Friday, June 30, 2017

Program Guru Penyayang : Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei & Jun 2017 (Sesi Pagi & Petang)

Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini dijalankan secara berterusan dan telah menjadi budaya di sekolah ini. Kesannya mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid dan memupuk sikap suka hadir ke sekolah. Ucapan-ucapan positif seperti tahniah kerana hadir ke sekolah menjadikan murid bersemangat bermula daripada pagar lagi.

Walaupun dalam mood berpuasa, guru-guru tetap bersemangat menunggu di pagar bagi mengalu-alukan kehadiran murid. Berikut gambar-gambar aktiviti pada bulan Mei dan Jun 2017.














Semoga murid-murid lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah melalui amalan guru penyayang ini. Syabas guru-guru SKTPP.

Friday, June 23, 2017

Selamat Hari Raya dari Warga SKTPP

Menjelang Hari Raya Aidilfitri sebahagian besar guru dan staf telah mengabadikan kenangan bergambar bersama keluarga besar SKTPP.
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua murid dan warga sekolah..







Thursday, June 22, 2017

Majlis Penutupan Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Anak Yatim 2017

Alhamdulillah...
Hari ini, Khamis 28 Ramadan 1438 Hijrah bersamaan 22 Jun 2017 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Anak Yatim SK Taman Putra Perdana bagi sesi 2017.
Terima kasih Panitia Pendidikan Islam SKTPP atas program yang telah dijalankan dengan jayanya.

Pelbagai acara dan program telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Berikut adalah atur cara sepanjang majlis ini berlangsung:

Majlis Khatam Al-Quran oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Syarif bersama murid-murid yang terlibat.



 Program dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan oleh Puan Rohaidah Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)

Wow...sangat teruja.
Majlis Perasmian oleh team gimik Perasmian Majlis Penutupan Bulan Dakwah dan Ihya' Ramadan


Persembahan dari murid Tahap 1 dan 2



 Sesi fotografi bersama barisan pentadbir dan guru-guru Pendidikan Islam SKTPP sesi 2017

Penyampaian sumbangan anak yatim, cenderahati dan lenyampaian sijil-sijil penglibatan murid




Tahniah dan syabas buat anak-anak SKTPP kerana menyertai acara yang dipertandingkan, di antaranya:
Muazzin, Spell It Right, KULTIM, Pertandingan Mewarna, Teka Silangkata, Huffaz Junior, Kuiz Terbuka dan Tadarus Al-Quran Tahap 2.

Seterusnya diadakan majlis meraikan perpisahan bersama guru-guru yang akan berpindah iaitu Puan Nor Shuhada binti Mohd Noor dan Puan Hasliza binti Said.




Majlis diteruskan dengan acara Karaoke Raya antara guru dan murid.



Majlis disudahi dengan sesi bersalam-salaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.




Maaf Zahir dan Batin dari kami warga SKTPP buat semua.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.


Disediakan oleh:
AJK Posting Blog
Ustazah Norziani binti Zubir dan
Puan Azura Farina binti Abdullah

Wednesday, June 21, 2017

Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Kota Warisan


21 Jun 2017 (Rabu), telah diadakan lawatan penanda aras ke Pusat Sumber Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kota Warisan. Tujuan lawatan itu diadakan untuk mengumpul maklumat dan mengetahui secara terperinci tentang cara penyediaan sistem fail Pusat Sumber Sekolah yang betul sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri tahun 2017.

Lawatan ini disertai seramai enam orang guru yang diketuai oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali., selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Guru-guru tersebut ialah Puan Azizah binti Mokhlas, Pk Pentadbiran,Puan Siti Rabiaah biti Mohammad (Guru Media), Puan Azlian binti Mat Isa (Guru NILAM), Puan Arjunawati binti Mohd Nuz(Penyelaras FrogVle), Puan Juli binti Mahbah (Guru Kaunseling).

Antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama sepanjang lawatan tersebut.