... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 30, 2014

Kelas Tambahan Masa Cuti

Tahniah buat murid-murid Tahun 6 yang telah hadir ke kelas tambahan dalam masa cuti ini. Semoga usaha ini akan mengekalkan momentum calon-calon UPSR agar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut demi merealisasikan hasrat untuk memperoleh keputusan cemerlang...

Tuesday, May 27, 2014

Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2014

  •    Kumpulan sasaran        - Murid tahun 1- 6 (SK Taman Putra Perdana)
  •   Tarikh                           -27 Mei 2014 (Selasa)
  •   Masa                            -7.20 - 9.30 pagi (Sesi pagi), 1.20 - 3.20 petang (Sesi petang)
  •   Tempat                          - Dewan SKTPP
  •   Aktiviti                          - Ceramah Israk Mikraj
Ceramah untuk murid tahap 1 (1, 2 dan 3) - Ustaz Asyapul Adli bin Wahab @ Saimin
Ceramah untuk murid tahap 2 (4, 5 dan 6) - Ustaz Ab Ghani bin Hashim

Sambutan ini diadakan  bertujuan untuk mengingatkan tentang peristiwa Baginda
Rasulullah S.A.W yang diangkat ke Sidratul Muntaha. Di samping memberi
pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memulia dan mengingati peristiwa
penting tersebut. Sambutan ini juga bertujuan untuk  membentuk akhlak murid-murid
dengan menjadikan Rasullullah sebagai ikutan dan contoh dalam perjalanan hidup
ini. Diharap majlis ini dapat  menjana potensi pelajar supaya mereka lebih berminat dan
bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Kecemerlangan
pelajar ini akan menjadi aset penting untuk melahirkan generasi yang berilmu,
berketrampilan, berdaya saing dan berwawasan untuk membangun masyarakat yang
berteraskan Islam. 

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang hari kebesaran Islam
2. Mewujudkan contoh yang baik kepada murid-murid untuk diikuti
3. Menjana potensi murid-murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum
4. Merapatkan hubungan antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam
5. Mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah sebagai asas
    perkembangan tamadun manusia
 
      Sepanjang program tersebut banyak info yang dapat diperolehi oleh murid dan guru.
Antaranya  tentang Israk dan Mikraj, pengorbanan dan kesabaran Rasulullah, sejarah
diwajibkan solat fardhu dan peristiwa yang berlaku sepanjang Israk dan Mikraj.  Melalui
ceramah sebegini diharapkan murid dapat memahami tentang peristiwa dan hikmah  Israk
dan Mikraj.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Majlis sambutan Israk dan Mikraj :

Sesi Pagi

       Ucapan dari Pengerusi Majlis - Ustaz Zurilazman
Bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Mahadir
 
Murid mendengar ceramah dengan penuh perhatian

                           Ucapan dari Puan Hajjah Rohaidah - Guru Besar SK Taman Putra Perdana
Penceramah al- Fadhil Ustaz Ab Ghani bin Hashim


 Persembahan Nasyid yang merdu

Sesi Petang

 Ucapan Puan Rosmah PK Petang
 Persembahan Nasyid
 Murid- murid mendengar ceramah yang penuh mengandungi nasihat
 Penceramah dari Al- Fadhil Ustaz Ustaz Asyapul Adli bin Wahab @ Saimin

Monday, May 26, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-21 Sesi Pagi

Tarikh       : 26 Mei 2014
Masa        : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat     : Dataran Perhimpunan

GURU-GURU BERTUGAS
1. Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad
2. Pn. Zailezah bt. Sardi
3. Pn. Nur Zainon bt. Razali
4. Pn. Norziani bt. Zubir
5. Pn. Zuraini bt. Ismail
6. Pn. Nor Syifa bt. Kadir
7. En. Mohd Kamarul bin Ab Rahman

Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekola di bawah pimpinan pn. Astina bt. Mahad Nor
2. Bacaan doa : Adik Muhammad Shahrizal bin Rahmat
3. Bacaan iikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad
4. Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Musaliha bt. Mustafa
1. Kebersihan kelas kurang memuaskan terutama pada haru latihan sukan hari rabu yang lepas.
2. Kebersihan di Dewan Perdana selepas waktu rehat, didapati ada sampah bertaburan di atas lantai seperti botol, air, plastik makanan, dan sebagainya.

