Tuesday, September 29, 2015

Program Hari Kemerdekaan dan Hari 1 Malaysia

Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah merupakan pengantara utama kerajaan dalam mendidik dan membina semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid-murid.

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015. #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan. Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja,  yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia. Tanggal 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 52 tahun. Tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Ini menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

          Objektif Program

Objektif program adalah seperti berikut:
i)                    Menyemai semangat cinta akan negara
ii)                  Menyemai semangat 1Malaysia.
iii)                Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa  
            tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv)                Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
v)                  Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan 
            mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Berikut antara gambar-gambar semasa program tersebut :



                                   Perasmian program oleh  Guru Besar Puan Rohaidah binti Mohd Ali






                                                    Perasmian program sesi petang oleh
                                                    Penolong Kanan Petang Puan Rosmah binti Jamat

Pertandingan Koir Tahun 4 & 5


















Tahniah Nabil - Menjulang Juara!

Tahniah buat Muhd. Nabil Qayyum bin Zainudin (Tahun 5 Theta) - satu-satunya murid sekolah rendah daerah Sepang yang terpilih menyertai program "Menjulang Juara" Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2016 - 2019. Nabil bersama jurulatih sekolah serta Guru Besar telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran program tersebut di JPN Selangor, Shah Alam yg telah disempurnakan oleh Pengarah JPS; Tn. Zainuren bin Hj. Mohd. Nor.
   Semoga hasil program yang disertai dan pemantauan dari JPS serta latihan dan bimbingan berterusan daripada jurulatih sekolah (Cikgu Musrizuan), Nabil akan menjadi juara seterusnya dapat merangkul piala dalam Kejohanan MSSM kelak...





















Program Guru Penyayang- Sambutan Hari lahir Bulan September 2015 (Sesi Pagi)

Alhamdulillah pada pagi ini 29hb September 2015, majlis sambutan hari lahir untuk murid yang lahir pada bulan September dapat diadakan dengan jayanya di tapak perhimpunan SKTPP. Jutaan terima kasih kepada para AJK pelaksana dan penyumbang kek-kek untuk bulan ini.

Penyumbang Kek : PIBG, dan 2 orang guru SK Taman Putra Perdana.
Murid-murid yang diraikan beratur untuk menerim cenderamat daripada Pn Azizah bt Mokhlas (PK Kokurikulum)


Acara memotong kek

Ceria tanpa Dadah
                              Sambutan Hari Jadi untuk bulan Oktober akan diadakan pada:
                                      * 19 Oktober 2015 (Sesi Pagi)
                                      * 22 Oktober 2015 (Sesi Petang)