Saturday, December 19, 2009

Majlis Penyampaian Insentif pelajar cemerlang Dun Dengkil

Majlis penyampaian insentif kepada pelajar yg mendapat 5A dalam UPSR telah diadakan di SMK Dengkil. Insentif telah disampaikan oleh YB Dato. Ir. Mohd Zin Ahli Parlimen Sepang. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sepang, En. A. Rahman bin Hj. Ngit.

Thursday, December 10, 2009

PENGAMBILAN BUKU TEKS TAHUN 1 & TAHUN 2 (2010)

Semua murid Tahun 1 dan 2 (2010) SK Taman Putra Perdana 1 dan SK Taman Putra Perdana 2, sila ambil buku teks pada ketetapan berikut:

Tarikh : 23 & 24 DISEMBER 2009
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat : Bilik SPBT

Tuesday, December 8, 2009

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA (SKPP)




Taklimat berkenaan pembukaan sekolah baru ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana pada 30 November 2009 jam 3.00 petang. Ia dihadiri oleh semua guru yang akan ditempatkan di sekolah tersebut.Taklimat telah disampaikan oleh En. Zahari Mohd Noor, Penyelia Sekolah Rendah, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang.

Monday, December 7, 2009

KEDAI BUKU SEKOLAH

Semua murid SKTPP1 dan SKTPP2 sila ambil perhatian;
Tarikh mula operasi: 14 Disember 2009
Hari operasi : Isnin hingga Ahad (Jumaat cuti)
Masa: 8.00pagi hingga 3.00petang
Kedai buku juga akan dibuka pada Hari Krismas dan Tahun baru 1 Januari 2010

Thursday, December 3, 2009

BAYARAN PERSEKOLAHAN 2010

BAHAGIAN A
Kokurikulum RM 8.50
Kertas ujian dalaman RM10.00
Sukan tahunan RM 7.00
Kegiatan Pendidikan Islam/Moral RM 8.00
Skim Perlindungan Diri RM 1.50
MSSM RM 2.00
Hari Anugerah Cemerlang RM 3.00
JUMLAH RM40.00

BAHAGIAN B
PIBG - satu penjaga sahaja RM15.00
JUMLAH BESAR RM55.00

Tarikh bayaran adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh :2 Januari 2010
Masa :9.00pg hingga 11.00pg
Tempat :Dewan Terbuka

Tuesday, December 1, 2009

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN WARNA PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2010

Jawatankuasa Pengurusan Sekolah telah memutuskan untuk menukar warna pakaian pengawas tahun 2010 :

PENGAWAS LELAKI
Baju : Kemeja Lengan Panjang (Warna: Biru muda)
Seluar : Panjang (Warna: Biru tua)
Kasut : Hitam
Stokin : Hitam
Tali leher disediakan oleh pihak sekolah

PENGAWAS PEREMPUAN
Baju : Kemeja Lengan Panjang/ Baju kurung (Warna: Biru muda)
Kain : Lipat Belakang/ Lipat Tepi (Warna: Biru tua)
Kasut : Hitam
Stokin : Hitam
Tudung : Biru muda
Tali leher disedikan oleh pihak sekolah.

Walaubagaimanapun, pengawas Tahun 2009 diberi kelonggaran sehingga bulan Jun tahun 2010 untuk memakai pakaian pengawas yang sedia ada.

MESYUARAT PERMUAFAKATAN BERSAMA PPD SEPANG



Pejabat Pelajaran Daerah Sepang telah mengadakan mesyuarat bersama 3 buah sekolah iaitu SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2 dan SMK Putra Perdana bagi memastikan pembukaan sekolah baru SKTPP2 berjalan lancar. Mesyuarat tersebut telah diadakan di SK Taman Putra Perdana pada 30 November 2009, yang dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sepang En. A.Rahman bin Hj Ngit, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, En Mohd Amin bin Sulaiman, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, En. Zuhaimi Md Nasir, Pegawai Unit Pembangunan, En Md Dom bin Samian, Penyelia Sekolah Rendah, En Zahari bin Mohd Nor,Penolong Kanan SMK Putra Perdana, Pn Rogiah bt Abdul Moin, Guru Besar SKTPP, En. Sukimin bin Juki dan semua Penolong Kanan SKTPP.

MAJLIS KORBAN PIBG



PIBG SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Korban pada 29 November 2009 (Ahad). Majlis tersebut telah diadakan di sekolah . 2 ekor lembu telah dikorbankan pada hari tersebut. Ahli Parlimen Sepang Dato Seri Ir. Mohd Zin bin Mohamed telah sudi hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.