Monday, July 31, 2017

Majlis Pelancaran Program Sekolah Selamat

31 Julai 2017 - Perasmian majlis pelancaran Program Sekolah Selamat telah diadakan bertempat di dataran perhimpunan untuk (sesi pagi) dan di Dewan Taman untuk (sesi petang). Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis Ustaz Zurilazman bin Abdullah  dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Rohaidah binti Mohd Ali.

Matlamat :
-Sekolah selamat adalah untuk mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti.

Objektif  :
- Meningkatkan kefahaman mengenai  tatacara dalam menghadapi sebarang isu kecemasan dan kemalangan.
- Mewujudkan persekitaran sekolah sihat, selamat dan menyeronokkan.
- Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbangkan secara positif kepada sekolah.


Sesi pagi











Sesi petang





Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-28 (Sesi Pagi)

Tarikh : 31 Julai 2017
Masa  :  7.30 - 8.00 pagi
Guru Bertugas :
                     1. Pn. Mazzaini bt Muda
                     2. Pn. Roseniza bt Setapa
                     3. Pn. Zailezah bt Sardi
                     4. Pn. Norlida bt Othman
                     5. Pn. Norli bt Hassan
                     6. Pn. Grace a/p Danaraj
                     7. Pn. Nurul Afiqah bt Mohd Hashim
                     8. Encik Zurilazman bin Abdullah
                     9. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

Guru Bertugas Mingguan

Laporan Perhimpunan :

Perhimpunan sekolah dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :

1. Bacaan doa oleh Nur Rusyaidi bin Bakhri.
2. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai Pn. Zailezah binti Sardi dan bacaan ikrar murid oleh Penolong Ketua Pengawas Adik Amirah Syazana.

4. Laporan guru bertugas minggu lepas Pn. Azwani binti Nordin.


Ucapan Puan Azwani binti Nordin


4.1  Murid-murid diingatkan tentang peraturan sekolah berkaitan hal lencana, tanda nama, rambut, kasut dan stoking.
    4.2  Murid juga diingatkan supaya sentiasa menggunakan tangga yang betul semasa waktu balik. Murid-murid Tahun 6 harus menggunakan tangga UKM, murid tahun 5 menggunakan tangga USM/UKM manakala murid-murid Tahun 4 menggunakan tangga UUM dan laluan bilik guru bawah.
   4.3 Semua murid tidak dibenarkan menggunakan laluan Dewan Perdana pada waktu balik kerana dewan sedang digunakan oleh murid-murid sesi petang.
    4.4  Murid-murid juga diingatkan supaya segera beratur apabila tamatnya waktu rehat.
   4.5  Murid-murid yang hendak keluar ke tandas mesti memakai pas keluar dan tidak boleh masuk ke bilik guru secara beramai-ramai.
    4.6  Keputusan pemenang keceriaan kelas minggu lepas :
           i) Kelas PPKI
              Pertama  :  Aquatik
              Kedua    :   Kriket
              Ketiga    :   Socker
           ii) Tahun 4
              Pertama  :  Kompang
              Kedua    :   Nafiri
              Ketiga    :   Rebana
           iii) Tahun 5
              Pertama :  Surgeri
              Kedua    :   Kardiologi
              Ketiga    :   Respiratori
           iv) Tahun 6
              Pertama :  Zuhrah
              Kedua    :   Neptun
              Ketiga    :   Utarid

Ketua-Ketua Kelas Menerima Hadiah Keceriaan.


5.  Ucapan guru bertugas Puan Zailezah binti Sardi

     5.1  Tema : Kenali Bendera Malaysia
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.
Bagi bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan yang melambangkan Agama Islam - sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara Malaysia seperti yang telah tertakluk di bawah Perlembagaan Negara Malaysia.
Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

