirasi PPPM 2013-2025.

Berikut ialah geraf kadar penggunaan Frog VLE yang ambil dari fungsi Analytics aplikasi Frog tersebut.

Lompatan saujana kadar bilangan penggunaan Frog berlaku dalam bulan Julai 2013


Penggunaan harian tertinggi dicatatkan pada hari Khamis, 25 Julai 2013


Kelihatan peningkatan kadar [penggunaan dari minggu ke minggu


Selain itu blog sekolah masih kekal menjadi rujukan ramai

Ini ialah sebahagian daripada kronologi pelaksanaan Frog VLE di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana:

01.03.2012 Latihan Frog VLE kepada Pentadbir di SJK (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur
06.03.2012 Latihan Frog VLE - Pn. Elizabetih & co
16.04.2012 Kursus VLE 1BestariNet - Pn. Hong dan Pn. Tong
15.05.2012 Mesyuarat Bersama Merancang Pelaksanaan Frog VLE
16.06.2012 Penyertaan Murid ke Frog Student Engagement Workshop di Sentul Park
12.07.2012 Kursus Antaramuka Baru Frog VLE - Pn. Yasmin, Cik Azima, Cik Aizat
02.08.2012 Lawatan Support Team FrogAsia
29.08.2012 Penyerahan Id FrogAsia kepada Semua Murid
29.09.2012 Panduan Frog VLE untuk Guru dan Ibubapa
05.10.2012 Pelancaran Frog VLE
05.10.2012 Pelancaran Frog Sesi Petang
13.10.2012 Taklimat Frog VLE kepada Komuniti Putra Perdana
19.10.2012 Taklimat 1BestariNet dan Frog VLE kepada SK Kelulut
19.11.2012 The Buzz on School Champion Conference 2012 di Ritz Carlton, KL

14.01.2013 Bengkel Frog VLE kepada Ketua dan Setiausaha Panitia
21.01.2013 Bengkel Membina Laman Kokurikulum Fasa 1
22.01.2013 Bengkel Membina Laman Kokurikulum Fasa 2
29.01.2013 Bengkel Lanjutan Frog VLE
04.02.2013 Lawatan FrogAsia - Mr. Graham Thorpe & Pn. Tong
15.03.2013 Lawatan FrogAsia - Ms. Arafeh & Cik Azimah
11.05.2013 Karnival 1BestariNet VLE (Roadshow)
07.07.2013 Menjadi Champion School Leaderboard Primary
22.07.2013 Penggunaan Frog VLE melonjak hingga 8,130 log masuk.

....dan kini Frog masih terus melompat, melompat, melompat dan melompat di sekolah kita!
645348

Thursday, July 25, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS DAN ICT DARI INSTITUT AMINUDDIN BAKI



Tarikh: 24 Julai 2013


Hari: Rabu


Masa:1.20 pm - 3.00 pm

Pada hari ini, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Ahmad Nahran Bin Haji Ishak dan turut serta seramai orang guru yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran dari sekolah menengah dan sekolah rendah, Guru ICT serta guru-guru.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat ICT dan diikuti dengan taklimat PBS yang disampaikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Encik Sukimin Bin Juki. Perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama semasa sesi taklimat dan sesi soal jawab juga berjalan lancar. Semua peserta lawatan yang datang berpuas hati dengan maklumat yang diberikan. Mereka juga menunjukkan respon yang positif melalui komunikasi dua hala semasa proses taklimat tersebut. Majlis bersurai pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah antara gambar - gambar yang telah diambil sepanjang tempoh lawatan tersebut:


Guru Besar, Encik Sukimin Bin Juki memberi taklimat
Sesi taklimat 
Sesi soal jawab

PERTANDINGAN BERCERITA TAHUN 3

Semalam (24 Julai 2013) telah berlangsungnya satu lagi Pertandingan Bercerita Tahun 3, anjuran Panitia Bahasa Malaysia sempena Bulan Bahasa 2013.  Pertandingan yang mengetengahkan murid-murid yang berbakat dari setiap kelas telah berjaya mencuit hati penonton. Pertandingan kali ini dihakimi oleh dua orang juri iaitu Pn. Azizah Ab Hamid dan Pn. Nor Maziah Abd Malek.  Pertandingan sebegini dilihat telah berjaya mencungkil bakat dalam kalangan murid-murid dan ia juga berjaya memupuk keyakinan dalam diri murid-murid. Semoga pertandingan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sepanjang pertandingan dijalankan.


Pendaftaran para peserta


Juri yang ditugaskan menghakimi pertandingan: Pn Azizah dan Pn. Nor Maziah 

Pn. Nik Rosmaliza selaku pengacara majlis





 Antara peserta yang mengambil bahagian


Disediakan oleh:
Pn. Nor Maziah Abd Malek