Thursday, August 30, 2012

Peraduan Poster NCS2012-"Friends in space"

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menganjurkan peraduan poster bertemakan "Friends in Space" bersempena program National Space Challenge 2012 (NSC2012).Sehubungan itu murid-murid dijemput menyertai peraduan ini dan menghantar karya kepada Pn Norli Bt Hassan (pagi) atau Pn Nor Holwani Bt Yahaya(petang) selewat-lewatnya pada 10 September 2012.Untuk maklumat  lanjut sila ke pautan www.angkasa.gov.my/planetarium.

MAJLIS MENJELANG KEMERDEKAAN KE-55

30 Ogos 2012 - SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Menjelang Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang akan disambut pada esok hari. Majlis ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid supaya menghargai keamanan dan kedamaian yang dikecapi sekarang. 

          Majlis ini dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang dan lagu Tanggal 31 Ogos. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Penddikan Malaysia yang disampaikan oleh Encik Ahmad Fuadi bin Sarham. Manakala perutusan Menteri Pendidikan telah dibaca oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad. 
            
          Kemuncak acara ialah laungan kalimah keramat 'Merdeka' sebanyak 3 kali oleh semua murid dan guru. Antara paparan yang dapat dikongsi bersama sepanjang majlis tersebut.


Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir

Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos

Penuh semangat patriotisme

Kibaran Jalur Gemilang oleh kanak-kanak prasekolah

Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh En. Ahmad Fuadi

Pn. Siti Habsah membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia

Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan yang bertemakan kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55

Wajah ceria guru-guru bersama Jalulr Gemilang

Murid-murid tahun 6 bersama-sama berkongsi semangat kemerdekaan 

Majlis Menjelang Kemerdekaan Ke-55



Wednesday, August 29, 2012

PIBG : PERMOHONAN SUMBANGAN/PENAJAAN MURAL SEKOLAH

Kepada :
Dato'/datin/tuan/puan
Ibu bapa/penjaga murid SKTPP

Pihak sekolah kini sedang berusaha menceriakan keseluruhan kawasan sekolah dengan cara mencantikkan dinding-dinding yang sedia ada.

Dengan itu, pihak PIBG ingin memohon sumbangan/penajaan daripada semua pihak bagi mencapai hasrat tersebut..
Cadangan dinding yang akan diceriakan adalah seperti berikut :
        1) Dinding-dinding pada setiap tangga
        2) Dinding-dinding di hadapan kelas dan bilik-bilik khas

Diharap sumbangan/penajaan ini mampu merealisasikan impian untuk menceriakan kawasan sekolah seterusnya meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar dalam suasana yang lebih kondusif.

                                                        Antara dinding yang perlu diceriakan






Antara sumbangan/penajaan yang pernah diterima oleh pihak sekolah

ANALISA KEHADIRAN KOKURIKULUM SESI PETANG


PENYERAHAN ID FROGASIA KEPADA SEMUA MURID

Mulai hari ini 29 Ogos 2012, semua murid SK Taman Putra Perdana akan menerima ID pengguna untuk akses ke laman pembelajaran frogasia.com.  Klik di sini untuk ke laman tersebut.  Contoh cetakan ID yang bakal diterima oleh murid-murid adalah seperti gambar di bawah:

*Gunakan browser Chrome atau Mozilla untuk mengakses ke laman ini.
*Katalaluan (password) boleh ditukar selepas pertama kali berjaya login mengikut cara di bawah:
  1. Step 1 - Klik pada ikon katak (di penjuru atas sebelah kiri) 
  2. Step 2 - Klik pada Preferences
  3. Step 3 - Klik pada Change Password
  4. Step 4 - Klik Save
untuk panduan bergambar, cara-cara login klik di sini (FB SKTPP)

Laman ini merupakan salah satu aplikasi pembelajaran secara maya yang di usahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan usahasama bersama Syarikat Telekomunikasi Yes 4G Malaysia.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laman frogasia ini, sila klik di sini.

Atau boleh tonton secara ringkas melalui paparan video dari Youtube di bawah:


Semua murid boleh mula pelajari bagaimana untuk membina dashbord sendiri menggunakan kemudahan widget yang disediakan dalam laman ini.  Jika ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada vleadmin.bba9224@yes.my.

Selamat belajar.