6.  Penyampaian Hadiah dan Sijil Kepada Pemenang Pertandingan dan Wakil Sekolah.
     6.1 Pasukan Bicara Berirama PPIM. Aktiviti ini diadakan pada 8 Julai 2017 di SAM Rawang. Pasukan sekolah telah mendapat tempat ke-4 Peringkat Negeri Selangor.
     6.2 Perkhemahan PPIM Gabungan Sekolah Rendah Daerah Sepang, Peserta Terbaik dan Johan serta Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki Berkumpulan
     6.3 Wakil Pandu Puteri Tunas ke Peringkat Negeri dan Antarabangsa di Taiwan.
     6.4 Pertandingan Boling Ten-Pin Sepang. Pasukan sekolah mendapat tempat ke-3.
     6.5 Pertandingan Bola Sepak Daerah Sepang, mendapat Naib Johan.
     6.6 Pertandingan Memanah Peringkat Negeri, Naib Johan.
     6.7 Program Khidmat Masyarakat Dasar Warga Emas Negara (DWEN) di Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas Pulau Meranti.
           (Semua aktiviti telah dibuat laporan secara berasingan oleh guru pembimbing masing-masing)

Pasukan Bola Sepak SKTPP
Pasukan Pandu Puteri Tunas ke Peringkat Negeri dan Antarabangsa di Taiwan.
Wakil Pertandingan Memanah SKTPP

Wakil Sekolah ke Aktiviti Khidmat Masyarakat DWEN di Rumah Jagaan Orang Tua Al ikhlas Pulau Meranti

7.  Ucapan Pentadbir (Puan Azizah bt Mokhlas)
     7.1  Puan Azizah mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan murid-murid yang mengambil bahagian.
      7.2  Pertandingan yang besar menanti warga sekolah iaitu Pertandingan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor yang akan dihakimi pada 20 September 2017. Pertandingan ini memerlukan komitmen daripada seluruh warga sekolah. Semoga kejayaan milik kita dan PSS kita akan berubah menjadi PSS terbaik untuk memberi manfaat maksimum kepada anak-anak murid SKTPP.

8.  Pelancaran Kempen Sekolah Selamat Peringkat Sekolah 2017.
     8.1  Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
     8.2  Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Latihan Kebakaran dan program-program keselamatan dalam dan persekitaran sekolah.


Pelancaran Program Sekolah Selamat


Laporan disediakan oleh,

Puan Mazzaini binti Muda.

Majlis Penyerahan Sijil BATHKPC dan Taipei Jamboree

Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC)

Pada 31 Julai 2017, penyerahan sijil telah dibuat kepada dua orang murid SKTPP Pandu Puteri Tunas yang telah mengikuti Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) Peringkat Negeri Selangor di Kem PLKN Princess Haliza di dataran SKTPP. Bengkel yang dihadiri itu berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu pada 19 - 23 Julai 2017.
 
Dua orang murid iaitu Liyana Nabilah binti Md Lajis (5 Pediatrik) dan Savita Sivabalan (5 Respiratori) telah menerima Lencana BATHKPC dan akan mewakili sekolah dan daerah ke peringkat kebangsaan kelak.

Dilampirkan gambar penyerahan sijil kepada murid-murid...

 
Pn. Faridatul Akmal sebagai pengacara majlis.

 Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd Ali diiringi PK Koko Encik Shahrial bin Ya'am

  Savita Sivabalan (5 Respiratori)                      Liyana Nabilah binti Md Lajis (5 Pediatrik)


Taipei Jamboree

Pada 31 Julai 2017 juga telah diadakan majlis penyerahan sijil dan hadiah penghargaan kepada dua orang murid dan dua orang guru pengiring SKTPP Pandu Puteri Tunas yang telah mengambil bahagian di 9th Taipei Jamboree.

Seramai 25 orang ahli Persatuan Pandu Puteri Tunas Malaysia mengambil bahagian di 9th Taipei Jamboree yang diadakan dari 8 Julai sehingga 15 Julai 2017 di Taipei, Taiwan. Seramai 7 orang dari negeri Selangor terdiri daripada 3 orang dari sekolah menengah dan 4 orang dari SK Taman Putra Perdana iaitu 2 orang pemimpin dan 2 orang ahli Pandu Puteri Tunas. Mereka yang terlibat ialah Pn. Parimala Vengadaslam, Pn Maimunah binti Yob, Amirah Syazana binti Samsuri (6 Zuhrah) dan Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini (6 Zuhrah). Ini merupakan pencapaian tertinggi dalam aktiviti kokurikulum peringkat sekolah.

