... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 29, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS BERKELOMPOK


Pada hari Jumaat 26 April 2013, jam 8.30 pagi, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan rombongan daripada negeri Terengganu Darul Iman  untuk melihat sendiri pengendalian dan pengurusan PBS KSSR yang telah dijalankan  di sekolah ini.

Rombongan yang tiba ialah daripada wakil Sektor Penilaian Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Pejabat Pelajaran Dungun, SMK Wataniah Besut, SMK Tun Telanai, SMK Ibrahim Fikri, SMK Jenagor, SMK Guntong, SMK Mak Lagam, SMK Tengku Intan Zaharah, SMK Belara, SK Batu 7, SK Kuala Berang, SK Putera Jaya, SK Sultan Sulaiman 1, SK Gong Kapas, SK Tok Jiring dan SK Tengku Mahmud. 

Taklimat PBS tersebut telah disampaikan oleh Puan Jumilah binti Ahmad dan juga Guru Besar, En Sukimin b Juki. Banyak perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama. Semua peserta rombongan yang datang amat berpuas hati dengan maklumat dan cara pelaksanaan PBS yang diberikan. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari. 

Ini adalah antara gambar - gambar yang telah diambil sepanjang lawatan tersebut:

Ahli rombongan berada di ruang menunggu, Pusat Sumber sekolah.

Suasana di Bilik Mesyuarat, SKTPP

Taklimat PBS disampaikan oleh Pn. Jumilah Bt. Ahmad (SU PBS) dan En. Sukimin (GB)

Cenderahati daripada pihak rombongan

Suasana di bilik KSSR
Pn. Ezza dan Pn. Arnny sedang menerangkan tentang PBS KSSR kepada ahli rombongan
Ahli rombongan bergambar bersama dengan En. Sukimin (GB)

Salah seorang ahli rombongan, iaitu Pn. Zaiton merupakan bekas guru kepada Pn. Malisha


LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-17 (SESI PAGI)


Hari      :   Isnin
Tarikh   :  29 April 2013
Masa    :  7.30 pagi hingga 8.20 pagi

GURU BERTUGAS:

Guru-guru bertugas:
     1.    En. Saifullah Mat Saupi
     2.    Pn. Mazzaini bt. Muda
     3.    Pn. Rosmizawati Yusub
     4.    Nik Kamisah Mohd Aziz
     5.    En. Jamillulail b. Mohd Junit
     6.    Nor Fairuzah Ahmad Ramli
     7.    Nahdatul Sima Mat Kairan
     8.   En.Srimahathevan Vadivelu

LAPORAN:

 1.0 Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar.

1.1      Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah

1.2      Bacaan Doa oleh pengawas, Ahmad Syazman B. Shaari (6 Tiung)

1.3      Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Jamillulail B. Mohd Junit.

1.4      Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Pagi, Nur Anis Zarith Sofea binti Zam Azizul (6 Tiung)


2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Norhafiza Bt. Ismail)

            2.1        Budaya memberi salam – murid diminta memberikan salam kepada guru dan pelawat yang melawat 
            ke sekolah.
       
            2.2        Kebersihan – semua murid diminta membersihkan sisa makanan di kantin selepas makan. Pinggan 
            dan cawan yang telah digunakan harap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.


3.0   Perkataan LAWAD Minggu Ini.

3.1      Bahasa Melayu : Garing – Rapuh, Rangup

3.2      Bahasa Inggeris : Resort – Tempat Peranginan

3.3      Bahasa Arab     : Jamadilawwal – Bulan (Mengikut Agama Islam)


4.0   Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-17

4.1       PPKI        : Tempat pertama – Bestari
                            Tempat kedua - Kreatif           
                            Tempat ketiga - Inovatif
    
4.2       Tahun 4      : Tempat pertama – Wira
                             Tempat kedua – Exora            
                            Tempat ketiga –  Waja

4.3       Tahun 5      : Tempat pertama – Seraya
                              Tempat kedua – Balau                    
                              Tempat ketiga – Keruing

4.4       Tahun 6      : Tempat pertama – Tiung
                              Tempat kedua – Merak                     
                              Tempat ketiga – Helang

5.0  Penyampaian Hadiah Pertandingan Pidato

5.1   Murid Nur Anis Zarith Sofea binti Zam Azizul (6 Tiung) telah mendapat tempat Johan dalam 
        pertandingan pidato peringkat daerah yang diadakan di SJK (T) Bandar Baru Salak Tinggi pada 24
       April 2013 yang lepas.


