Tuesday, February 28, 2017

Program Guru Penyayang : Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Januari & Februari 2017 (Sesi pagi & petang)

Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini dijalankan secara berterusan dan telah menjadi budaya di sekolah ini. Kesannya mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid dan memupuk peraan suka hadir ke sekolah. 

Ucapan-ucapan positif seperti tahniah kerana hadir ke sekolah menjadikan murid bersemangat bermula daripada pagar lagi.
Semoga apa yang dilaksanakan ini memberi kesan yang positif kepada murid-murid SK Taman Putra Perdana.


Berikut paparan aktiviti mengalukan murid sesi petang. Bukan sahaja ucapan selamat datang tetapi guru-guru mengambil peluang untuk tarik minat murid ke sekolah dengan ambil tahu tentang cara berpakaian dengan kemas.








Berikut aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi. Kedua-dua pagar A & B guru-guru telah menunggu kehadiran anak murid mereka seawal 7.00 pagi.










Jadual PKSR 1 2017




Monday, February 27, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-9 (Sesi Petang)

Tarikh: 27 Februari 2017
Hari: Isnin
Masa: 1.20 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana
Pengacara Majlis: Pn Yani binti Mohammad Sharif

Guru Bertugas:
1. Encik Afandi bin Mat Zain
2. Puan Fadhilah binti Talib
3. Puan Norazah binti Mohd Ali
4. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
5. Puan Nor Maziah binti Abd Malek
6. Cik Siti Maryam binti Jamaludin

Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Puan Salmi binti Amir.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.
Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya

3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Yani binti Mohammad Sharif.
Ikrar Murid

4. Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Pengawas Sesi Petang, adik Nurhasya Sofea binti Zuraidi
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

5. Laporan guru bertugas minggu ke-8 disampaikan oleh Puan Norazmira binti Kadirun.
  • Terdapat beberapa kes kecederaan yang berlaku pada minggu lepas. Murid-murid berlari ketika latihan sukan dijalankan.
  • Murid diingatkan agar tidak berlari semasa latihan sukan dan sentiasa berada di bawah kawalan guru rumah sukan untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.
  • Murid juga diingatkan agar tidak berada di kawasan larangan ketika waktu rehat seperti di gelanggang badminton.
6. Ucapan guru bertugas minggu ke-9 disampaikan oleh Puan Yani binti Mohammad Sharif.

i) Memperkenalkan barisan guru bertugas.

Guru-guru bertugas pada minggu ini (Tiada dalam gambar: Encik Afandi)

ii) Tema minggu ini : Sayangi Buku Teks
  • Buku teks adalah hak kerajaan. Murid-murid perlu menjaga buku teks supaya tidak hilang.
  • Buku teks yang hilang perlu diganti semula pada akhir tahun nanti.
  • Buku teks tersebut akan digunakan oleh murid lain pada tahun hadapan.
  • Jadikan buku teks sebagai teman akrab dan bawa ke sekolah ikut jadual waktu kelas.
iii) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu - Merentasi (Maksud: melalui, menempuh)
Bahasa Inggeris - Good night (Maksud: selamat malam)
Bahasa Arab - Rijlun (Maksud: kaki)

iv) Pengumuman Keputusan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Minggu Ke-8


Tahun 1
Pertama - Ibnu Khaldun
Kedua - Ibnu Bajjah
Ketiga - Al Khawarizmi


Tahun 2
Pertama - Dedikasi
Kedua - Jujur
Ketiga - Intelek


Tahun 3
Pertama - Titanium
Kedua - Elektrum
Ketiga - Vanadium

v) Pengumuman
Latihan sukan akan bermula pada pukul 3.50 petang sepanjang minggu ini.

Perhimpunan tamat pada pukul 2.10 petang.

Makluman Hari Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP Ke-14 Tahun 2017

Tarikh    : 4 Mac 2017
Hari       : Sabtu
Masa      : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari

Semua ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada peserta dan memeriahkan lagi kejohanan.

