Wednesday, March 29, 2017

Raptai Sambutan Penarafan PPDa Kebangsaan

Menjelang Majlis Penarafan (Penghakiman) Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 6 April 2017 ini, murid-murid dan guru-guru telah menjalani raptai sambutan dengan bersungguh-sungguh. Semoga kita dapat memberi persembahan yang terbaik seiring dengan penghayatan yang tulus ikhlas dari semua murid dan warga sekolah.
"PPDa Pemangkin Kecemerlangan"















Monday, March 27, 2017

Sambutan Meraikan Ashraf

Selepas acara perhimpunan, diadakan acara sambutan meraikan Ashraf yang telah mengharumkan nama sekolah SKTPP, daerah Sepang dan negeri Selangor di peringkat kebangsaan dalam sukan kriket. Turut hadir : ibu bapa Ashraf; En. Azmi bin Bahari dan Pn. Rosniza bt. Kusdi serta YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar b. Mohamad Sufian. Semoga kejayaan Ashraf ini akan memberi motivasi kepada murid-murid lain agar berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi. Tahniah Ashraf dan ibu bapanya!





Ucapan pengerusi majlis - Cikgu Musrizuan

Keberangkatan masuk yang diraikan diiringi pasukan kompang dan bunga manggar







Ucapan tahniah Guru Besar

Ucapan semangat YDP PIBG

Jambangan cokelat buat Ashraf




Ashraf bersama banner kejayaannya


Jamuan ringan di kantin

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi Petang)

Tarikh : 27 Mac 2017
Hari    : Isnin
Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Senarai Guru Bertugas:

1. En.Rusmami Bin Rusli
2. Puan Nur Malisha Bt Omar
3. Puan Nur Azizati Bt Ahmad
4. Puan Nor Suriati Bt Ismail
5. Puan Nik Rosmaliza Bt Nik Hussain
6. Puan Nur Azlin Bt Mat Nor
7. Puan Nora Bt Sabihi

Guru bertugas
                         
Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Puan Salmi Bt Amir.

2. Majlis diteruskan oleh bacaan doa oleh Adik Muhammad Shafiq Ahnaf  Bin Kamarul Hisyam

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Puan  Nur Malisha Bt Omar.

4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ke-11
En Wan Mohd Roswandy  menyentuh tentang displin murid-murid seperti berlari semasa naik dan turun dari tangga.

5. Ucapan Guru Bertugas / Tema

Mengamalkan Senaman
     Senamam ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang kali secara terancang yang boleh meningkatkan kecergasan fizikal. Senaman boleh dilakukan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai dan tidak mendatangkan kecederaan. Senaman juga penting untuk mengekalkan kesihatan kita semua.

6. Pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas minggu ke-11

a) Tahun 1

Pertama: 1 Ibnu Bajjah
Kedua:    1 Ibnu Khaldun
Ketiga:    1 Al Baruni

b) Tahun 2

Pertama: 2 Jujur
Kedua  :  2 Dedikasi
Ketiga  :  2 Intelek

c) Tahun 3

Pertama :  3 Elektrum
Kedua :     3 Titanium
Ketiga :     3 Kuprum

7. Ucapan PK Petang

        Puan Jumilah telah menasihati murid- murid agar minum air secukupnya. Ini kerana cuaca sangat panas pada waktu tengah hari. Selain itu, PK Petang juga menasihati murid-murid supaya menjaga displin terutama semasa naik ke kelas. Murid-murid diingatkan supaya jangan berlari semasa naik dan turun dari kelas.

8. Berikut adalah gambar sepanjang perhimpunan diadakan...

Bacaan ikrar oleh murid

Ucapan oleh Puan Jumilah Bt Ahmad (PK Petang)
Anugerah atlet dan olaragawan sekolah disandang oleh Muhd Ariq Aiman Bin Mustaqim





.
Wakil daripada kelas yang memenangi pertandingan keceriaan kelas

Disediakan oleh,
Rusmami Bin Rusli

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi Pagi)

Tarikh   : 27 Mac 2017
Hari      : Isnin
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis : Guru  - Puan Noor Hayati Binti Yusof
                             Murid - Adik Amirah Qistina bt Azmi
Senarai Guru bertugas :
1. Noor Hayati Binti Yusof
2. Ahmad Musrizuan Bin Daud
3. Nurhayati Binti Mohamed Nor
4. Norazian Binti Mat Anuar
5. Siti Rabiah Binti Mohammad
6. Julaili Binti Onian
7. Visva Vilasini a/p Koppal@Goppal
8. Nik Kamisah Binti Abd Aziz


Laporan / Ulasan :
  1.  Perhimpunan sesi pagi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku,  Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Adik Hanis Syafiqah bt Mohd Rashidi.
  2. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Muhammad Nur Rusyaidi bin Bakri.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Pn Noor Hayati Binti Yusof
      4. Perkataan lawad minggu ini.
          Bahasa Melayu : dwifungsi = dua tugas
          Bahasa Inggeris : plants = tumbuhan
          Arab : Maktabatun = perpustakaan

      5. Tajuk ; Mengamalkan senaman
  •           Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang kali scara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.
  •           Kelebihan senaman
                   -  Meningkatkan kekuatan dan daya tahan
                   -  Mencapai berat badan unggul
                   -  Meningkatkan kecergasan fizikal
                   -  Mengawal tekanan darah
                   -  Mengawal keseimbangan makanan

        6. Sambutan meraikan kejayaan adik Muhammad Ashraf bin Azmi atas kejayaan membantu pasukan Selangor menjadi Johan dalam kejohanan kriket MSSM 2017.




         7. Ucapan YDP PIBG Tn. Hj. Khairul Azhar
             Ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa adik Muhammad Ashraf. Tahniah diucapkan atas kejayaannya mengharumkan nama sekolah. Sokongan ibu bapa dan guru penting untuk mencapai kejayaan.


         8. Ucapan GB Pn.Rohaidah
             Ucapan tahniah di atas kejayaan adik Muhammad Ashraf kerana telah menjadi penyelamat semasa Kejohanan Kriket MSSM tempoh hari. Tahniah juga kepada guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melatih murid-murid kriket.

             Perhimpunan tamat jam 8.15pagi.

Friday, March 24, 2017

Tahniah Selangor Juara Kriket MSSM 2017!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat pasukan Selangor yang telah berjaya menjadi Johan Kriket MSSM U12 dan U18 seterusnya dinobatkan selaku Juara Keseluruhan dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan di beberapa lokasi dan venue.
   Kejayaan ini turut dikongsi oleh SKTPP kerana anak murid SKTPP; Muhammad Ashraf bin Azmi, 6 Uranus merupakan salah seorang daripada pemain team U12 Selangor. Lebih manis apabila Ashraf beberapa kali menjadi wira atas prestasi yang ditunjukkan terutama di saat-saat genting yang mendebarkan. Seluruh pemain dan pegawai menangis kegembiraan apabila Ashraf bertindak selaku hero dan penyelamat dalam game-game awal. Syabas Ashraf! Kami amat berbangga dengan pencapaian Ashraf. Semoga Ashraf akan lebih berjaya dalam bidang sukan kriket ini pada masa depan dan seterusnya akan mengharumkan nama sekolah kita di peringkat yang lebih tinggi lagi.
Suasana hari terakhir MSSM 2017...













Tahniah buat Ashraf serta coach; Cikgu Izwan