Wednesday, October 31, 2012


HARI GRADUASI TAHUN 6 2012 (KOHORT SISTEM PENGOPERASIAN)

Pada 31 Oktober 2012, telah berlangsung Hari Graduasi untuk semua murid tahun 6 bersempena tamatnya pengajian di sekolah rendah.  Majlis ini telah bermula pada pukul 7.40 pagi di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana(SKTPP).  Majlis ini telah dirasmikan oleh NYDP PIBG iaitu Encik Rushdan bin Mohammed.

Berikut adalah paparan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:



Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Siti Habsah

Ucapan perasmi, En Rushdan bin Mohammed

Penyampaian sijil

Ulek Mayang - 6 Windows
Dikir Barat - 6 Xenix

Penyampaian sijil

Penyampaian sijil

Tarian Zapin - 6 Unix
Tarian 1 Malaysia - 6 Solaris

Tarian Endang - 6 Symbian


Penerimaan  cenderamata daripada Kohort Sistem Pengoperasian

Gambar kenangan 



Semoga kenangan manis Hari Graduasi ini akan kekal abadi dalam memori murid-murid tahun 6.

Tuesday, October 30, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-40 (SESI PETANG)


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-40 (SESI PETANG)

Hari    :  Isnin
Tarikh :  29 Oktober 2012
Masa  :  6.10-6.40 petang

Guru-guru Bertugas:
  1. Puan Suraini binti Che Li (K)
  2. Puan Norkhusaini binti Salehuddin
  3. Encik Zawadi bin Ali
  4. Puan Suzelawati binti Zakaria
  5. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
  6. Puan Noorhafizan binti Che Abd Rahman
  7. Puan Aznita binti Ahmad

LAPORAN
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah.
  • Bacaan doa oleh adik Fathul Akbar (3 Waja)
  • Ikrar rukun negara oleh Encik Zawadi bin Ali selaku Pengerusi Majlis
  • Ikrar murid oleh adik Husna Aqilah (3 Waja)
2. Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Puan Norhayati binti Ismail)
  • Sepanjang minggu lepas, cuaca kerap hujan di sebelah petang. Ramai murid didapati bermain air hujan. Guru menasihatkan agar murid tidak bermain dengan air hujan kerana dikhuatiri demam dan untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
  • Keadaan disiplin murid sekarang merosot dan tidak terkawal. Murid lebih banyak bermain.
3. Keputusan Pemenang Hadiah NILAM
  • Tempat Pertama
  1. Alyssa binti Ezral (3 Wira)
  2. Syamimi Faqihah binti Harun (3 Wira)
  3. Muhammad Irsyad Ilham (3Waja)
  4. Alya Nur Qistina binti Azizi (3 Wira)
  5. Nur Aisyah binti Azmi (2 Omega)
  • Tempat Kedua
  1. Nur Hana Aqilah binti M. Yasir (3 Juara)
  2. Syazwana Nurazmina binti Azizul (2 Sigma)
  3. Nurul Najwa binti Mustapha (3 Persona)
  4. Safwa Azalea binti Shahrulnizam (3 Wira)
  5. Khairunnisa Balqis (2 Omega)
  6. Anis Sabrina binti Mohd Khuzai (3 Persona)
  • Tempat Ketiga
  1. Zeishara Yasmeen binti Zies Rahman (3 Persona)
  2. Damia Izora (3 Waja)
  3. Nur Izzah Amalia binti Zulkefli (2 Theta)
  4. Ainnur Amirah binti Shahnoputra (3 Myvi)
  5. Nur Farah Adiba binti Mohd Khairullah (3 Myvi)
  6. Kauthaman a/l Thirunyanam (2 Sigma)
  • Saguhati
  1.  Nur Alia Safirah binti Muhamad Haikal Iskandar @ Candranori (3 Wira)
  2. Ismahani Izzati binti Mohd Hafiz (3 Alza)
  3. Syarifah Qhuzhaimah binti Syed Abdillah (2 Gamma)
  4. Aleeya Nafrisa binti Mohd Nahar (3 Waja)
  5. Adnin Mashitah binti Nor Azaman (1 Zuhrah)
  6. Siti Wafa Kiasatina binti Rashdan (1 Zuhrah)
  7. Navena a/p Murugaiah (3 Alza)
  8. Mohd Hafizan Hakim bin Mohd Rusli (2 Sigma)
  9. Nur Zulaikha binti Mohd Sanep (2 Sigma)
  10. Siti Sholehatin binti Pusiman (2 Gamma)
  11. Nur Haziqah Azwa (2 Lambda)
  12. Nur Hanna Syafiqah (2 Lambda)
4. Perkataan LAWAD
  • BM : Karam               = tenggelam
    BI    : Pattern              = corak
    BA  : Sobuunun         = sabun
5. Pengumuman/Pemakluman
  •  Penghantaran buku teks (Puan Shurhama binti Ahmad)
          -Murid diminta agar mengikat semua buku dan membawanya ke sekolah.
          -Murid juga perlu mengasingkan buku teks dan buku aktiviti.
          -Buku yang hilang perlu diganti.
  • Hari Jalinan Mesra (Puan Suriyana Nanyan)
          -Semua murid dikehendaki datang ke sekolah seperti biasa pada pukul 2.10 petang.

