Thursday, May 31, 2018

Program Guru Penyayang: Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan dalam bulan Mei, 2018. Bulan yang menyaksikan hanya 16 hari sahaja murid-murid dan para guru hadir ke sekolah. Bulan yang memberikan lebih banyak peluang untuk murid-murid dan para guru berehat daripada mengikuti sesi persekolahan yang semakin mencabar. 

Walaupun menerima lebihan cuti yang tidak dijangkakan, para guru tetap terus bersemangat untuk menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah. Tiada istilah 'lemau' dalam hidup para guru. Kegembiraan anak murid lebih diutamakan walaupun dalam keadaan menahan lapar dan dahaga kerana semua guru dan murid Islam sedang berpuasa.

Bulan Ramadan bulan mulia,
Bulan menahan lapar dahaga,
Menyambut murid tak kira masa,
Murid tersenyum, guru gembira.






Monday, May 28, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-21 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 28 Mei 2018
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 petang - 1.40  petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn. Tuan Nor 'Ain binti Tuan Azhar

Guru Bertugas :
  1. En. Muhammad Saiffol bin Ngabiah
  2. Cik Noor Azlinda binti Kasmin
  3. Pn. Salmi binti Amir
  4. Pn. Tuan Nor 'Ain binti Tuan Azhar
  5. Pn. Norazmira binti Kadirun
  6. En. Noor Hisham bin Mohd Noor
  7. Cik Amalina binti Abdul Hamid
Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.


2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh  Pn. Tuan Nor 'Ain binti Tuan Azhar


4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Damia Batrisyia Binti Ibrahim


5. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.


Perhimpunan berakhir pada pukul 1:40 petang

Laporan Perhimpunan Rsmi Minggu Ke-21 (Sesi Pagi)

Tarikh     : 28 Mei 2018
Hari        : Isnin
Masa      : 7.30 hingga 7.50 pagi
Tempat   : Tapak Perhimpunan
Pengerusi Majlis : Puan Maimunah binti Yob

Guru bertugas :

1. Norziani binti Zubir
2. Ahmad Zubir bin Haji Muhammad Taib
3. Azlina binti Mat Isa
4. Nor-Azura binti Mustafa
5. Faridatul-Akmal binti Ismail
6. Nurullhuda binti Yaacob
7. Norbaizura binti Nordin
8. Muhammad Afiq bin Azli
9. Maimunah binti Yob

Laporan Perhimpunan

Pengerusi Majlis : Reshmen Raj a/l Jaigadesh

1. Nyanyian
     * Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Aku Negaraku
        dipimpin oleh: Eby Nurul Elyana binti Yahya (5 Kompang)

2. Bacaan Doa
    * Diketuai oleh: Haziq Aiman bin Hamdan (5 Patologi)

3. Ikrar
    *Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh :  Puan Maimunah binti Yob
    *Sekolah diketuai oleh : Nur Adlina binti Hassan (6 Surgeri)

4. Memperkenalkan Barisan Guru Bertugas
    - Puan Maimunah binti Yob memperkenalkan barisan guru yang bertugas bagi memudahkan murid-murid berurusan sekiranya ada masalah.

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
    - ditangguhkan kerana minggu ini minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

6. LAWAD
    - ditangguhkan kerana minggu ini minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Reeshmenraj selaku pengerusi majlis.

Puan Maimunah binti Yob guru bertugas sedang menyampaikan maklumat.

Barisan guru bertugas minggu ini.

Puan Juli sedang menyampaikan maklumat berkaitan dengan Bimbingan dan Kaunseling.

 Disediakan oleh:
 Azlina binti Mat Isa

Wednesday, May 23, 2018

Jadual Sesi Pagi Dalam Bulan Puasa (Terkini)

Adalah dimaklumkan mulai 24 Mei 2018 (Khamis) dalam bulan Ramadan ini, murid-murid sesi pagi akan balik pada pukul 12.50 tengah hari. Pada hari Jumaat, murid-murid sesi pagi balik pukul 11.50 pagi macam biasa.
Bagi murid bukan Islam, waktu balik pada hari Selasa dan Khamis sepanjang bulan puasa ini ialah pada pukul 12.25 tengah hari. Hari-hari yang lain balik seperti murid lain.
* Jadual sesi petang seperti biasa (sila klik di sini).