6.0   Ucapan Guru Bertugas. (Encik Jamillulail B. Mohd Junit)

Tema    : Masa Itu Emas

6.1               Murid-murid diingatkan supaya tidak membazir masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan 
            menghindari gejala sosial yang tidak sihat. Sebaliknya masa lapang hendaklah diisi dengan aktiviti yang 
            berfaedah (mengulangkaji dan beriadah).

6.2       Orang yang mensia-siakan masa adalah orang yang tidak tahu bersyukur, pemalas dan rugi. 

6.3       Tabiat suka membuang masa lahir dari sikap manusia yang tidak menepati masa yang dijanjikan dan 
            ianya perlu diubah.              
         

7.0  Ucapan Guru Besar (En. Sukimin B. Juki)

7.1             Sikap rajin -  Semua murid, dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan budaya rajin mendengar.
                       Ia bertujuan murid tidak hilang tumpuan dan fokus ketika mendengar sesuatu arahan dan 
           pembelajaran. Murid-murid juga dinasihat supaya tidak berangan-angan, berkhayal dan termenung 
           ketika guru mengajar agar tidak hilang tumpuan di dalam kelas.    
          
            7.2      Mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang berjaya dalam pertandingan yang disertai. 
                       Manakala kepada murid yang belum berjaya  dinasihat berusaha lagi dengan mencontohi sikap rakan 
                      yang berjaya. 
            
            7.3      Murid-murid diminta merujuk blog sekolah tentang pindaan tarikh peperiksaan pertengahan tahun dan 
                       dinasihat supaya membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi soalan peperiksaan.






                                                     Gambar aktiviti sewaktu perhimpunan


Perhimpunan tamat pada jam 8.20 pagi. 

Laporan ‘Peptalk’


Laporan ‘Peptalk’
Pelapor     :                             :         Pn. Rosmizawati Yusub
Disampaikan Oleh              :         Pn. Zarina bt. Hashim
Kelas                                       :         6  Merpati dan 6 Merak
Masa                                      :         8.30 – 9.00 pagi

Tajuk                                       :         Menghargai Masa

1. Program peptalk dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
2. Pn. Zarina menekankan bahawa Islam amat mementingkan
    pengurusan masa.
3. Pengurusan masa yang baik adalah merupakan kunci kejayaan
    seseorang.
4. 3 cara pengurusan masa yang baik adalah
·        Peruntukan masa untuk melakukan satu-satu tugasan iaitu dengan membuat perancangan untuk melakukan sesuatu perkara.
·        Senaraikan keutamaan anda -untuk meudahkan pengurusan masa kita.
·        Hargai masa – iaitu jangan persiakan masa. Ianya adalah kunci utama untuk dapatkan keseimbangan dalam hidup.
5. Program peptallk disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr dan
    tasbih Kifarah


                                Pn.  Zarina memberi penerangan kepada pelajar.


                                  Program disudahi dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih Kifarah

Post by
Rosmizawati Yusub











Friday, April 26, 2013

TERAPI BOLING PPKI DI IOI MALL, PUCHONG

Pada16 April dan 23 April ( Selasa ), program PPKI telah menjalankan aktiviti terapi boling di IOI Mall, Puchong. Tujuan terapi boling ini dijalankan untuk mendedahkan murid-murid dengan masyarakat luar, permainan boling, membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran motor kasar, motor halus dan kecerdasan fizikal. Aktiviti terapi boling ini melibatkan semua murid PPKI. Terapi boling kali pertama melibatkan 4 orang guru praktikum.

Gambar guru dan murid di Ampang Bowl, IOI Mall.


Guru membimbing murid memegang dan meleret bola boling ke arah pin.

Murid memegang dan meleret bola boling tanpa bimbingan guru.

