... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, November 12, 2009

Kursus Pengurusan Kewangan


PT Kewangan Amelia menghadiri kursus tersebut mulai 11 hingga 13 November 2009 di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur.
Kelihatan fasilitator, En. Ghazali Ludin sedang menyemak buku tunai sekolah sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain.

Sunday, November 8, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN MSSD SEPANG

MSSD Sepang akan menganjurkan kejohanan bolah sepak bawah 11 tahun pada 17 Nov 2009, di SK Methodist. Pasukan SK Taman Putra Perdana adalah salah satu pasukan daripada 10 buah sekolah yang terpilih. 9 orang murid dan 2 orang guru akan turut terlibat untuk mencapai kejayaan dalam kejohanan tersebut.

PEKHEMAHAN 1 MALAYSIA









Perkhemahan RIMUP yang bertemakan "Satu Malaysia" telah selesai pada tengahari ini. Perkhemahan tersebut telah berjalan lancar dan telah mencapai objektifnya. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah, permainan rakyat , malam budaya dan juga bergotong -royong untuk mengintegrasikan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan perkhemahan ini.

Saturday, November 7, 2009

Perkhemahan 1Malaysia






Kad Profil dan buku ADAB

Kad profil dan buku ADAB murid akan diserahkan kepada semua murid seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 16 November 2009 ( Isnin )
Kutipan semula: 17 dan 18 November 2009
Hari Jalinan Mesra dibatalkan.

Hari Kecemerlangan 2009

Hari Kecemerlangan 2009 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-


  • Tarikh: 21 November 2009

  • Hari: Sabtu

  • Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

  • Tempat: Dewan SK Taman Putra Perdana

Semua dijemput hadir. Penerima anugerah hendaklah berpakaian lengkap sekolah.

Thursday, November 5, 2009

Perkhemahan RIMUP 2009

Perkhemahan untuk menghimpunkan 200 orang peserta ini akan diadakan di sekolah pada 7 & 8 November 2009. Tengah semalam telah berlangsung taklimat pelaksanaan program persebut di Bilik Mesyuarat. Peserta perkhemahan ini adalah terbuka kepada pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6.

Monday, November 2, 2009

Mesyuarat Pemilihan Pelajar Prasekolah 2010

Petang tadi pada jam 3 telah berlangsung mesyuarat tersebut di Bilik Guru Besar. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar itu dihadiri oleh PK HEM, 3 orang guru dan 2 wakil PIBG iaitu YDP dan NYDP.
Sekolah menerima 115 permohonan bagi mengisi 50 tempat. Pertimbangan dibuat berdasarkan pendapatan per kapita keluarga pemohon.
Surat tawaran akan dikeluarkan pada minggu ini. Terima kasih kepada semua.

Sunday, November 1, 2009

Kutipan Senamrobikton Melebihi Sasaran

Tahniah kepada semua yang terlibat dengan program ini sehinggakan jumlah kutipan melebihi sasaran yang ditetapkan. Program anjuran PIBG yang diketuai oleh Naib Yang Dipertua ini, En. Rushdan b. Mohamed yang pada awalnya mensasarkan RM25,000 amat bersyukur apabila jumlah kutipan sehingga pagi ini melebihi RM40,000

Senamrobikton 2009

Program Senamrobikton telah berlanngsung di Dataran Perhimpunan SK Taman Perdana Putra pada 1 Nov 2009. Majlis yang dianjurkan oleh PIBG ini telah dirasmikan oleh En. Hafizin b. Sohaili Ketua Uit Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran Daerah Sepang.

Kumpulan aerobik dari Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh Pn. Shaharul Bariah telah mengemudi senamrobik tersebut. Selain guru-guru, PIBG, ibubapa dan tetamu kehormat, Ketua Polis Taman Putra Perdana juga turut menyertai senamrobik tersebut.