Saturday, November 30, 2019

Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Murid SK Taman Putra Perdana

Berikut adalah tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid SK Taman Putra Perdana:


Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada:
• Bahagian kiri tudung, atau;
• Bahagian kiri baju kurung, atau;
• Bahagian kiri baju pinafore

Rujukan: Buku Peraturan SKTPP m/s 21 - 22

Thursday, November 21, 2019

Penyerahan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Tahun 2019

Pada hari ini tanggal 21 November 2019 lebih kurang pukul 10.00 pagi adalah merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh semua murid tahun enam, warga SKTPP dan ibu bapa / penjaga murid. Pengumuman rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin pada 11 November lalu menerusi kenyataan media berkata, semua murid tahun enam boleh memperoleh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) pada 21 November 2019 di sekolah masing-masing. Keputusan UPSR juga boleh disemak secara dalam talian dengan melayari laman web Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakan menggunakan kaedah berkenaan boleh dibuat selama seminggu sehingga 28 November 2019.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna. PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran.

Alhamdulillah.. pada tahun ini pertumbuhan keseluruhan murid SKTPP yang Mencapai Tahap Minimum (MTM) meningkat berbanding tahun lepas.
MTM 2018 : 75.4%
MTM 2019 : 76.92%.
Meningkat : 1.52%
Tahniah buat semua murid!

Secara tidak langsung, SKTPP telah menyumbang peningkatan MTM Daerah Sepang. Warga SKTPP juga ingin mengucapkan sekalung tahniah buat semua guru khususnya guru tahun enam atas usaha dan masa yang dikorbankan untuk semua murid.

Paparan gambar sepanjang penyerahan PPSR dan PASR berlangsung:

Barisan guru bekerjasama mengasingkan slip UPSR mengikut kelas

Edaran slip UPSR kepada semua guru kelas

Murid-murid sabar menunggu saat penyerahan PPSR dan PASR

Suasana ketika penyerahan PPSR, slip leputusan UPSR dan PASR

Alhamdulillah.., terima kasih cikgu
YDP PIBG, Guru Besar, Guru Disiplin dan PK Kokurikulum memantau
aktiviti  penyerahan PPSR dan PASR

Barisan guru bertugas di kaunter PAJSK, PPsi dan Rayuan UPSR (gambar atas)
Penyerahan slip UPSR (gambar bawah)

Wednesday, November 20, 2019

Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2019

Pada hari Rabu bersamaan 20 November 2019, berlangsungnya Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah Sesi 2019 bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.

Sesungguhnya, majlis indah yang telah disusun oleh pihak pengurusan sekolah ini merupakan satu daripada agenda pendidikan yang bertujuan untuk menghargai kejayaan yang diperoleh oleh anak-anak didik kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis yang telah berusaha dengan gigih agar majlis ini berjalan lancar dan teratur. Majlis seumpama ini amat perlu diadakan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara seiring dengan kemenjadian murid selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Noranismawati binti Mohd Faudzi, Penyelia Pendidikan Swasta, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri untuk merasmikan majlis yang amat bermakna ini. Encik Ibrahim bin Rahman, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK Taman Putra Perdana juga turut hadir ke majlis ini.

Usai acara perasmian dan persembahan, majlis diteruskan dengan Graduasi Prasekolah 2019 SK Taman Putra Perdana. Untuk makluman, kelas prasekolah SK Taman Putra Perdana terdiri daripada dua buah  kelas iaitu Prasekolah Cemerlang dan Prasekolah Gemilang. Murid-murid ini menerima Sijil Tamat Prasekolah kerana telah berjaya menamatkan pelajaran di peringkat prasekolah bagi tahun 2019. Menyusul selepas itu, Penyampaian Anugerah Khas; Anugerah PPKI, Anugerah Intan dan Anugerah NILAM. 

Majlis yang indah ini diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan;
  1. Anugerah Sinar Bestari mewakili bidang Akademik. Penerima Anugerah Sinar Bestari 2019 ialah Adik Aisyah Humayraa binti Razman.
  2. Anugerah Sinar Nurani dinilai berdasarkan Sahsiah. Penerima Anugerah Sinar Nurani 2019 ialah Adik Muhammad Danish Akif bin Dzulkharnain.
  3. Anugerah Sinar Kesateria mewakili bidang Kokurikulum. Penerima Anugerah Sinar Kesateria 2019 ialah Adik Amirah Syadiyah binti Samsuri.

