Saturday, April 30, 2016

Study Group Kumpulan 4 The Champion

Tahniah buat ahli-ahli Kumpulan 4 program The Champion yang telah dapat menjayakan aktiviti belajar bersama dengan dipantau oleh ibu bapa. Terima kasih kepada YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar yang telah mengotakan janji beliau semasa Taklimat The Champion tempoh hari untuk membenarkan anak-anak The Champion ini menggunakan bilik di pejabat beliau sebagai tempat untuk belajar. Anak-anak merasa sangat selesa dengan kemudahan aircond dan white board yang disediakan. Jasa-jasa tuan haji amat dihargai. Semoga pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam program The Champion anjuran JPN Selangor ini akan melonjakkan lagi pencapaian akademik anak-anak kita. Insya Allah..




Study Group Program The Champion Bulan April Minggu Ke-5

Tarikh : 26 April 2016
Hari : Selasa
Masa : 12.50 hingga 1.20 petang
Tempat : SKTPP
Sasaran : Semua Kumpulan Program The Champion 2016

Tarikh: 30 April 2016
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Di rumah salah seorang peserta
Kumpulan : 3

Berikut adalah paparan gambar kumpulan The Champion menjalankan aktiviti:

Kumpulan 8

Kumpulan 2

Kumpulan 1

Kumpulan 4

Kumpulan 5

Kumpulan 10

Kumpulan 6

Kumpulan 7

Kumpulan 3 

Thursday, April 28, 2016

Program Guru Penyayang: Aktiviti Sambutan Hari Lahir Murid Bulan April (sesi pagi dan petang)

Alhamdulillah selesai sudah sambutan hari lahir murid untuk bulan April 2016. Sambutan ini diadakan pada hari Khamis  28 April  2016 sesi pagi dan petang. Terima kasih kepada penyumbang kek iaitu Tn. Haji Khairul Azhar Bin Mohamad Suffian (YDP PIBG) dan Pn. Juli Bt Mahbah untuk sesi pagi sementara itu,  Pn Siti Raabiah Bt Mohammad dan Puan Astina Bt Mahad Nor untuk sesi petang.

Puan Rosmah PK HEM memotong kek bersama murid yang dirai
Murid sesi pagi menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir
Puan Jumilah PK Petang menyampaikan hadiah kepada murid yang menyambut hari lahir
Puan Jumilah PK Petang sama-sama memotong kek

Tuesday, April 26, 2016

Kejayaan PPDa SKTPP @ Sinar Harian


"Siapalah saya tanpa sokongan murid-murid, guru-guru, ibu bapa, PIBG, agensi dan komuniti" : GB SKTPP
Terima kasih atas kerjasama semua...

Program Mentor Mentee Bulan April 2016

Alhamdulillah..Program Mentor Mentee bulan April telah berjaya dilaksanakan hari ini dengan lancar. Ini adalah kali kedua ia dijalankan pada tahun 2016.

Semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 melaksanakan Program Mentor Mentee secara serentak iaitu pada pukul 12.50 hingga 1.20 petang (30 minit) di dalam kelas murid.

Tahun 4:
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Pengurusan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menguruskan diri dengan baik
2. Menjaga kebersihan diri
3. Menyayangi diri sendiri
Falsafah: Hormatilah orang di sekeliling anda

Tahun 5:
Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk: Perkembangan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1.Mengenali dan menerima diri seadanya
2.Menerima hakikat perubahan diri
Falsafah:
1. Manusia mesti menerima perubahan yang belaku seadanya
2. Manusia hendaklah besyukur atas anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan terhadap dirinya

Tahun 6:
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Aku Boleh
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri
2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta memperbaiki kelemahan diri
Falsafah: Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:





Antara ulasan yang dipetik daripada mentor terhadap aktiviti Program Mentor Mentee pada kali ini:

1. Murid-murid dapat menerima kekurangan diri dan mencari kelebihan diri sendiri (Pn Noor Hafizan bt Che Abdul Rahman, Mentor 5 Marikh, Kumpulan 2)
2. Murid gembira berkongsi cerita dengan kawan-kawan serta dapat memahami tentang perkembangan diri (Pn Nor Shuhada bt Mohd Noor, Mentor 5 Utarid, Kumpulan 1)

Semoga program yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua murid. Bertemu lagi Program Mentor Mentee akan datang iaitu pada 18 Mei 2016, hari Rabu.