Tuesday, August 28, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-31 (SESI PETANG)

Hari    : Isnin
Tarikh : 27 Ogos 2012
Masa   : 6.10 Petang

Guru Bertugas Mingguan:
1. Pn. Wan Sarinah

2. Pn. Malisha
3. Pn. Norazian
4. Pn. Parimala
5. Pn. Grace
6. Pn. Norhayati
7. Pn. Norlida

Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, Bacaan Doa & Ikrar
    1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu sekolah.
    1.2 Bacaan doa dipimpin oleh adik Fathul Akhbar dari kelas 3 Waja.
    1.3 Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Parimala.
    1.4 Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Husna Aqilah dari kelas 3 Waja.

2. Laporan/Ulasan Guru Bertugas Minggu Lepas (Ustazah Norazah)
    2.1 Murid-murid diingatkan agar tidak berlari-lari dalam kawasan sekolah. Beberapa kejadian yang 
          membawa kecederaan kepada murid telah berlaku akibat berlari bersama rakan.
    2.2 Murid juga tidak digalakkan untuk membawa duit dalam jumlah yang banyak ke sekolah. Ini 
          adalah untuk mengelakkan kejadian kecurian berlaku di kalangan murid. 

3. Pengumuman Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
    3.1 Tahun 1 
  •   Pertama - Musytari
  •   Kedua    - Uranus
  •   Ketiga    - Pluto

    3.2 Tahun 2
  •   Pertama - Alfa
  •   Kedua    - Zeta
  •   Ketiga    - Theta

    3.3 Tahun 3
  •   Pertama - Juara
  •   Kedua    - Waja
  •   Ketiga    - Myvi

4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
    4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
    4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
    4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
         ~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
         ~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
         ~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
         ~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri. 

5. Perkataan LAWAD
    5.1 BM : hempap- timpa
    5.2 BI  : vegetable - sayur-sayuran 
    5.3 BA : hiyarun - timun

6. Ucapan PK Petang -En. Rosdin
    6.1 En. Rosdin mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan gembira dengan jumlah kehadiran 
      murid-murid pada hari ini. Bilangan murid yang tidak hadir hanya sedikit dan ini membuktikan 
     bahawa murid-murid gembira dan bersemangat untuk hadir ke sekolah walaupun baru selesai 
     bercuti selama seminggu atas sambutan Hari Raya Aidilfitri.  
6.2 Beliau juga berharap dan memberi nasihat kepada murid-murid agar tiada lagi kejadian 'berdarah' 
     berulang lagi. Kejadian berlaku di mana seorang murid tahun 1 berlari dan tersadung kaki jatuh ke 
     dalam longkang. Murid cedera dan berdarah di hidung dan mulut.
6.3 Murid diingatkan mengenai sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang. Murid diminta untuk   
    menghayati bulan kemerdekaan. Bagi menggalakkan murid untuk lebih bersemangat patriotik, beliau 
   meminta murid-murid untuk menyenaraikan 55 perkara yang berkaitan dengan tema minggu ini iaitu    
   'Saya Anak Malaysia'.
 
7. Pengumuman
    7.1 Aktiviti ko-kurikulum akan berjalan seperti biasa pada hari Rabu- Unit Beruniform.
    7.2 Kelas Tasmek bagi murid tahun 2 dan tahun 3 berjalan seperti biasa.
    7.3 Makluman untuk semua pengawas sekolah dimana guru-guru akan membuat penilaian untuk 
         setiap pengawas untuk lantikan semula sebagai Pengawas sekolah bagi sesi 2013.

Disediakan oleh : Pn. Norazian 

Majlis Penyerahan Buku Sumbangan daripada Pelajar Universiti Multimedia,Cyberjaya.

Pada 27 Ogos 2012, majlis penyerahan buku sumbangan daripada 5 orang pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya telah diadakan semasa perhimpunan mingguan. Buku-buku tersebut telah diserahkan kepada En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SKTPP oleh Encik Hisyam yang  yang mewakili pelajar Universiti Multimedia. Buku yang disumbangkan sebanyak 115 buah merupakan projek amal oleh pelajar-pelajar tersebut untuk menambah koleksi di Pusat Sumber SKTPP.  Mereka juga meluangkan masa selama 4 jam untuk membantu kerja-kerja di Pusat Sumber seperti membalut, menyusun dan membaik pulih buku yang rosak.

