... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, May 13, 2020

Perkhabaran Kematian Pegawai Perhubungan Sekolah Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid



Dukacita dimaklumkan bahawa Pegawai Perhubungan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,  Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham telah meninggalkan kita semua pada 13 Mei 2020 bersamaan 20 Ramadhan 1441H jam 3.16 petang di Balai Polis Putra Perdana. Alllayarham dikatakan mengalami sesak nafas kerana asma.

Allahyarham Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah bagi sesi persekolahan tahun ini dan pernah terlibat dalam beberapa aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara program yang melibatkan allahyarham ialah Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas pada 30 Januari 2020.

Antara bingkisan gambar kenangan yang dapat dilakarkan pihak sekolah bersama allahyarham ialah:

Sesi penyampaian watikah perlantikan kepada Pengawas Sekolah

Gambar kenangan bersama barisan Pengawas Pusat Sumber

Sesungguhnya kesempatan yang ada bersama allahyarham walaupun dalam masa yang singkat tetap meninggalkan kenangan yang tidak akan sesekali luput dalam lipatan sejarah kehidupan kita. Kebaikan dan kemesraan yang ditunjukkan allahyarham sangat disenangi oleh warga sekolah menjadikan dirinya disenangi dan disayangi oleh semua. 


Semoga allahyarham Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh dan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.  Salam takziah daripada kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. AL-FATIHAH

Marilah kita sama-sama sedekahkan ALFATIHAH buat Allahyarham Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid 


Pemikiran "Rasional" Hadapi Dugaan

Assalamualaikum, good morning!
Terus kekal duduk di rumah, kekal selamat dengan pemikiran "rasional" hadapi dugaan.
#stayathome
#kitajagakita
#kitamestimenang


Tuesday, May 12, 2020

Panduan Menangani Kebimbangan

Assalamualaikum, selamat pagi...salam ceria 😀😀😀, salam 19 Ramadan buat semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa sihat, ceria dan bahagia bersama orang-orang tersayang  walau di mana saja berada.

Diam tak diam dah 56 hari kita lalui PKP @ sekarang dah jadi PKPB. Dalam tempoh yang agak lama berada di rumah dan lalui rutin harian yang diluar kebiasaan dari hari-hari sebelum ini, pastinya berbagai perasaan dan kebimbangan silih berganti dalam benak fikiran kita. Andai itu yang dirasai...memang ANDA adalah normal. TETAPI.... JANGAN biarkan perasaan itu sentiasa menghantui anda. JOM!!! saya kongsikan tips bagaimana untuk menangani kebimbangan tersebut


SELAMAT MENCUBA...ELAKKAN KEBIMBANGAN MELAMPAU
#Sayangidirisayangikeluarga💕💕💕
#staysafeathome

Monday, May 11, 2020

Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah 2021 Dibatalkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftaran dan Perakuan Murid Tahun Satu dan Prasekolah bagi Sesi 2021 yang dijadualkan mulai 12 hingga 20 Mei 2020 adalah DITANGGUHKAN.

2. Sehubungan itu arahan yang dibuat sebelum ini DIBATALKAN.

3. Tuan / puan boleh menghantar borang selepas sekolah dibuka.

Mohon maaf atas segala kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir SKTPP

Wednesday, May 6, 2020

Perakuan dan Pengesahan Tahun 1 dan Prasekolah 2021

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga yang belum membuat pengesahan anak Tahun 1 dan prasekolah 2021...

Tuan/puan boleh mula membuat pengesahan di pejabat sekolah mulai 12 Mei hingga 20 Mei 2020. Waktu urusan 9.00 pagi hingga 2.00  petang.

- Sila bawa dokumen yang berkaitan termasuk surat beranak asal.
- Sila pastikan tuan/puan memakai topeng muka dan hanya seorang sahaja yang datang, jangan bawa anak-anak bersama.
- Tulis nama dan maklumat yang diminta  di pondok pengawal serta dapatkan  pemeriksaan suhu badan dan hand sanitizer dari pengawal yang bertugas.
- Pastikan juga tuan/puan berada dalam jarak 1 meter dari orang  yang  ditemui semasa berurusan.

Sekian terima kasih.

Pentadbir SKTPP.

7 Petua Pengurusan Masa Yang Efektif

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua warga SK Taman Ptra Perdana. Diharapkan semua murid dapat menggunakan masa pada ketika ini dengan baik wala di mana jua anda berada. Pengurusan masa bermaksud kita mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan akiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah kita lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Pengurusan masa amat penting bagi membantu kita mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab. Terdapat 7 petua pengurusan masa yang efektif. Marilah sama-sama kita hayati dan amalkan.


#Kitajagakita
#Kitamestimenang
#Syatathome

Tuesday, May 5, 2020

Petua 3B Untuk Kawal Kemarahan

Assalamualaikum, selamat pagi & salam ceria buat semua warga SKTPP😊😊😊😊
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-12 Ramadan. Semoga kita terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa bersemangat dalam melakukan amalan kebaikan demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kita diuji Allah dengan berbagai ujian, samada dalam keadaan yang susah mahupun senang. Dalam mendepani situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mungkin lebih banyak ujian yang menguji kesabaran kita. Ada kalanya sikap marah lebih dahulu menguasai kita dan menyebabkan kita mudah mengambil tindakan-tindakan yang negatif.

Bagi membantu kita mengawal situasi itu, Jom...kita cuba petua berikut

Monday, May 4, 2020

Pemasangan Kemasan Lantai Surau SKTPP

Hari ini kerja-kerja pemasangan kemasan lantai surau SKTPP telah diteruskan. Semoga dipermudahkan urusan selanjutnya. Sumbangan tuan/puan di bulan yang mulia ini amat-amat dihargai.

Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Surau SKTPP:
Akaun Bank Rakyat
PIBG SK Taman Putra Perdana
22-138-102638-7







Panduan Membentuk Sikap Positif

Salam 11 Ramadhan..
Semoga seluruh warga SK Taman Putra Perdana sentiasa sihat, dijauhkan dari segala musibah serta dikurniakan minda dan sikap yang positif.
Jom bentuk dan tanamkan sikap positif dalam diri kita..



Lagi "Panduan Membentuk Sikap Positif" dalam blog Bimbingan & Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.
#kitajagakita
#kitamestimenang

Friday, May 1, 2020

Pertandingan Kad Raya Kreatif Sekolah Rendah Daerah Sepang

Pertandingan Kad Raya Kreatif Sekolah Rendah Daerah Sepang adalah anjuran Majlis Guru Kaunseling (MGK) Daerah Sepang. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 1 dan Tahap 2. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 17 Mei 2020.