Monday, June 13, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-21 (Sesi Pagi)

Tarikh   : 13 Jun - 17 Jun 2016
Masa     : 7:30 - 8:00 pagi
Tempat : Dewan Perdana



Guru bertugas (kumpulan D) :-

1. Encik Hafiz bin Md Noor
2. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
3. Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze
4. Puan Maimunah binti Yob
5. Puan Siti Rabiaah binti Mohammad
6. Puan Mazzaini binti Muda
7. Puan w. Rosmawati bintiW. Ibrahim
8. Encik Mohd Rusydan bin Ismail

Laporan / Ulasan :-

1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah.

2. Bacaan doa dipimpin oleh pengawas yang bertugas.

3.  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Hafiz bin Md N
oor, serta bacaan ikrar murid dipimpin oleh pengawas bertugas.

4. Laporan mingguan oleh guru bertugas pada minggu lepas yang disampaikan oleh Ustazah N
or Shuhada binti Mohd Noor :

      - Beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kelas dengan tidak membuang sampah merata-rata.
      - Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini murid-murid diingatkan agar bersegera masuk ke kelas selepas masa rehat.
      - Masa persekolahan bagi sesi pagi adalah seperti biasa.

5. Ucapan guru bertugas pada minggu ini yang disampaikan oleh Encik Hafiz bin Md Noor :

    - Mengucapkan selamat kembali ke sekolah setelah bercuti pertengahan tahun.
    - Selamat menjalani ibadah puasa dan menggunakan masa yang terluang sebaik mungkin terutama bagi murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
    - Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.

6.Encik Ahmad Musrizuan bin Daud telah memaklumkan  bahawa adik Muhammad  Nabil Qayyum bin Zainuddin telah tersenarai dalam sesi pemilihan pemain bola sepak bagi pasukan Selangor yang akan dijalankan pada 14 dan 15 Jun 2016. Semoga adik Muhammad Nabil Qayyum berjaya dalam pemilihan tersebut.

 7. Ucapan Guru besar Puan Rohaidah binti Mohd Ali.

     - Mengingatkan murid-murid memanfaatkan masa di bulan yang mulia ini dengan aktiviti y
ang berfaedah selain mengikuti tadarus Al Quran, berzikir, mengulangkaji pelajaran serta membaca buku di pusat sumber. Inilah masanya untuk muhasabah diri supaya menjadi insan yang mulia.
     - Murid tahun 6,  gunakan peluang ini membuat latihan bagi menghadapi UPSR .
     - Beliau mengucapkan tahniah kepada adik Muhammad Nabil Qayyum  kerana tersenarai u
ntuk sesi pemilihan pemain bola sepak pasukan negeri Selangor. Jadikan pencapaian Nabil ini sebagai motivasi kepada murid-murid lain untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

8. Perhimpunan tamat pada jam 8:00 pagi. 


Ucapan Guru bertugas Minggu ke-20; Puan Nor Shuhada


Encik Ahmad Musrizuan bersama adik Muhammad Nabil


Adik Muhammad Nabil bersama rakan-rakan yang mengikuti latihan pusat

Ucapan Guru besar Puan Rohaidah binti Mohd Ali

No comments:

Post a Comment