Wednesday, January 25, 2017

Mesyuarat AJK Kantin dan RMT

Mesyuarat AJK Kantin & RMT kali pertama Bersama Pengusaha Kantin telah diadakan pada 25.1.2017 (Rabu). Turut hadir ialah Tuan Yang Dipertua PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar. Terima kasih tn. hj. atas kesudian hadir mewakili suara ibu bapa khususnya selepas selesai Mesyuarat Agung PIBG yang lalu.  
   Semoga hasil permuafakatan ini dapat membuahkan persefahaman dan kerjasama yang erat antara guru, ibu bapa dan pihak kantin demi kebajikan semua pihak terutama anak-anak murid serta para guru yang merupakan pelanggan tetap setiap kantin sekolah...



Guru Besar bersama PK HEM dan YDP PIBG

GB memberi ucapan dan makluman





Pengusaha kantin - Pn. Sarimah mengucapkan terima kasih atas kepercayaan mengendalikan kantin sekolah dan berharap mendapat kerjasama dari semua guru dan ibu bapa

PK HEM - Pn. Rosmah menggariskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam buku Panduan Kantin bersama Setiausaha Kantin - Pn. Nik Kamisah

YDP PIBG - Tn. Hj. Khairul Azhar menyampaikan aduan ibu bapa dan berkongsi pengalaman

Tuesday, January 24, 2017

Majlis Pelantikan Pengawas Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (Sesi Pagi) Tahun 2017

Pada 24 Januari 2017 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2017. Majlis Pelantikan bagi sesi pagi telah diadakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Seramai 79 orang murid telah dilantik sebagai pengawas sekolah dan 4 orang daripadanya adalah terdiri daripada murid-murid PPKI. Seterusnya, seramai 54 orang murid sesi pagi telah dipilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
   Penyampaian watikah pelantikan ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Sesi Pagi :

Ketua Pengawas : Hanis Nabila Binti Hairul
Penolong Ketua Pengawas : Amirah Syazana Binti Samsuri

Ketua Pengawas Pusat Sumber : Nur Nabilla Natasha Binti Abdul Rahman
Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber : Sharifah Nur Irdina Huda Binti Syed Noonekman

Berikut merupakan antara paparan gambar sepanjang Majlis Pelantikan berlangsung :


 Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP menyampaikan ucapan 


Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali menyampaikan Watikah Pelantikan Pengawas kepada Hanis Nabila selaku Ketua Pengawas bagi tahun 2017.


   Salah seorang pengawas sekolah menerima Watikah Pelantikan Pengawas.


Muhammad Hafiz antara murid PPKI yang menerima Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah


Barisan pengawas sekolah mengangkat ikrar akujanji 


Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali menyampaikan Watikah Pelantikan kepada Pengawas Sumber Sekolah


Nur Alya tersenyum riang menerima Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.


Bacaan ikrar diketuai Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah 


Penyampaian cenderahati kepada GB; Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali oleh PK HEM; Pn. Rosmah Binti Jamat

Seusai majlis selesai, barisan Pengawas Sekolah bergambar kenangan bersama pentadbir dan guru-guru pengawas

  Barisan Pengawas Pusat Sumber bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas pusat sumber

Akhir kata penutup bicara, serangkap pantun buat tatapan semua :

Pecah kaca pecah gelas,
Banyak tugas perlu digalas.

Kalau tuan pergi ke Jawa,
Jadilah Pengawas yang berwibawa.

Kalau ada sumur di ladang,
Sebelum membuat keputusan perlulah berbincang.

Terbang tinggi si burung helang,
Semoga Lembaga Pengawas & PSS 2017 terus cemerlang.

Semoga murid-murid yang telah diplih dan dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya.