Harap Maklum
Sekian Terima Kasih

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-9 (Sesi Pagi) 2017

Tarikh: 27 Februari 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana
Pengacara Majlis: Pn Nurliza Bt Ab Rahman

Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda Bt Mansor
2. En Mahadir Bin Midun
3. Pn Nurliza Bt Ab Rahman
4. Pn Noriza Bt Md Nor
5. Pn Nor Shuhada Bt Mohd Noor
6. Pn Norasmawati Bt Omar
7. Pn Rafidah Bt Salleh
8. Pn Juli Bt Mahbah
9. Pn Faridatul Aini Bt Alias
  • Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya 
  • Bacaan Ikrar Murid
Pengacara Majlis - Amirah Qistina Bt Azmi

Konduktor lagu oleh Hanis Syafiqah Bt Mohd Rashidi

Bacaan Doa oleh Muhammad Nur Rusyaidi Bin Bakri

Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Ustaz Mahadir bin Midun

Bacaan Ikrar Murid oleh Amirah Syazana Bt Samsuri
Laporan Bertugas Minggu Lepas (Minggu 8) - Pn Rosmawati Bt Md.Desa
1. Semua murid diingatkan supaya sentiasa menjaga wang dan barang yang dibawa ke sekolah bagi mengelakkan dari tercicir.
2. Murid-murid diminta menjaga kesihatan supaya tidak mudah sakit. Sekiranya sakit, perlulah berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan cuti sakit.

Pn Rosmawati Bt Md.Desa
Pengumuman Keputusan kebersihan Kelas:
PPKI:
Pertama: Archery
Kedua: Aquatics
Ketiga: Petanque

Tahun 4:
Pertama: Nafiri
Kedua: Kompang
Ketiga: Canang

Tahun 5:
Pertama: Respiratori
Kedua: Surgeri
Ketiga: Hematologi

Tahun 6:
Pertama: Neptun
Kedua: Marikh
Ketiga: Zuhrah





Ucapan Guru Bertugas Mingguan - Pn Nurliza bt Ab Rahman


  • Pengacara Majlis memperkenalkan guru-guru bertugas dari Kumpulan A 
Barisan Guru Bertugas
Tema minggu ini: Sayangi Buku Teks
-Semua murid perlu menjaga buku teks yang dipinjamkan oleh pihak sekolah dengan baik dengan cara;
1. Membalut buku teks
2. Baik pulih buku teks yang telah koyak
-Semua murid perlu bersiap sedia untuk pulangkan buku teks sebelum cuti persekolahan akhir tahun.
-Sayangi buku teks dengan membawa buku-buku tersebut mengikut jadual ke sekolah.

Perkataan LAWAD Mingguan:
Bahasa Melayu - Hingar bingar
Bahasa Inggeris - Wheel
Bahasa Arab - Al Hiwayatu

Murid mencatat perkataan LAWAD
Barisan pentadbir SKTPP

Barisan Guru SKTPP

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kejohanan Ping pong MSSS
Nama pemenang: Nur Alin Syazani Bt Mohd Radhi - 5 Respiratori
Naib Johan (Kategori Bukan Cina)
Tarikh: 21-23 Februari 2017
Tempat: SMK Bandar Rinching, Hulu Langat


Ucapan PK Hal Ehwal Murid - Pn Rosmah Bt Jamat

1. Pada Sabtu ini, 4 Mac 2017 sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan buat kali ke-14. Semua murid diingatkan supaya menjaga keselamatan. Juga semua murid perlu bersungguh-sungguh semasa membuat latihan.
2. Semua murid juga diminta bersungguh-sungguh membuat ulangkaji pelajaran sebagai persediaan ujian PKSR 1 pada minggu hadapan
3. Semua murid dingatkan tentang disiplin ketika keluar kelas, perlu berbaris dan menutup suis kipas dan lampu. Hadir awal ke sekolah adalah tanggungjawab murid serta ibu bapa/penjaga murid masing-masing. Pengawas bertugas akan menulis nama murid yang hadir lewat.

Saturday, February 25, 2017

Kantin Semakin Ceria

Terima kasih buat pengusaha kantin atas usaha dan komitmen menceriakan kantin demi keselesaan anak murid, guru dan warga sekolah. Jom tengok sikit...




Pencarian Bakat Baru Kriket

Pencarian bakat-bakat baru kriket untuk murid-murid Tahun 2, 3 dan 4 dilakukan hari ini. Sambutan sangat menggalakkan. Terima kasih buat Cikgu Junaidi dan Cikgu Izwan atas usaha-usaha untuk pembangunan kriket sekolah...








Operasi Mengecat

Operasi mengecat oleh pekerja-pekerja pembersihan sekolah di tengah-tengah panas terik matahari....
Terima kasih buat Sri dan kawan-kawan yang sentiasa ringan tulang membantu membersih dan menceriakan sekolah.