 Sekian, terima kasih.

Monday, May 21, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Sesi Petang Minggu ke 20


Hari    : Isnin
Tarikh : 21 Mei 2018
Masa   : 1.20 petang hingga 2.30 petang

Guru Bertugas :
1. En. Nor AmirulFitri b Othman
2. Pn. Nur Azizati bt Ahmad
3. Pn. Nur Malisha bt Omar
4. Cik Zalina bt Ismail
5. Pn. Rohani bt Mansor
6. Pn. Nor Athirah Amani
7. Pn. Zabedah bt Othman

Guru - guru bertugas pada minggu ini.

Laporan Perhimpunan :

Pengacara Majlis : Cik Zalina bt Ismail

1. Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku.
  • Bacaan doa oleh Penolong Ketua Pengawas Rayyan Hayy (3 Jujur).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Jalan Raya oleh Cik Zalina bt Ismail.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Damia Batrisya (3 Intelek).
Nyanyian Lagu - lagu; Negaraku, Negeri Selangor , Sekolah dan Aku Negaraku.

Bacaan doa oleh Adik Rayyan Hayy.

Bacaaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Zalina.

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Damia Batrisyia.

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En. Aizil Hasyimi b Abdul Rahman)
  • Murid dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dan bertenang terutama semasa bulan Ramadan. 
  • Murid diminta supaya tidak mencuri atau mengambil barang yang bukan kepunyaan mereka.
  • Kebersihan di dalam kelas juga semakin memuaskan. Tahniah untuk semua! Diharapkan semua murid mengambil berat tentang pentingnya mengamalkan kebersihan di mana - mana sahaja.
Nasihat untuk murid oleh En. Aizil.

3. Lawad
  • BM : Menguli = Meramas
  • BI   : Lake = Tasik
  • BA : Mualimun = Guru Lelaki

4. Tema Ucapan (Cik Zalina bt Ismail)
  • Tema : BUDAYA MEMBACA
  • Untuk menambah ilmu pengetahuan.
  • Di sekolah , ada banyak program galakan membaca seperti Program NILAM, 5 Minit Membaca dan lain - lain.
  • Ambillah peluang untuk membaca buku kerana melalui pembacaan, kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang luas.

5. Majlis Perasmian Jom Dakwah dan Ihya Ramadan Sesi Petang 2018
  • Objektif Program
  1. Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
  2. Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
  3. Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah.
  4. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
  5. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang mengamalkan tata cara hidup sebagai seorang muslim yang mengimarahkan bulan Ramadhan.
  • Program - program yang bakal dijalankan sepanjang bulan Ramadan.
  1. Kuiz Cinta Rasul 
  2. Mari Membaca Al-quran
  3. Rawat Doa
  4. IQ Ramadan

Pengacara majlis, Ustaz Abd Hafiz.

Bacaan doa oleh Ustaz Hariz.

Ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah.
Pn. Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar


Guru Besar merasmikan Jom Dakwah dan Ihya Ramadan Sesi Petang 2018


"Bersedekah itu amalan mulia"


"Alhamdulillah"









Sepanduk Bulan Dakwah SKTPP 2018


#HayaBilArabiyyah
#CintaRasul
#KaryaDaieKreatif
#JomJadiBaik
#KempenTutupAurat
#QuranDihatiku
#StreetDakwahofPPDA


Bergambar kenangan AJK Program bersama Guru Besar, Pn Rohaidah dan Penolong Kanan Petang, Pn Jumilah.







Majlis Perasmian Jom Dakwah & Ihya' Ramaadhan 2018 ( Sesi pagi)

Panatia Pendidikan Islam telah menganjurkan majlis Perasmian Jom Dakwah dan Ihya' Ramadhan dengan jayanya pada 21 Mei 2018 bersamaan 05 Ramadhan 1439 Hijrah iaitu pada hari Isnin. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En.Ruzain Syukur bin Mansor, Pegawai Pendidkan Islam dari Kementerian Pendidikan Malaysia. 