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
1. Kelas PPKI
    - Tempat pertama, Lenovo. Tempat kedua, Apple. Tempat ketiga, Dell.
2. Tahun 4
    - Tempat pertama, Teta. Tempat kedua, Zeta. Tempat ketiga, Alfa.
3. Tahun 5
    - Tempat pertama, Waja. Tempat kedua, Exora. Tempat ketiga, Persona.
4. Tahun 6
    - Tempat pertama, Seraya. Tempat kedua, Jati. Tempat ketiga, Keruing.

Ucapan guru bertugas pada minggu ini (Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad)
1. Memperkenalkan guru-guru yang pada minggu ini.
2. Perkataan lawad pada minggu ini :
    - Bahasa Melayu - Sadur (lapisan)
    - Bahasa Inggeris - Concern (kebimbangan)
    - Bahasa Arab - Iqra' (bacalah)
3. Tema : Tip-tip mengisi masa lapang
    - Untuk mengisi masa lapang yang berkualiti, pelajar perlu melakukan aktiviti yang berfaedah supaya masa        lapang tidak berlalu begitu sahaja. Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah membaca buku,          menghadiri kelas tambahan, membantu ibubapa di rumah, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.

Ucapan daripada Guru Disiplin (En. Shahrizal b. Yaam)

Pengumuman daripada Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad
1. Peraduan menulis esei untuk sekolah rendah. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang daripada  Pn. Norli Hassan.

Pengumuman daripada En. Musrizuan
- Semua murid akan menjalankan latihan sukan mengikut stesen yang telah ditetapkan supaya aktiviti berjalan    lancar.

Majlis Sambutan Hari Jadi Guru daripada Pn.Norazura Mustapha
- Sambutan Hari Jadi guru-guru yang dilahirkan pada bulan Mei.

Program 5 minit Antidadah
- program ini disampaikan oleh Pn. Jamilah bt. Mohd. Yusof tentang

Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Taekwondo

Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Puteri
Kumpulan ini akan mewakili sekolah ke pertandingan sempena Hari Puteri esok(27hb Mei 2014)

Ucapan Pn. Roslina bt. Jaafar (Penyelaras PPKI)

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan dijalankan.







Saturday, May 24, 2014

Kem Bestari Solat Tahun 4, 5, dan 6 siri 2

Alhamdulillah Kem Bestari Solat Tahun 4, 5 dan 6 siri 2 dapat dilaksanakan pada 24.5.2014 di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Kem kali ini melibatkan 216 orang murid yang dipilih berdasarkan kemahiran hafazan dalam solat. Semoga kem ini dapat menjadi inspirasi kepada murid dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kewajipan solat.

 Pendaftaran murid

Taklimat kepada fasilitator

 Aksi murid sebelum LDK


 Murid berkumpul di Dewan Perdana

 Ustazah Huda dan Ustazah Hasliza dalam LDK

Murid menunjukkan cara rukuk

 LDK di dalam kelas

 Murid membaca bacaan dalam solat

 Ustaz Mahadir memberi tunjuk ajar kepada murid

 LDK Praktikal Wuduk

LDK Praktikal Solat di Surau SKTPP

 Fasilitator membetulkan kedudukan murid

 Ustazah Shuhada membetulkan telekung murid

Murid bersedia melakukan praktikal solat berjemaah

LADAP Pengurusan Stres & Pengurusan Pendidikan Inklusif

Bertempat di Bilik Mesyuarat, hari ini guru-guru telah menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bertajuk Pengurusan Stres yang disampaikan oleh En. Abd. Hadi Abd. Malek dari YAPEIM dan Pengurusan Inklusif oleh Penyelaras PPKI SKTPP; Pn. Roslina Jaafar. Guru-guru telah berkongsi banyak input yang berguna hasil LADAP tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman
Penyampaian penceramah sangat menarik
Stres ada yang positif (eustres) dan negatif (distres)
Penyampaian sijil dan cenderamata oleh GPK HEM; Pn. Jamilah kepada penceramah
Pn. Roslina menyampaikan ceramah berkaitan program inklusif PPKI
Penyampaian sijil kepada Pn. Roslina