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Sepang

Pada hari Khamis, 25 April 2013 Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Sepang telah diadakan di SK.Bandar Baru Salak Tinggi. Sebanyak 29 buah sekolah di daerah Sepang  telah menyertai pertandingan tersebut. SK. Taman Putra Perdana telah diwakili oleh adik Muhammad Ikmal Haris bin Fazir (6 Merpati) bagi Tahap 2 manalaka Tahap 1 diwakili oleh adik Asyraff (3 Theta).

Daripada 29 buah sekolah yang bertanding, adik Ikmal Haris dari SK. Taman Putra Perdana  dengan ceritanya 'Legenda Mahsuri' telah berjaya menjadi antara 6 peserta  yang terpilih untuk berentap di peringkat akhir.  Pertandingan yang berlangsung anatara 6 buah sekolah tersebut amat sengit lantaran  mencari pencerita yang terbaik untuk ke peringkat negeri.Selain bercerita, peserta juga harus menjawab soalan spontan dengan petah dan lancar.

Peserta dari sekolah kita telah mempersembahkan ceritanya dengan penuh semangat dan penghayatan. Namun nasib tidak menyebelahi , sekolah kita hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua peserta yang telah berusaha sedaya upaya mereka demi menaikkan nama SK.Taman Putra Perdana.






PROGRAM TEKAD MEMBENTUK MATLAMAT (FASA 1)


Pada 25 April 2013 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Pengawas telah menganjurkan Program Tekad Membentuk Matlamat (Fasa 1) bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Objektif program ini diadakan ialah :
  • Memberi kesedaran kepada murid supaya berusaha mengubah sikap mereka dari negatif kepada positif.
  • Memberi kesedaran kepada murid akan kesan sekiranya gagal mematuhi peraturan sekolah.
  • Membina kefahaman murid akan tujuan mereka hadir ke sekolah iaitu untuk membina sahsiah diri, mendapat sijil akademik dan ko kurikulum secemerlang mungkin dan belajar mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Penceramah yang telah diundang  untuk mengendalikan program ini ialah Encik Khasfulizam Bin Abdullah dari SK Raja Muda, Shah Alam.

Sesi pendaftaran murid

Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir 

Murid membaca ikrar untuk mengubah sikap

Aktiviti 'Peka kepada Arahan'

Simulasi penerapan nilai murni

Semoga ilmu yang diperolehi dari program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid yang terlibat  dalam membentuk sahsiah diri yang lebih baik pada masa akan datang.


KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SEPANG (BAWAH 12 TAHUN)

Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang bawah dua belas tahun telah diadakan pada 22hb April hingga 24 April 2013. Kejohanan telah diadakan di padang SK Methodist Sungai Pelek Sepang dan telah dirasmikan oleh En. Eng Chok Sin (Pegawai Khas Kepada Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri).


Gambar: Majlis Perasmian Kejohan

Hari pertama kejohanan:

- Perlawanan pertama peringkat kumpulan, SK Taman Putra Perdana bertemu dengan SJKT Bandar Baru Salak Tinggi.
- Dalam perlawanan ini, SK Taman Putra Perdana telah menewaskan SJKT Bandar Baru Salak Tinggi           dengan keputusan 8 gol berbalas 0.

Gambar: SK Taman Putra Perdana lawan SJKT Bandar Baru Salak Tinggi.

- Perlawanan kedua peringkat kumpulan berlangsung pada pukul 2.30petang.
- Dalam perlawanan kedua ini, SK Taman Putra Perdana bertemu dengan SK Taman Seroja.
- Kemenangan berpihak kepada SK Taman Seroja dengan keputusan SK Putra Perdana 0 dan SK Taman       Seroja 1 gol.

Gambar: SK Taman Putra Perdana lawan SK Taman Seroja.

- Keputusan untuk hari pertama kejohanan menyaksikan SK Taman Putra Perdana telah layak ke pusingan kedua dengan menjadi naib johan dalam Kumpulan A.

Hari Kedua Kejohanan:

- Pada pusingan kedua ini telah menemukan pasukan SK Taman Putra Perdana dengan SK Pantai Sepang Putra.
- Perlawan terpaksa ditangguhkan ke hari ketiga kejohanan kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Hari Ketiga Kejohanan :

- Pusingan kedua perlawanan diantara SK Taman Putra Perdana dengan SK Pantai Sepang Putra  berlangsung pada pkul 9.30 pagi.
- Perlawanan menyaksikan kesungguhan pasukan mencari kemenangan untuk melayakkan ke peringkat seterusnya.
- Perlawan berkesudahan dengan SK Pantai Sepang Putra menang tipis ke atas SK Taman Putra Perdana dengan keputusan 2 gol berbalas 1.

