Tarikh : 25 Mac 2025
Masa :10.00-11.00 Pagi
Program World and Quran Hour merupakan program tahunan yang dijalankan serentak diseluruh negara dengan konsep membaca Al-quran ,mendalami maksud bertadabbur dan mengamalkannya.Pada tahun ini surah yang dipilih ialah surah Al-Saff .Surah ini dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-quran dikalangan masyarakat.
Program ini dimulakan pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi dan dijalankan di Dataran perhimpuana dan kelas masing-masing.Khalifah bacaan Al-quran pada hari tersebut ialah Ustaz Muhammad Amir Danial bin Dathran dan tadabbur surah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hasif Arham bin Sairozi manakala pelajar-pelajar mengikut bacaan melalui pembesar suara didataran perhimpunan bersama guru-guru didalam kelas.
Tahniah diucapkan kepada Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab kerana dapat melaksanakan program World Quran Hour dengan jayanya.
Laporan bergambar
Ustaz Hasif Arham menyampaikan tadabbur Surah Al-Saff |
Ustaz Amir mengetuai bacaan Surah Al-Saff |
Disediakan Oleh:
Murnei binti Ahmad