2. Diantara objektif program Jom Dakwah dan Ihya' Ramadhan ini diadakan adalah :
*  Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
* Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
* Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah.
* Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan   
   cintakan ajaran Islam.
* Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang mengamalkan tata cara hidup sebagai seorang     muslim yang mengimarahkan bulan Ramadhan.

4. Sekolah bertuah kerana perasmi bagi program ini juga merupakan seorang penulis buku. Beliau telah berkongsi kisah pengalamannya dalam buku tersebut. Buku beliau bertajuk Travelog Dakwah UK Dari Jendela Queensborough Terrace. En.Ruzain Syukur Mansor juga telah berkongsi pengalamannya berpuasa di UK bersama rakyat Malaysia yang berada di sana. Warga sekolah seronok dapat mendengar pengalaman beliau.

5. Diantara gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama :




Buku program


Ucapan daripada Pn Rohaidah Ali



Gimik pelancaran program

Ucapan darpada penyelaras program Ustazan Norziani


Pelancaran program 


En Ruzain Syukur b Mansor


Karya buku daripada En.Ruzain

Suasana majlis di dewan






Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-20 (Sesi Pagi)

Tarikh                  : 21 Mei 2018
Hari                     : Isnin
Masa                    : 7:30 - 9:30 pagi

GURU-GURU KUMPULAN B :
~Noor Hayati binti Yusof
~Ahmad Musrizuan bin Daud
~Nurhayati binti Mohamed Nor
~Norazian binti Mat Anuar
~Siti Rabiah binti Mohammad
~Julaili binti Onian
~Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal
~Nik Kamisah binti Abd Aziz
~Mazzaini binti Muda


AGENDA PERHIMPUNAN :

1) Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Ikrar.

2) Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn Roseniza binti Setapa
- Kebersihan kelas perlu dipertingkatkan.
- Isi masa dengan melakukan perkara yang berfaedah.
- Murid perlu hadir ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
- Murid yang sama hadir lewat ke sekolah.

3) Penyampaian hadiah pemenang keceriaan kelas :

KELAS
JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA
PPKI
ARCHERY CRICKET SOCCER
TAHUN 4
VANADIUM
TITANIUM
ELEKTRUM
TAHUN 5
CANANG
KOMPANG
NAFIRI/
TAHUN 6
RADIOLOGI
RESPIRATORI
SURGERI



4) Ucapan guru bertugas - Pn Norazian binti Mat Anuar
    Tema : Menjaga dan menyayangi harta benda sekolah.

-Menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga dan menyayangi harta benda sekolah.
-Menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat.
-Melaporkan kerosakan kepada guru.
-Simpan peralatan selepas menggunakannya.
-Menjaga harta benda sekolah seperti harta benda sendiri.

5) LAWAD
a) Langkah seribu - berlari dengan pantas kerana takut.
b) Clumsy - kekok/janggal
c) Muhimmatun - penting

6) Ucapan Pentadbir; PK HEM - Pn Rosmah binti Jamat :
- Jaga tutur kata
- Murid yang masuk ke dalam bilik guru perlu memakai pas keluar kelas.
- Bergurau biar berpada-pada.
- Alat tulis perlu lengkap sentiasa.

7) Pengumuman
- Aktiviti kokurikulum sepanjang bulan Ramadan ditangguhkan.

8) Penyampaian hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat negeri Selangor Tahun 2018
    Tarikh : 15 Mei 2018
    Tempat : SK Taman Bunga Raya 1
    Johan Tilawah Al-Quran - Nur Alia Qistina Binti Ahmad Ghazali
    Sijil Penyertaan Bercerita dari kisah Al-Quran - Munirah Wafiah binti Zamri.


9) Pelancaran "Jom Dakwah & Ihya' Ramadan" yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam bermatlamat untuk menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat dihayati dan diaplikasi bersama. Al-Fadhil Al-Ustaz Ruzain Syukur Mansor, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dijemput untuk merasmikan majils ini.