Gambar: Barisan Pasukan SK Taman Putra Perdana bersedia untuk memasuki padang.

Gambar: Pemain bersalaman sebelum memasuki padang.

Gambar: Penjaga gol SK Taman Putra Perdana menyempurnakan sepakan penalti.


Senarai pemain Pasukan Bola Sepak SK Taman Putra Perdana:

Bil Nama Pemain

1 ISZAM ASRAFF B. ITHNIN
2 MUHAMMAD AFIF B. HASNAN
3 WESLEY AZCANG MILKIAS
4 AMIRUL SOFI B. AMAR UBADAH
5 MUHAMMAD FARIS AIMAN B. ZULKIFLI
6 MUHAMMAD AMIRUL AZMIL B. MOHD APANDI
7 SYED MUHAMMAD HISYAM B. SYED RIZALMAN
8 MOHAMMAD AKMAL HAKIEM B. ZAHARUDDIN
9 MUHAMAD HASBI IRFAN B. UZAIRI
10 ABDUL KHAIRY B. HELMY
11 AZRAAI FARHAN B. AHMAD ZAMRAN
12 MUHAMMAD AIDIEL DANIAL B. MOHD ZAINI
13 MUHAMMAD SHAZRIL AL-AMIN B. SHAMSUDIN
14 MUHAMMAD QAYYUM B. RAZALI
15 NOR ZAIMI QUSYAIRI B. SALEHUNDIN
16 MOHAMAD IZZAT B. MUSTAPHA
17 MUHAMMAD FAIQ NAZMI B. MOHD NAJIB
18 MOHAMAD NAJIB B. ARBAINI


Senarai nama guru pengiring:

Bil Nama Pegawai                                                     
Jawatan

1 MUHAMAD ZAINUDIN BIN KALAM        PENGURUS
2 AHMAD MUSRIZUAN BIN DAUD                JURULATIH
3 NORIZMI BIN  ZAINAL ABIDIN                PEN. JURULATIH
4 RUSYDAN BIN ISMAIL                                PEN. JURULATIH



Wednesday, April 24, 2013

ANALISA KEHADIRAN KOKURIKULUM



TARIKH         : 24 APRIL 2013

AKTIVITI        : KELAB / PERSATUAN

SESI               : PAGI

UNIT
GURU
MURID
PERSATUAN BAHASA  MELAYU
5
76
PERSATUAN BAHASA  INGGERIS
3
64
PERSATUAN AGAMA ISLAM
7
52
KELAB SAINS & TEKNOLOGI
4
67
KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN
3
68
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
4
51
KELAB KOMPUTER
2
49
KELAB DOKTOR MUDA
4
31
KELAB BOSS
5
61
KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
3
36
KELAB BRIGED PENYELAMAT SUNGAI
3
38
JUMLAH KEHADIRAN
44
622
PERATUS
76
72

Ulasan :  Aktiviti berjalan lancar. Guru  dan menunjukkan komitmen yang tinggi.




ANALISIS KEHADIRAN KOKURIKULUM

TARIKH         : 24 APRIL 2013

AKTIVITI        : KELAB PERMAINAN

SESI               : PAGI

UNIT
GURU
MURID
KELAB BOLA SEPAK
2
90
KELAB BOLA JARING
6
98
KELAB HOKI
4
81
KELAB BOLA BALING
6
57
KELAB BADMINTON
4
114
KELAB PING PONG
3
62
KELAB PERMAINAN DALAMAN
10
88
KELAB SEPAK TAKRAW
5
32
JUMLAH KEHADIRAN
44
622
PERATUS
76
72


Ulasan :  Aktiviti berjalan seperti biasa.





                                                        Latihan bola jaring
                                                       Kelab Ping Pong
                                                             Persatuan Muzik dan Kebudayaan
                                                                    Kelab BOSS
                                                                   Briged Penyelamat Sungai

Persatuan Doktor Muda menjalankan aktiviti Ops Kantin