Antara paparan yang boleh dikongsi bersama;

Encik Hisyam menyampaikan sebahagian daripada buku sumbangan kepada Guru Besar

Ucapan alu-aluan daripada Penyelaras Pusat Sumber

Proses membawa buku-buku sumbangan ke Pusat Sumber 

Sesi bergambar sebahagian pelajar MMU bersama PK.Pentadbiran

Pelajar-pelajar sedang melakukan kerja-kerja amal di Pusat Sumber

Monday, August 27, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-31 (SESI PAGI)

Hari    : Isnin
Tarikh : 27 Ogos 2012
Masa   : 7.20 Pagi

Guru Bertugas Mingguan:
1. En. Zaidi bin Mahmad
2. En. Mahadir bin Midun
3. Pn. Nurliza binti Ab Rahman
4. Pn. Astina binti Mahad Nor
5. Pn. Rubiaton binti Ibrahim
6. Pn. Siti Rabiaah binti Mohammad
7. Pn. Azwani binti Md Noordin
8. Pn. Rosmawati binti Desa


Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, Bacaan Doa & Ikrar
    1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu sekolah.
    1.2 Bacaan doa dipimpin oleh adik Kamal Aizam.
    1.3 Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Zaidi.
    1.4 Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Atiqah An-Nur.  

2. Laporan/Ulasan Guru Bertugas Minggu Lepas (Ustazah Nor Fairuzah)
    2.1 Program Tadarus Al-Quran telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan yang lalu
         pada masa rehat.
    2.2 Murid-murid yang tidak terlibat dengan program ini diingatkan supaya menghormati
         majlis dan tidak membuat bising pada masa akan datang.
    2.3 Murid-murid juga diingatkan supaya sentiasa menjaga wang masing-masing kerana 
         berlaku banyak kes keciciran wang.
    2.4 Tahap kebersihan kelas adalah memuaskan.

3. Pengumuman Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
    3.1 Tahun 4 

  •   Pertama - Seraya
  •   Kedua    - Nyatoh
  •   Ketiga    - Meranti

    3.2 Tahun 5

  •   Pertama - Merak
  •   Kedua    - Kelicap
  •   Ketiga    - Tiung

    3.3 Tahun 6

  •   Pertama - Linux
  •   Kedua    - Palm
  •   Ketiga    - Windows

    3.4 PPKI

  •  Pertama - Tabah
  •  Kedua    - Yakin

4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
    4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
    4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
    4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
         ~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
         ~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
         ~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
         ~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri. 

5. Perkataan LAWAD
    5.1 BM : Lambak ~ longgok
    5.2 BI  : Admire ~ mengagumi 
    5.3 BA : Ya'malu ~ bekerja

6. Ucapan Guru Besar 
    6.1 Beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan tahniah kepada semua murid
         yang berjaya menghadirkan diri ke sekolah selepas berakhirnya cuti pertengahan 
         penggal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
    6.2 Untuk semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi, 
         beliau menasihatkan mereka agar sentiasa mengulangkaji pelajaran.

Wednesday, August 15, 2012

MAJLIS BERSALAMAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

TARIKH          :           15 OGOS 2012
HARI               :           RABU
MASA             :           11.00 PAGI – 12.50 TENGAH HARI

PENDAHULUAN
Majlis bersalaman menyambut hari raya aidilfitri yang diadakan pada hari ini diraikan dengan meriah antara semua guru dan murid-murid SKTPP. Majlis ini adalah salah satu daripada program guru penyayang yang dilaksanakan di sekolah ini.

ATUR CARA

11.00 pagi                              :           Semua murid berada di Dewan Perdana dan Putra
11.20 – 11.30 pagi                 :           Bacaan doa
11.30 – 11.40 pagi                 :           Ucapan Guru Besar
11.40 – 12.50 tengah hari      :           Majlis bersalam-salaman dan penyampaian duit raya oleh guru
                                                           kelas masing-masing
12.50 tengah hari                   :           Bersurai

LAPORAN BERGAMBAR
ragam guru-guru bersama duit raya yang bakal diberikan kepada semua murid SKTPP

sesi bersalam antara guru-guru dan murid-murid serta kakitangan sekolah

hampir 1000 orang murid tidak melepaskan peluang bersalam dengan semua guru termasuk pentadbir sekolah

kakitangan pejabat juga turut serta dalam majlis ini

wajah ceria puteri-puteri SKTPP

guru-guru dengan sabar menunggu giliran untuk bersalam bersama murid-murid

guru-guru kelas menyerahkan duit raya sumbangan daripada guru-guru SKTPP
untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini

Semoga acara ini dapat merapatkan lagi hubungan antara guru, murid, pentadbir dan juga kakitangan sekolah ke arah membina iklim sekolah yang aman dan permai.

~Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin~

MAJLIS KHATAM QURAN

Pendahuluan
Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk  meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di sekolah. 