Monday, April 25, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-16 (Sesi Petang)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 25 April 2016
Masa    : 1:20 - 2:05 petang

Guru bertugas:
  1. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  2. Pn. Salmi bt Amir
  3. En. Saifullah bin Mat Saupi
  4. Cik Zalina bt Ismail
  5. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  6. En. Rusmami bin Rusly
Laporan / Ulasan
1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
 a. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi


 b. Bacaan doa oleh pengawas


 c. Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Hastipa binti Mat Daud


Murid-murid membaca ikrar
 d. Ikrar Murid

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Azura Farina)


  • Murid-murid mesti memperbaiki disiplin masing-masing. Sewaktu rehat pastikan tidak berlari dan bermain. Gunakan waktu rehat untuk makan dan solat.
  • Guru menasihati supaya murid menghindari bergurau sesama mereka sehingga mencederakan satu sama lain. Jangan bergurau dengan menyorokkan kasut kawan.
3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Tahun 1     JOHAN:              1 Intelek
                  NAIB JOHAN:   1 Bestari
                  KETIGA :           1 Cerdik


Tahun 2    JOHAN:               2 Ferum
                 NAIB JOHAN:    2 Platinium
                 KETIGA:             2 Vanadium

Tahun 3    JOHAN:              3 Angklung
                 NAIB JOHAN :  3 Nafiri
                 KETIGA  :          3 Bonang 

4. Ucapan Guru Besar (Pn. Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali)

  • Peperiksaan Pertengahan Tahun dipercepatkan kepada 10 Mei 2016. Murid-murid diminta mengulangkaji pelajaran. 
  • Pada 3 Mei 2016 akan  ada Lawatan PPDa oleh Guru-Guru Penolong Kanan HEM Daerah Gombak. Pastikan murid menjaga disiplin dengan menunjukkan tingkah laku yang baik
  • Pergerakan Jawatan telah berlaku dalam pentadbiran SKTPP. Pn. Rosmah bt Jamat telah dilantik menjadi PK HEM menggantikan Pn. Jamilah Ariffin, manakala Pn. Jumilah Ahmad dilantik sebagai PK Petang menggantikan Pn. Rosmah Jamat.
5. Ucapan PK Petang (Pn. Jumilah bt. Ahmad)

  • Murid-murid perlu menanamkan budaya ucap selamat kepada guru-guru supaya ilmu berkat.
  • Tanamkan nilai murni dengan melemparkan senyuman dan memberi ucapan kepada yang lebih tua.
  • PK Petang menasihati murid supaya selalu berpakaian kemas dan bersih ke sekolah. Pastikan rambut tersisir kemas dan kuku dipotong pendek.
Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 2:05 Petang.

Cermin Muka

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa prihatin; En. Hasnal dan Dr. Zunita atas sumbangan cermin muka kepada sekolah. Cermin tersebut telah digantung di Laluan Patriotik dan boleh digunakan oleh murid-murid dan warga sekolah untuk mengemaskan diri. Diharap murid-murid akan menjaga harta benda sekolah ini dengan sebaik mungkin...





Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-16 (Sesi Pagi)

Tarikh : 25 April 2016
Hari : Isnin
Masa : 8.00-8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Adik Nur Anis Aqilah binti Abdul Manah (5 Zuhal)

Guru bertugas :
1. Mohd Kamarul bin Abdul Rahman
2. Rosmizawati binti Yusub
3. Puan Zuraini binti Ismail
4. Puan Norli binti Hassan
5. Puan Safinatunnajakh binti Mat Som
6. Puan Halimatun Saadiah binti Hassan
7. Puan Azwani binti Mohamed Noordin@Noordin
8. Puan Norinna binti Mohamed

Nyanyian, Bacaan doa dan Ikrar
  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Astina binti Mahad Nor.
  2. Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi (6 Zeta).
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Encik Mohd Kamarul bin Abdul Rahman.
  4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta).
Puan Astina memimpin nyanyian
Bacaan Ikrar Murid diketuai Asyraaf Aqasha
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Noor Hayati binti Yusof
  1. Menasihatkan murid-murid agar mendengar arahan guru semasa beratur pada perhimpunan pagi.
  2. Meminta semua murid membersihkan kelas sebelum PdP bermula dan perlu memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  3. Mengingatkan semua murid supaya meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam bekas besar yang disediakan oleh pihak kantin.
  4. Menasihatkan kepada semua supaya untuk minum air yang banyak pada musim panas ini untuk mencegah daripada pelbagai penyakit. 
Ucapan guru bertugas minggu lepas,
Puan Noor Hayati

Laporan Keceriaan Kelas

PPKI
Tempat pertama : Dell
Tempat kedua : Apple
Tempat ketiga : Compaq

Tahun 4
Tempat pertama : Kardiologi
Tempat kedua : Radiologi
Tempat ketiga : Ortopedik