DISEDIAKAN OLEH :
NURUL AFIQAH BINTI MOHD HASHIM

Majlis Jalinan Kasih Tahun 6

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Jalinan Kasih antara guru dan ibu bapa murid tahun 6 seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh  : 4 Februari 2017 (Sabtu)
Masa    : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SK Taman Putra Perdana 

Perjumpaan ini bertujuan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti peningkatan UPSR yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017 bagi meningkatkan prestasi pembelajaran murid tahun 6 serta penetapan target UPSR 2017.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Perhimpuan Rasmi Minggu Ke-4 (Sesi Petang)

Hari                      : Isnin
Tarikh                   : 23 Januari 2017
Masa                     : 1.20 - 2.00 petang
Pengacara Majlis  : Pn Nora bt Sabihi

Guru Bertugas :
1) En. Rusmami bin Rusli (K)
2) Pn Nur Azizati binti Ahmad (P)
3) Pn Nor Suriati binti Ismail
4) Pn Nik Rosmaliza binti Nik Hussin
5) Pn Nur Malisha binti Omar
6) Pn Nur Azlin binti Mat Nor
7) Pn Nora binti Sabihi

Laporan/ulasan

1) Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.

2) Bacaan Doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf bin Mohd Kamarol Hisham.

3) Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Nora bt Sabihi.

4) Laporan Guru Bertugas Minggu ke-3 oleh Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji.

Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji

i) Syabas dan tahniah kepada semua murid kerana pada minggu lepas tiada kes kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan pada minggu lepas. Murid-murid sentiasa diingatkan supaya menjaga keselamatan diri masing-masing.

ii) Murid-murid juga perlu menggunakan tangga yang betul seperti yang telah ditetapkan supaya tidak sesak iaitu;
~ Murid Tahun 1 di laluan tangga UUM;
~ Murid Tahun 2 di laluan tangga USM dan
~ Murid Tahun 3 di laluan tangga UKM.

iii) Ingatan kepada semua murid, setelah minggu ke-4, diharap lencana sekolah dan tanda nama telah pun dilekatkan pada baju atau tudung masing-masing.

5) Memperkenalkan antara barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke-4 (23 Januari hingga 27 Januari 2017).

Barisan guru bertugas pada minggu ke-4
Dari kiri; Pn Nora, Pn Nur Azizati, Pn Nik Rosmaliza, Pn Nurazlin, Pn Nur Malisha dan Pn Nor Suriati.
Tiada dalam gambar; En Rusmami (terlibat dengan Kejohanan Kriket Peringkat Daerah)

6) Tema Minggu Ini :
Peraturan Sekolah 2 - Pakaian Seragam Sekolah. 
Guru bertugas menegaskan bahawa murid -murid perlu berpakaian kemas dan bersih, rambut sentiasa pendek dan memastikan lencana dan tanda nama ada pada baju atau tudung murid.
Murid-murid diingatkan agar mengikut peraturan-peraturan berikut:

i. Murid Lelaki
- Seluar panjang berwarna biru tua.
- Kemeja putih berlengan pendek.
- Tali pinggang berwarna hitam/biru tua.
- Kasut dan stoking berwarna putih.

ii. Murid Perempuan
- Baju kurung berwarna putih kosong.
- Kain berwarna biru tua.
- Tudung berwarna putih.
- Blaus putih berlengan pendek dan pinafore/skirt berwarna biru tua.
- Kasut dan stoking berwarna putih.

7) LAWAD minggu ini :
i) BM : menyanggah = membantah, menyangkal
ii) BI : treasure = harta karun
iii) BA : maktabun = meja

8) Ucapan oleh Puan Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang.

Puan Jumilah binti Ahmad

i) Ingatan sekali lagi pemakaian lencana sekolah dan tanda nama pada baju atau tudung, semua murid perlu melengkapkannya. Pemeriksaan pada setiap murid akan dilaksanakan selepas cuti Tahun Baharu Cina

ii) Murid-murid seharusnya berambut pendek dan kemas terutamanya murid-murid lelaki.

iii) Peringatan semula tentang penggunaan pagar yang betul iaitu;
  • Pagar A1 - kereta yang mempunyai pelekat khas daripada pihak sekolah
  • Pagar A2 - pejalan kaki / berbasikal
  • Pagar B - motorsikal, kereta, van atau bas sekolah.
Beliau juga menyampaikan pesanan kepada ibubapa supaya mengikut peraturan tersebut supaya melancarkan aliran trafik pada waktu puncak terutamanya waktu balik dari sekolah.

iv) Sekolah akan mula bercuti pada 26/1/2017 (Khamis) hingga 31/1/2017 (Selasa) sempena Perayaan Tahun Baharu Cina. Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 1/2/2017 (Rabu).