Penerima-penerima Anugerah Sinar seterusnya  dicalonkan untuk dinobatkan sebagai Tokoh Bitara 2019.  Pemilihan setiap tokoh telah dijalankan oleh panel pemilihan yang dipengerusikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali. Penerima Anugerah Tokoh Bitara 2019 ialah Adik Aisyah Humayraa binti Razman.

Ketiga-tiga anugerah menerima sebuah Plaque dan sijil penghargaan. Manakala Anugerah Tokoh Bitara menerima sebuah piala, sijil penghargaan dan piala iringan serta dipakaikan sehelai selempang sebagai simbolik penganugerahan. Jutaan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Kemudian majlis berehat sebentar dan kesempatan ini diambil untuk menjalankan sesi bergambar guru-guru SK Taman Putra Perdana. Setelah itu, majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Anugerah Pelajar Terbaik PPKI (Tahap 1 dan Tahap 2). Menyusul selepas itu, Penyampaian Hadiah Anugerah Pelajar Terbaik Dalam Kelas (Tahap 1 dan Tahap 2). Seterusnya, acara Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran (Tahap 2).

Acara terakhir pada majlis yang penuh bererti ini adalah Penyampaian Sijil Nilam dan Pusat Sumber; 
  1. Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sepang 2019 (Naib Johan)
  2. Pelancaran Hari NILAM Selangor (HANIS), Peringkat Daerah Sepang 2019
  3. Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2019
  4. Pembaca Terbanyak Program NILAM Kategori Guru
Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2019 merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir, barisan PIBG, tetamu jemputan serta warga SK Taman Putra Perdana atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis ini.

Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa atas galakan, didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Mudah-mudahan usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

Foto-foto yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung;




Pendaftaran ibu bapa dan murid-murid

Bergambar sebelum perarakan

Tetamu jemputan mengambil tempat

Barisan pengacara majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman
 Video korporat Majlis Anugerah Cemerlang 
yang disediakan oleh Cik Noor Azlinda binti Kasmin

Ucapan Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG SKTPP, Encik Ibrahim bin Rahman

Ucapan perasmian oleh
Puan Noranismawati binti Mohd Faudzi, Penyelia Pendidikan Swasta,
 Pejabat Pendidikan Daerah Sepang

Para tetamu dan murid-murid yang hadir

Gimik perasmian

Graduasi Prasekolah

Anugerah NILAM,
Adik Zuhry Zayyan bin Zunaizan

Hadiah-hadiah untuk
Anugerah Kecemerlangan Sinar Bestari, Nurani dan Kesateria serta
Tokoh Bitara 2019

Penerima Anugerah Sinar Nurani 2019,
 Adik Muhammad Danish Akif bin Dzulkharnain.

Penerima Anugerah Sinar Kesateria 2019,
Adik Amirah Syadiyah binti Samsuri.

Penerima Anugerah Sinar Bestari 2019 dan Anugerah Tokoh Bitara 2019,
Adik Aisyah Humayraa binti Razman

Sesi fotografi barisan guru & staf SKTPP

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Antara persembahan daripada murid-murid
Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sepang,
Adik Dania Aleysa binti Mohd Zaidi
Pelancaran Hari NILAM Selangor (HANIS), Peringkat Daerah Sepang 2019,
Adik Zuhry Zayyan bin Zunaizan
Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2019,
Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji
Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2019,
Puan Siti Maziah binti Tajuddin
   
Pembaca Terbanyak Program NILAM Kategori Guru,
Puan Nor-Azura binti Mustafa
Pembaca Terbanyak Program NlLAM Kategori Guru,
Puan Rosmah binti Jamat
Pembaca Terbanyak Program NILAM Kategori Guru,
Puan Roslelawati binti Ibrahim
                                          
Semoga Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah ini dapat menyuntik lebih semangat kepada murid-murid untuk terus berusaha dan berjaya pada masa hadapan.

Aameen Ya Robb...

Disediakan oleh;
Faridatul-Akmal binti Ismail
SK Taman Putra Perdana.