Tahun 5
Tempat pertama : Utarid
Tempat kedua : Zuhal
Tempat ketiga : Uranus

Tahun 6
Tempat pertama : Theta
Tempat kedua : Gamma
Tempat ketiga : Lambda

Ucapan Guru Bertugas oleh Encik Mohd Kamarul bin Abdul Rahman
Tema : Gaya Hidup Sihat
  1. Gaya Hidup Sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang.
  2. Gaya hidup yang positif akan membawa kepada banyak manfaat dan kebahagiaan kepada kehidupan kita.
  3. Contoh amalan gaya hidup sihat ialah :
  • makan makanan yang seimbang
  • aktiviti senaman
  • tidur dan rehat yang mencukupi
  • kebersihan dari segi mental dan fizikal
Ucapan guru bertugas minggu ini,
Encik Mohd Kamarul
Perkataan LAWAD
  1. Bahasa Malaysia - tatasusila (sopan santun, budi pekerti yang mulia)
  2. Bahasa Inggeris - term (penggal)
  3. Bahasa Arab - shoiyadun (nelayan)
Ucapan Guru Media (Puan Siti Rabiaah binti Mohammad)
  1. Memaklumkan program Jom Baca Bersama selama 10 minit akan dijalankan pada pukul 11.00-11.10 pagi hari ini. Murid-murid tahun 6 akan berada di Dewan Perdana dan murid-murid tahun 4 dan 5 akan berada di kelas masing-masing. 
  2. Mohon kepada semua murid untuk membawa buku nilam pada minggu ini bagi tujuan pengumpulan data.
Penyampaian hadiah bagi pertandingan bersama PTS 
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan
Bengkel Melukis Komik
  1. Syarifah Amirah binti Wan Mailmuyudin (6 Omega)
  2. Muhammad Safuan bin Osof (6 Gamma)
  3. Ahmad Azfar bin Abdul Manah (6 Zeta)
  4. Hafizul Hisham bin Harun (5 Musytari)
  5. Hafiz Edzuan bin Mohd Ellis (6 Sigma)
  6. Nur Shafiqah Majidah binti Bachok (5 Musytari)
Teka Jumlah Muka Surat Buku
  1. Majdina Afiqah binti Mahadir (6 Zeta)
  2. Puteri Adriana Maisarah binti Saifulazarudin (6 Theta)
  3. Mohammad Aliq Danish bin Mohd Hashim (6 Theta)
  4. Nurin Anisah binti Razman (5 Zuhrah)
Kuiz Uji Tahap Berfikir Bersama PTS
  1. Erdina Thalea Raden Suherman (6 Beta)
  2. Muhammad Rafiq bin Rahmad (5 Uranus)
  3. Muhammad Izzat bin Mohamad Zaihan (4 Surgeri)
  4. Jibril bin Rosli (5 Uranus)
Penyampaian sijil kepada penceramah Program Teknik Menjawab Tahun 5 
Puan Juli binti Mahbah, urusetia program
Bahasa Malaysia
  1. Puan Norli binti Hassan
  2. Puan Mazzaini binti Muda
  3. Cik Roslinda binti Mansor
  4. Encik Tarmiji bin Sabali
Bahasa Inggeris
  1. Puan Nor-Azura binti Mustafa
  2. Puan Norliza binti Ali@Yasim
  3. Puan Norhana binti Nordin
  4. Puan Norsiah binti Mohd Noor
Matematik
  1. Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze
  2. Puan Norinna binti Mohamed
Sains
  1. Puan Norasmawati binti Omar
  2. Puan Zuraini binti Ismail
  3. Puan Zailezah binti Sardi
  4. Puan Julaili binti Onian
Penyampaian sijil kepada guru-guru
Ucapan Guru Besar (Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali)
  1. Mengumumkan dan memperkenalkan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Rosmah binti Jamat dan Penolong Kanan Petang, Puan Jumilah binti Ahmad kepada semua murid.
  2. Memaklumkan mesin penapis air yang sedia ada telah rosak dan tidak boleh digunakan. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan bekas air besar untuk kegunaan bersama. 
  3. Memaklumkan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dilaksanakan awal seminggu dari tarikh yang dirancang iaitu bermula 9 hingga 13 Mei 2016.
  4. Memaklumkan pada 2 Mei 2016 (Isnin) ialah cuti sekolah sempena Hari Pekerja.
  5. Memaklumkan pada 3 Mei 2016 (Selasa), sekolah ini akan dikunjungi oleh Penolong Kanan, wakil setiap sekolah daerah gombak untuk lawatan bilik sumber PPDa. Diharapkan Sahabat PPDa dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.
Ucapan Guru Besar,
Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali
Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Puan Rosmah binti Jamat)
  1. Menasihatkan kepada semua murid agar menghormati semua guru untuk mendapat keberkatan ilmu.
  2. Mengingatkan murid-murid supaya mematuhi semua peraturan sekolah dan perlu berdisplin pada setiap masa.