Penyampaian sijil dan hadiah penghargaan telah disampaikan oleh Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd Ali diiringi PK Koku Encik Shahrial bin Ya'am.

 
         Pn. Parimala Vengadaslam                                 Pn Maimunah binti Yob

 
 Adik Amirah Syazana binti Samsuri dan  Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini. 

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid dan guru pembimbing.


Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-28 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 31 Julai 2017
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 2.15 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana

Pengacara Majlis : En. Mohd Najib B Hj Sapari

Guru Bertugas :
1.            En. Wan Mohd Roswandy B Wan Ibrahim
2.            En. Mohd Najib B Hj Sapari
3.            Pn. Arnny Yusnita Bt Enarji
4.            Pn. Suriyana Bt Nanyan@Salim
5.            Pn. Yusnita Bt Yunus
6.            Pn. Nor Azian bt Ahmad
7.            Pn. Arzah Bt Hussin

Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, lagu Negeri selangor,     Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd      Kamarol Hisham.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh En. Mohd Najib B. Hj. Sapari.


4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea binti Zuraidi

5. Laporan guru bertugas minggu ke-26 disampaikan oleh Cik Noor Azlinda Bt Kasmin.

  • Cik Noor Azlinda mengatakan disiplin murid pada minggu lepas terkawal.
  • Beliau mengingatkan murid-murid supaya membuang sampah ke dalam tong sampah.
6. Memperkenalkan barisan guru bertugas

Barisan guru bertugas
7. Tema minggu ini :
    Kenali Jalur Gemilang
  • Guru menceritakan sejarah Jalur Gemilang.
  • Guru menceritakan maksud setiap warna dan jalur yang terdapat pada Jalur gemilang
8. Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas :

Johan Tahun 1

  • Tahun 1
  • Tempat pertama : 1 Ibnu Battuta
  • Tempat kedua : 1 Ibnu Khaldun
  • Tempat ketiga : 1 Al-Biruni



Johan Tahun 2
  •  Tahun 2
  • Tempat pertama : 2 Jujur
  • Tempat kedua : 2 Intelek
  • Tempat ketiga : 2 Dedikasi
Johan Tahun 3
  • Tahun 3
  • Tempat pertama : 3 Vanadium
  • Tempat kedua : 3 Elektrum
  • Tempat ketiga : 3 Titanium
9. Ucapan PK Petang

  • Pn. Jumilah mengingatkan murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah dan berdisiplin. Antaranya ialah :
  1. Pakai pas solat semasa pergi solat
  2. Simpan sejadah dan telekung dengan cermat di tempat yang disediakan.
  3. Amalkan sikap sentiasa berjalan dan tidak berlari apabila hendak pergi ke mana-mana.
  4. Rambut yang panjang hendaklah dipotong berdasarkan garis panduan yang terdapat dalam buku peraturan sekolah.
10. Program Sekolah Selamat

En. Saifullah menerangkan konsep sekolah selamat kepada murid
 
Pelancaran sekolah Selamat oleh Pn Rohaidah Bt Mohd Ali
Perhimpunan rasmi minggu ke-28 tamat pada 2.15 petang

Friday, July 28, 2017

Tunas Puteri Cemerlang

Team Tunas Puteri SKTPP bergambar untuk dokumentasi Pertandingan Unit Beruniform Terbaik Peringkat Negeri Selangor. Semoga berjaya...





Thursday, July 27, 2017

Program Guru Penyayang. Sambutan Hari Lahir Murid Jun dan Julai 2017

  Pada 27hb Julai 2017, AJK guru penyayang mengadakan sambutan majlis sambutan hari lahir untuk murid yang lahir pada bulan Jun dan Julai 2017.

  Majlis disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah Bt Mohd Ali pada sesi pagi dan sesi petang telah disempurnakan oleh PK Petang, Puan Jumilah Bt Ahmad.Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan tersebut.  Semoga melalui program ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dan guru.





Puan Rohaidah Bt Mohd Ali  ( Guru Besar ) menyampaikan hadiah hari lahir kepada murid.









Pn, Jumilah Bt Ahmad  ( PK Petang ) menyampaikan hadiah kepada murid sesi petang.





Disediakan oleh,

Rusmami Bin Rusli