6. Ucapan Penolong Kanan Petang (Encik Rosdin bin Ibrahim)
  • Beliau memaklumkan bahawa 2 minggu lagi sesi persekolahan bagi tahun 2012 akan berakhir. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya mendapat markah tinggi dalam peperiksaan akhir dan meminta agar murid yang belum berjaya supaya belajar bersungguh-sungguh pada tahun akan datang.
  • Beliau juga mengucapkan tahniah kepada murid yang mendapat hadiah membaca buku paling banyak untuk program NlLAM.
  • Encik Rosdin mengulas tentang ucapan Puan Norhayati dan menasihatkan agar murid mesti pandai memilih kawan.
  • Makluman tentang Hari Jalinan Mesra yang akan diadakan pada hari Jumaat ini (2 Nov 2012).
Sesi perhimpunan tamat pada pukul 6.40 petang.

Disediakan oleh: Puan Norkhusaini & Puan Suraini







Monday, October 29, 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Perhatian kepada semua pelajar tahun 6 yang memohon untuk masuk ke SBP dan Sekolah kawalan. Terdapat 56 orang pelajar yang memohon ke SBP dan sekolah kawalan masih belum mencetak permohonan mereka. Sila cetak permohonan dan hantar ke pejabat Sekolah Taman Putra  untuk urusan pengesahan oleh pihak pentadbiran. Sila hantar dengan segera kerana tarikh pengesahan telah dipinda dari 30.11.2012 kepada pada atau sebelum 03.11.2012 Terima kasih.

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-40





Hari     :    ISNIN
Tarikh  :    29 Oktober 2012
Masa  :    7.30 - 8.20 Pagi

GURU BERTUGAS: 
1.                  En. Ismarizal Ismail (K)
2.                  En. Sri Mahathevan
3.                  Pn. Noor Hanawati Alinda
4.                  Pn. Zuraini Ismail
5.                  Pn. Kwa Jin Nee
6.                  Pn. Roseniza Setapa
7.                  Pn. Visva Vilasini

LAPORAN


1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
·                     Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
·                     Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix)
·                     Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh En. Ismarizal b. Ismail.
·                     Ikrar murid oleh adik Atikah An-Nur (6 Xenix)

2. Laporan/ Ulasan guru bertugas minggu lepas ( Pn.Azwani bt. Noordin)
·                     Beliau mengingatkan agar murid-murid mematuhi peraturan pemakaian stoking ke sekolah iaitu warna putih untuk semua murid dan hitam bagi pengawas. Stoking mestilah melepasi buku lali dan tidak dibenarkan memakai stoking yang berwarna-warni.
·                     Murid-murid perlu memastikan keadaan bilik darjah ataupun kawasan persekitaran sentiasa bersih. Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
·                     Masih ada murid yang makan di luar kawasan kantin dan kebersihan tidak dapat dikawal. Ada murid yang meninggalkan pinggan atau mangkuk di luar kawasan kantin. Pastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

3. Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas

·                     PPKI
1.                  Tabah
2.                  Semangat
·                     Tahun 4
1.                  Jati
2.                  Seraya
3.                  Meranti
·                     Tahun 5
1.                  Merbuk
2.                  Merak
3.                  Bangau
·                     Tahun 6
1.                  Xenix
2.                  Novell
3.                  Windows

4. Ucapan guru bertugas minggu ini ( En. Ismarizal b. Ismail)
·                     Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
·                     Tema minggu ini :  Berani Menghadapi Cabaran
·                     Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti menghadapi pelbagai cabaran. Sejak lahir kita sudah menghadapi cabaran yang perlu di lalui. Semua murid mestilah berani untuk menerima perubahan yang positif untuk diri sendiri serta berani dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Perancangan yang rapi, persediaan diri dan mentaliti yang positif adalah aspek yang perlu ada dalam diri.
·                     Murid juga diminta agar sentiasa mengikut setiap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan.
                         
5. Perkataan LAWAD
·                     BM : Karam               = tenggelam
·                     BI    : Pattern              = corak
·                     BA  : Sobuunun          = sabun


6. Ucapan GPK Kurikulum (Pn. Siti Habsah bt. Ahmad)

·                     Pn. Siti Habsah mengingatkan murid-murid bahawa pada 2 November 2012 (Jumaat) merupakan Hari Jalinan Mesra dan sila maklumkan kepada ibu bapa. Sesi persekolahan seperti biasa. Majlis sesi pagi akan bermula pada jam 7.30 pagi – 9.30 pagi dan sesi petang pula akan bermula pada jam 4.10 petang – 6.10 petang.

7. Ucapan Guru Besar ( En Sukimin b Juki)

·                     Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengawas yang rajin membuat catatan LAWAD dan mencatat segala ucapan yang diberikan oleh guru-guru. Mereka ini merupakan contoh yang positif dan patut diikuti oleh murid lain. Pengawas sekolah juga perlu membantu rakan-rakan yang lain sewaktu berada di kantin mahupun di tempat lain.
·                     Tugas dan tanggungjawab sangat penting dan murid-murid telah di latih dari kecil sama ada di sekolah mahupun di rumah. Jangan sesekali kita belajar mencuri, jangan bercakap bohong dan jangan melakukan perkara-perkara yang tidak baik atau tidak bermoral. 
·                     Guru Besar juga mengingatkan berkaitan Hari Jalinan Mesra, selari dengan arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), setiap sekolah perlu menjaga masa instruksional kerana p&p wajib dijalankan seperti biasa. Maka, ia dipisahkan kepada dua sesi seperti yang telah disampaikan oleh Pn. Siti Habsah tadi.
·                     Semua guru perlu mengingatkan murid-murid agar tidak melakukan perkara-perkara yang tidak munasabah.
·                     Guru Besar juga berharap supaya hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa bertambah baik.

Perhimpunan ditamatkan pada jam 8.20 pagi

TOKOH KANAK-KANAK SKTPP 2012



Tokoh Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana Tahun 2012 telah dipilih oleh Jawatankuasa pemilihan tokoh dan mendapat pengesahan daripada Guru Besar SK Taman Putra Perdana pada 19 Oktober 2012.

Tokoh Kanak-Kanak ini dipilih berdasarkan skor yang ditentukan berdasarkan borang pencalonan dan hasil temu bual dengan calon dan orang yang mengenali calon. Hasil pengiraan skor, tokoh ini telah mendapat persetujuan sebulat suara daripada pihak Jawatankuasa Pemilihan dengan mengatasi 5 pencalonan yang lain. Skor ini berdasarkan aspek penilaian sahsiah dan ketokohan.

Tokoh Kanak-kanak ini lahir pada 11 Jun 2000 merupakan puteri kepada pasangan Zainudin Bin Mohamed dan Noorafizatun Bte Mohamed Noordin. Anak sulung daripada dua adik-beradik.