9) Pengumuman - Aktiviti kokurikulum ditangguhkan pada 25/1/2017 dan 1/2/2017.

Perhimpunan Rasmi Minggu ke-4 tamat pada jam 2.00 petang.

Monday, January 23, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-4 (Sesi Pagi)

Hari          : Isnin
Tarikh       : 23hb Januari 2017
Masa        :  7.30 - 8.00 pagi
Guru bertugas :
1. Pn Noor Hayati binti Mohammad Nor (K)
2. En Ahmad Musrizuan bin Daud (P)
3. Pn Nurhayati binti Yusof
4. Pn Norazian binti Mat Anuar
5. Pn Nik Kamisah binti Mohd Aziz
6. Pn Siti Rabiaah binti Mohammad
7. Pn Julaili binti Onian
8. Pn Visva a/p Koppal@Goppal

A. Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu, Lagu Negaraku, Lagu Negeri  Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa dan ikrar murid.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan Jalan Raya  yang dipimpin oleh Pn Norazian binti Mat Anuar.

4.  Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Ustaz Zurilazman bin Abdullah)
        a. Murid suka membuat bising semasa berkumpul di tempat perhimpunan.
        b. Murid dingatkan supaya menutup suis lampu-lampu di koridor sekiranya hari sudah cerah dan murid juga dingatkan agar tiak bermain suis lampu tandas.
        c. Mengingatkan agar semua murid membuang sampah ke dalam tong sampah bukan di atas penutup tong sampah.
        d. Murid juga diingatkan agar sentiasa menjaga tingkahlaku, berlemah lembut dan berhemah supaya tidak berlaku pergaduhan sesama sendiri.

B. Ucapan guru bertugas (Pn Norazian binti Mat Anuar)
     1. Peraturan Sekolah 2
         a. Tingkah laku kurang sopan
         b. Pertuturan kasar
         c. Makan dan minum di tempat yang disediakan
         d. Menceroboh
    2. Perkataan LAWAD
         a. BM
             Melangit bermaksud tinggi sekali
         b. BI
             Cinema - panggung wayang
         c. BA
             Syaddul Jabli  - tarik tali

C.  Ucapan Pn Rosmah (PK HEM)
      i.   Mengingatkan semua murid agar membawa pas keluar kelas sekiranya mahu keluar kelas untuk pergi ke mana-mana tempat.  
     ii.  Beratur di luar jika ingin ke makmal atau ke padang untuk P.Jasmani.
     iii. Laluan Patriotik tidak boleh digunakan oleh murid.
      iv.Selepas Tahun Baru Cina, semua murid tahun 4, 5 dan 6 mesti mempunyai buku peraturan sekolah.
       v. Hari Khamis bemula Cuti Tahun Baru Cina dan dibuka semula pada hari Rabu. Diharap semua murid dapat menjaga diri semasa musim cuti agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

 D. Ucapan Guru Besar
      i. Puan Rohaidah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana kehadiran yang sangat memberangsangkan semasa Mesyuarat Agung PIBG Sabtu lepas.
      ii. Sebagai peringatan, selepas Mesyuarat Agung PIBG, sumbangan PIBG perlu dibayar sebanyak RM50.00 untuk satu keluarga kepada guru kelas masing-masing.

F. Pengumuman (Puan Noor Hayati)
    i.  Raptai pelantikan pengawas dan pengawas PSS akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Dewan Perdana oleh Puan Nurliza, Puan Azlina dan Puan Parimala.
    ii. Aktiviti  kokurikulum pada minggu ini dan minggu hadapan ditangguhkan.
    iii  Kokurikulum pada 8/2/2017 akan dijalankan dengan latihan merentas desa.

