... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 31, 2015

Program Guru Penyayang : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama-sama Murid 2015

Tarikh  : 31 Julai 2015 (Jumaat)
Masa    : 9.00 - 10.50 pg (Sesi Pagi)
               3.20 - 4.40 ptg (Sesi Petang)
Tempat : Dewan SKTPP


Objektif :

1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara mentor/guru dan mentee/murid
2. Menyuburkan ukhwah yang tinggi mengikut saluran yang betul
3. Meningkatkan rasa syukur atas kemenangan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah telah dibawa oleh murid dan juga disediakan oleh guru-guru. Minuman pula telah disumbangkan oleh YM Tg Syawaludin b Tg Mamat (NYDP PIBG). Terima kasih tidak terhingga.

Majlis pada hari ini telah diserikan dengan kehadiran Tn Hj Khairul Azhar b Muhammad Suffian (YDP PIBG), YM Tg Syawaludin b Tg Mamat (NYDP PIBG) dan Jawatankuasa PIBG Tuan Mohamad Kamanoradriadi b Mat Rasdi. Berikut paparan kemeriahan sepanjang majlis berlangsung


Majlis Sesi Pagi








Majlis Sesi Petang










Disediakan oleh,
Arzah Hussin
Siti Rabiaah

Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Julai 2015)

Amalan Guru Penyayang telah dilaksanakan secara berterusan dan menjadi budaya guru di sekolah ini. Guru-guru akan  menyambut dan mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar A dan B mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa Guru Penyayang.

Tarikh pelaksanaan : Setiap hari waktu persekolahan

Masa : 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (sesi pagi)
           1.00 petang hingga 1.20 petang (sesi petang Isnin - Khamis)
           2.00 petang hingga 2.20 petang (sesi petang Jumaat)


Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Julai 2015

Jadual Guru Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Julai 2015
Gambar-gambar Aktivititi Sesi Pagi





Gambar-gambar Aktiviti Sesi Petang




Jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah bertanggungjawab menjalankan aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid dengan baik sekali.

Wednesday, July 29, 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 31 Julai 2015 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 10.50 pagi - sesi pagi
           3.20 petang hingga 4.40 petang - sesi petang
Tempat: SK Taman Putra Perdana
Waktu balik : seperti biasa

Semua murid boleh memakai baju raya dan diminta membawa pinggan, cawan dan juadah untuk majlis tersebut.


Memo mengenai Majlis Sambutan Hari Raya ini telah diedarkan kepada setiap murid.

Tuesday, July 28, 2015

Majlis APC PPD Sepang

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PPD Sepang 2014 telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi dan telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah JPN Selangor - Tn. Hj. Mohd. Salleh. Tahniah buat semua terutama guru-guru SKTPP yang telah menerima APC tersebut. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada guru-guru dan staf untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing serta menjadi perangsang kepada rakan-rakan untuk menurut jejak langkah kecemerlangan kalian. Selamat Maju Jaya dan sekali lagi syabas!!



Ucapan Tuan PPD Sepang

Ucapan perasmian Timbalan Pengarah JPS

Penerima-penerima APC SKTPP beratur untuk naik ke pentas

Senarai guru SKTPP yang menerima APC tahun ini

Bergambar bersama Timbalan Pengarah dan PPD

PPDa @ Majlis APC Daerah

Khairon Najmi datang khusus dari Kedah

Program Guru Penyayang (Sambutan Hari lahir Bulan Julai 2015)


Alhamdulillah pada  27 dan 28 Julai 2015, majlis sambutan hari lahir untuk murid yang lahir pada bulan Julai dapat diadakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada para AJK pelaksana dan penyumbang kek-kek untuk bulan ini.

Penyumbang kek sesi pagi : Pn Rohaidah bt Mohd Ali, PIBG, En Musrizuan bin Daud.
Penyumbang kek sesi petang: Pn Rohaidah bt Mohd Ali, PIBG, Pn Rosmah bt Jamat dan Ustazah Norlida.
Sambutan Hari Lahir Sesi Pagi :



Sambutan Hari Lahir Sesi Petang :


Kami warga SKTPP mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan Julai. Semoga terus ceria dan bersemangat untuk berjaya dalam pelajaran bagi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.