Daripada seorang murid biasa, beliau telah diamanahkan beberapa tugas penting seperti Pengawas Sekolah bermula dari Tahun 3 dan seterusnya diberi kepercayaan menyandang jawatan sebagai Ketua Pengawas Sekolah serta taat memimpin bacaan ikrar murid setiap minggu pada perhimpunan rasmi. Beliau telah bersekolah di Sekolah Agama Azzuhdi bermula dengan tahap khas hinggalah ke tahap 6 seawal usia 4 tahun hingga 9 tahun. Di sini, beliau telah menunjukkan kecemerlangan dengan dianugerahkan Pelajar Cemerlang  tahun 2009.
Setelah berpindah ke Sekolah Agama Annajah, beliau meneruskan kecemerlangan setelah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang tahun 2010 dan 2011. Beliau juga giat menyertai pertandingan nasyid pada tahun 2010 dengan mendapat tempat ketiga dan seterusnya berjaya mendapat tempat kedua pada tahun 2011.

Di samping menunjukkan kecemerlangan di sekolah agama,beliau juga turut mendapat pujian dan pengiktirafan daripada pihak luar setelah menjadi peserta tunggal membawa nama SK Taman Putra Perdana dalam Rancangan Clever anjuran Astro pada tahun 2011. Beliau juga aktif dalam pertandingan Coral Speaking semasa di tahun 4, 2010 dan memenangi tempat pertama peringkat daerah bersama pasukan bicara berirama sekolah dalam Pertandingan Bicara Berirama 2012. Selain itu, beliau merupakan salah seorang peserta yang menyertai KemRobotik di SK Bachok,Kelantan pada tahun 2011. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 6 peserta yang mewakili daerah ke peringkat negeri pada tahun ini. Aktiviti luar juga menjadi pilihan beliau apabila menjadi salah seorang peserta perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Negeri 2012 di SK Kg Medan, Kuala Langat, Selangor.

Keperibadian beliau terserlah apabila sering menunjukkan sahsiah yang terpuji kerana sentiasa ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakan yang memerlukan bantuan.
Beliau disenangi kerana sering menjaga interaksi yang baik sesama rakan apatah lagi sesama staf dan guru. Malahan, beliau sentiasa menonjolkan ketrampilan diri bak kata orang, sedap mata memandang. Beliau juga telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan ramah apabila tanpa jemu melayan pengunjung gerai pameran Ureka dan Robotik pada Pameran Hari Inovasi dan Kerjaya 2012.

Atas kelebihan-kelebihan yang telah diperincikan itulah telah melayakkan adik Atiqah An-Nur Binti Zainudin dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak 2012.

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH



Selasa, 23 Oktober 2012 telah berlangsung Hari Kanak-kanak peringkat SKTPP di Dewan Perdana dengan pelbagai aktiviti telah dijalankan.

LATAR BELAKANG
Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di stadium Negara iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Hari Kanak-Kanak peringkat kebangsaan telah berlangsung di Perbadanan Putrajaya pada 19 Oktober 2012 dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dengan tema Karisma Kanak-kanak: Serlahkan Potensimu  

OBJEKTIF PROGRAM
      1.    Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.
      2.    Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
      3.    Memilih Tokoh Kanak-Kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan   kecemerlangan dalam semua aspek.
      4.     Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka.
      5.    Memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.


      ATURCARA MAJLIS

MASA
ACARA
7.20 PAGI
     Guru dan murid berkumpul di Dewan Perdana
7.40 PAGI
     Ucapan pengerusi majlis
     Bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal Bin Ismail
8.00 PAGI
     Ucapan wakil murid
     Ucapan serta perasmian Guru Besar Encik Sukimin Bin Juki
8.30 PAGI
     Persembahan murid PPKI
     Persembahan murid Tahun 6
8.50 PAGI
     Penyampaian hadiah Tokoh Kanak-kanak
9.00 PAGI
     Persembahan Tahun 4
     Persembahan tarian India-Tahun 4 dan 5
     Persembahan tarian zapin-Tahun 6
9.30 PAGI
Majlis Bersurai

    Persembahan Muzikal dari Tahun 4 dengan lagu Ulek Mayang dan Wau Bulan.

    Tokoh Kanak-kanak SKTPP Tahun 2012-Atiqah An-Nur Binti Zainudin

     Persembahan memukau Tarian Zapin dari murid Tahun 6.





SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK TAMAN PUTRA PERDANA (SESI PETANG)

Latar belakang Hari Kanak-Kanak

       Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolah disambut pada mana-mana hari dalam dalam bulan Oktober.
  
       Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah SK Taman Putra Perdana telah diadakan pada ketetapan yang berikut:

Hari : Selasa
Tarikh : 23 Oktober 2012
Masa : 1.20 petang - 4.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Dirasmikan oleh : En. Rosdin B. Ibrahim (Penolong Kanan Petang)

       Tokoh Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana sesi petang tahun 2012, dianugerahkan kepada adik Iffah Firzanah Bt. Zulhazmi dari kelas 3 Wira. Kanak-kanak ini telah dilahirkan pada 13 November 2003 di Subang, Selangor. Merupakan anak ke-4. Bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Aktif  mewakili sekolah dalam pertandingan Action Song 2012 serta cemerlang di dalam bidang akademik iaitu telah mendapat tempat pertama keseluruhan Tahun 3 dalam PKSR 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Ibunya Puan Sapiah Bt. Salleh, seorang Pengusaha Tadika Restu di Taman Putra Perdana. Manakala bapanya pula adalah seorang usahawan di salah sebuah syarikat swasta.

Tokoh Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana (sesi petang) Iffah Firzanah Bt. Zulhazmi dari kelas 3 Wira

Kanak-kanak berkumpul di Dewan Perdana

Menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah



Ucapan wakil murid oleh Ketua Pengawas Sesi Petang

Persembahan dari murid Tahun 1

Persembahan dari murid Tahun 3

Persembahan dari Murid Tahun 2

Persembahan dari murid Tahun 3



Saturday, October 27, 2012

PROGRAM PENUTUR JATI: Bengkel Bahasa Inggeris Kali Ke-10

RABU, 24 OKTOBER 2012: Bengkel Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Penutur Jati. Bengkel yang terakhir untuk tahun ini telah dijalankan oleh mentor kami, Ms. Hannah Casey di Bilik Mesyuarat, SKTPP dari 8.30 pagi - 11.30 pagi.

Ms. Hannah Casey membuat ulangkaji tentang segala apa yang telah diajar selama 2 tahun (2011 dan 2012) dengan memberi penekanan kepada fonetik dan teknik aktiviti dengan murid. Beliau juga membuat penyerahan sijil penyertaan kepada semua guru yang terlibat.

Guru-guru yang terlibat dengan program ini adalah semua guru-guru Bahasa Inggeris Tahap 1 sesi petang. Mereka adalah:

SK TAMAN PUTRA PERDANA
1.   Pn. Arnny Yusnita bt. Md Enarji
2.   Pn. Suhaizan bt. Sukiman
3.   Pn. Nur Malisha bt. Omar
4.   Pn. Grace A/P Danaraj
5.   Pn. Salina bt. Mohd Tasu
6.   Pn. Norazian bt. Mat Anuar
7.   Pn. Parimala A/P Vengadaslam
8.   Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
9.   Pn. Yani bt. Mohammad Sharif (cuti bersalin)
10. Pn. Ainul Balkhish bt. Mohd Aris (cuti bersalin)

SJK (C) SIN MING
1.   Pn. Nirawaty bt. Mohd Nor


Ms. Hannah Casey
Guru-guru mendengar penerangan
Guru-guru membuat aktiviti kumpulan
Tuan Guru Besar, En. Sukimin b. Juki turut serta memberi sokongan
Penyerahan sijil kepada Pn. Parimala, SKTPP

Penyerahan sijil kepada Pn. Nirawaty, SJK (C) Sin Ming
Penyerahan sijil kepada Pn. Grace, SKTPP
Penyerahan sijil kepada Pn. Salina, SKTPP
Penyerahan sijil kepada Pn. Ezza Hairani, SKTPP
Penyerahan sijil kepada Pn. Norazian, SKTPP
Penyerahan sijil kepada Pn. Suhaizan, SKTPP
Penyerahan sijil kepada Pn. Arnny Yusnita, SKTPP
Penyerahan sijil kepada Pn. Nur Malisha, SKTPP
Sijil-sijil penyertaan