Oleh itu, pada hari ini 15 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433, telah berlangsungnya program Khatam Al-Quran yang melibatkan 30 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6.  Program Tadarus AL-Quran telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang juga melibatkan hampir 200 orang murid dan guru-guru SKTPP. Acara yang berlangsung di Dewan Perdana ini disaksikan oleh semua murid dari tahun 1- tahun 6, murid PPKI, dan juga murid Prasekolah. Program ini juga merupakan progam yang dijalankan setiap tahun oleh Panitia Agama Islam SKTPP.

Objektif
Objektif program adalah seperti berikut :
1.       Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melazimkannya dalam kehidupan.
2.       Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan tentang tadarus dan khatam Al-Quran kepada murid-murid.
3.       Melahirkan murid yang celik Al-Quran.
4.       Menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.
5.       Melancar dan memantapkan bacaan Al-Quran.


Aturcara Majlis Khatam Quran

7.45 pagi              : semua murid berhimpun di Dewan Perdana
8.00 pagi              : Bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal
                              Ucapan perasmian oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar)
8.15 pagi              : Majlis khatam bermula
9.00 pagi              : Persembahan nasyid oleh murid Tahun 6
9.15 pagi              : Penyampaian cenderahati kepada
                                  -Peserta khatam Al-Quran
          -Peserta Tadarus Al-Quran
          -Sumbangan kepada anak-anak yatim
10.00 pagi            : Majlis bersurai

Laporan Bergambar
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar

Alunan Al-Quran oleh Adik Naim Razali (6 Xenix)

Khatam Al-Quran oleh 20 orang murid tahap 2

Penyampaian cenderamata kepada semua peserta tadarus oleh PK Kokurikulum - En Fuadi

Penyampaian duit derma kepada anak-anak yatim dan kurang upaya oleh Tuan Guru Besar

Nasyid oleh murid Tahap 1


Turut hadir ialah NYDP PIBG Encik Rushdan bin Mohammed

Nyanyian lagu raya oleh adik-adik prasekolah

persembahan murid prasekolah

Persembahan Nasyid oleh murid tahun 6

Dendangan nasyid yang mendayu daripada Adik Naim dan Adik Amreen
untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini

Penutup
Dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri setiap Muslim, perlu bermula sejak kecil lagi. Usaha seperti ini adalah antara aktiviti yang dapat dijalankan oleh pihak Panitia Pendidikan Islam SKTPP khususnya dan semua warga sekolah amnya. Semoga aktiviti ini dapat menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan para pelajar dan guru-guru.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-30 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 13 Ogos 2012
Masa : 5.10 petang

Guru bertugas mingguan:
1.Pn. Julaili bt. Onian
2.Pn. Nor Holwani bt. Yahaya
3.Pn. Nor Sabariah bt. Awang Ngah
4.Pn. Nur Azlin bt. Md. Nor
5.Pn. Norazah bt. Mohd Ali
6.Pn. Nik Rosmaliza bt. Nik Hussain
7.Pn. Nurrul Huda bt. Yaacob

Laporan/Ulasan
Nyanyian/Bacaan doa dan ikrar
·         Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
·         Bacaan doa oleh Adik Fathul Akhbar (3 Waja).
·         Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
·         Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas sesi petang Adik Husna Aqilah (3 Waja)

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas ( Pn. Suhaizan bt. Sukiman)
·         Murid yang ingin menunaikan solat Zohor mesti mendapatkan kebenaran keluar kelas daripada guru.Kebenaran keluar kelas daripada ketua kelas tidak dibenarkan.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
·         Tahun 1:  1)Musytari     2)Uranus          3)Pluto
·         Tahun 2: 1)Alfa            2)Zeta              3)Theta
·         Tahun 3: 1)Juara          2)Waja             3)Myvi

Pemenang Kebersihan dan Keceriaan Kelas tiga kali berturut-turut
·         1 Utarid dan 3 Wira
·          
Ucapan Guru Bertugas Mingguan
·          Puan Norazah  memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
·         Tema minggu ini " "Semangat Patriotik"
·         Makluman:
ü  Hari Rabu 15 Ogos 2012, semua murid tahun 1 hingga tahun 6 akan bersekolah pada sesi pagi.
ü   Cuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 16 dan 17 Ogos (Khamis dan Jumaat)
ü  Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012

Perkataan LAWAD
·         BM   -  kesatria:orang yang gagah berani   
·         BI     -  excited:teruja
·         BA    - bitrun:telaga

Ucapan PK Petang En. Rosdin bin Ibrahim
·         Mengingatkan murid-murid menjaga keselamatan diri ketika bercuti dengan tidak bermain mercun.
·         Menyemai sikap patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan membaca buku khusus berkaitan kemerdekaan.
·         Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memberi pesanan berhati-hati di jalan raya.
·        
Perhimpunan tamat pada 5.35 petang