Puan Norazian binti Mat Anuar selaku pengacara majlis perhimpunan.

Ustaz Zurilazman sedang menyampaikan laporan guru bertugas minggu lepas.

 Barisan guru bertugas minggu ini

Puan Rosmah sedang memberi peringatan kepada para pelajar.

Puan Rohaidah, Guru Besar sedang menyampaikan ucapan dan pesanan kepada semua murid. 

Jadual Waktu 2 Jujur

Ceria sungguh jadual waktu kelas, carta organisasi dan senarai rumah sukan 2 Jujur...


Tahniah guru kelas 2 Jujur - Pn. Malisha!

Sunday, January 22, 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13, 2017

Tanggal 22 Januari 2017, berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13. Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Alias bin Awang, Penolong PPD Sains dan Matematik (Menengah).

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada  ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah. 

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Diharapkan agar jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang bisa meletuskan kejayaan dan kegemilangan SK Taman Putra Perdana bagi tahun 2017.

Berikut adalah antara beberapa warna-warni suasana yang sempat dirakamkan lensa semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG, 2017.

Ucapan Pn Guru Besar dan YDP PIBG

Guru-guru bekerjasama melaksanakan tugas

Kehadiran ibu bapa


Perasmian logo PIBG SKTPP oleh En. Alias
Tahniah buat barisan AJK PIBG yang terpilih!

Lagi laporan Mesyuarat Agung PIBG dalam blog PIBG SKTPP di sini.

Thursday, January 19, 2017

Cuti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Adalah dimaklumkan, sempena Tahun Baru Cina, sekolah akan bercuti mulai 26.1.2017 (Khamis) hingga 31.1.2017 (Selasa).  Sekolah akan dibuka semula pada 1.2.2017 (Rabu).
Kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.



Monday, January 16, 2017

Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2017

SK Taman Putra Perdana, Puchong telah melancarkan Program Guru Penyayang bagi tahun 2017. Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang ini dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada sesi pagi dan sesi petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP iaitu Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali.

Atur Cara:
  • Murid-murid berkumpul di Dataran Perhimpunan / Dewan Perdana
  • Ucapan aluan pengacara majlis dan bacaan doa
  • Ucapan perasmian oleh Guru Besar
  • Gimik Pelancaran 
  • Acara pemotongan kek Pelancaran Guru Penyayang
  • Sesi begambar
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika majlis berlangsung:

Kek Perasmian


Guru Besar memotong kek perasmian dengan diiringi oleh barisan penolong kanan sesi pagi 

Barisan pentadbir dan jawatankuasa Guru Penyayang sesi pagi

Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah (Guru Besar SKTPP)

Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Acara memotong kek perasmian sesi petang
 Disediakan oleh:
Pn Juli bt Mahbah
Pn Siti Rabiaah bt Mohammad
Pn Nazahiyah bt Ab Rahman

Mesyuarat Agung KKGK

Mesyuarat Agung Kelab Guru dan Kakitangan (KKGK) telah diadakan dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat kekeluargaan. Terima kasih kepada Pengerusi dan AJK KKGK sesi 2016 / 2017 yang lepas dan tahniah buat barisan kepimpinan KKGK sesi 2017 / 2018 yang diketuai oleh Pengerusi baru; Cikgu Mohd. Najib bin Hj. Sapari.
   Semoga AJK baru dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan ini dengan penuh ikhlas dan cemerlang sebagaimana AJK-AJK sebelum ini. Diharapkan program dan aktiviti yang dirancang akan mendapat kerjasama dari semua guru dan kakitangan demi kebajikan dan ukhwah sesama kita.

Pengerusi KKGK yang lama; En. Izwan mempengerusikan mesyuarat

Laporan Bendahari





Penyampaian sumbangan dari KKGK

Ucapan sulung Pengerusi KKGK yang baru; En. Mohd. Najib

Barisan AJK KKGK sesi 2017 / 2018