... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 19, 2024

Majlis Peluncuran Program PLaN 2024


Tarikh        :   15 Julai 2024 (Isnin)

Masa          :    1.00 - 1.30 petang

Tempat       :    Dewan Perdana , SK Taman Putra Perdana

Anjuran      :    Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, 
                        Unit Pemulihan Khas, Unit Bimbingan & Kaunseling



Pada 15 Julai 2024 , Unit Kurikulum anjuran bersama Unit Bimbingan & Kauseling telah mengadakan Majlis Peluncuran Program PLaN di Dewan Perdana SKTPP. 

  • PLaN ialah "Primary Literacy and Numeracy" atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah.
  • PLaN ialah program sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan Tahun 3.

Program ini mula dilaksanakan mulai Mac 2020.

 

Objektif PLaN

  • Memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai sekurang -kurangnya tahap pengusaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik.

Buku Program Digital 

Ucapan alu-aluan oleh Puan Nik Rosmaliza

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan  daripada pengacara majlis Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain. Beliau memberi ucapan ringkas berkaitan dengan program hari ini.


Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Encik Mohd Izzuddin bin Yoop

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan Gimik Perasmian oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana Encik Mohd Izzuddin bin Yoop.




Majlis diteruskan dengan penerangan dan tayangan video Fokus PLaN daripada Penyelaras Program iaitu Puan Nornadzirah binti Abd Rahman.

Penerangan video oleh Penyelaras Program Puan Nornadzirah binti Abd Rahman 


Gambar-gambar sekitar Program PLaN






Disediakan oleh 
Puan Ranjiny Rajah




Ceramah Hentikan Buli & Gangguan Seksual (Cegah, Cakna, Cantas) - Sesi Petang

Tarikh              : 16 Julai 2024 (Selasa)

Masa              : 1.30 - 2.30 petang

Tempat           : Dewan Perdana, SKTPP

Sasaran          : Semua Murid Tahun 2 dan 3

Anjuran           : Unit Hal Ehwal Murid 

Program Ceramah Cegah.Cakna.Cantas Hentikan Buli dan Gangguan Seksual merupakan salah satu program di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid di bawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin. Program ini telah diadakan dari pukul 1.30 - 2.30 petang. Sesi ceramah Cegah.Cakna.Cantas Hentikan Buli dan Gangguan Seksual dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri dalam aktiviti membanteras buli dan gangguan seksual dan sebagai intervensi peningkatan kesedaran hentikan buli dan gangguan seksual dan kempen berterusan untuk warga sekolah prihatin dengan isu tersebut.

Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu anggota polis dari Balai Polis Putra Perdana, Koperal Jeffri bin Jumdail. Turut hadir bersama iaitu P/KPB SM Roslan bin Rosin, Koperal Mohammad Fairuz bin Rosin, Koperal Muhammad Redzuan bin Daman Hury, Koperal Mohd Helmie Hizairie bin Sebli, L/KPL Muhammad Suhaizam bin Md Sahat.

Antara perkongsian yang telah disampaikan oleh tuan penceramah kepada murid-murid tahun dua dan tiga adalah jenis-jenis buli dan cara menangani perbuatan berunsurkan buli.

Melalui pengisian ceramah yang diadakan ini diharapkan ia dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada murid-murid untuk lebih berdisiplin dan mengamalkan akhlak mulia sama ada  di sekolah mahupun di rumah dan dalam kalangan masyarakat.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program yang telah dijalankan.

Pengacara majlis, Puan Rozimah


Bacaan doa telah dipimpin oleh Tuan Haji Saifullah

Sesi ceramah oleh pegawai polis

Murid-murid sedang mendengar ceramah yang disampaikan

Barisan guru yang turut serta di dewan semasa sesi ceramah

Barisan pegawai polis bersama guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling

Sesi ceramah telah selesai padai jam 2.30 petang dan murid-murid kembali ke kelas untuk meneruskan sesi PdPc seperti biasa.


Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

AJK Program

Saturday, July 13, 2024

KEM BESTARI SOLAT (TAHAP 1) SIRI 1, TAHUN 2024

Pada hari Sabtu, 13 Julai 2024, telah berlangsungnya Program Kem Bestari Solat bagi murid-murid tahap 1, Siri yang pertama bagi tahun 2024. Program ini adalah sebahagian daripada Program j-QAF yang wajib dilaksanakan di sekolah rendah. Ia merupakan satu bentuk aktiviti kokurikulum bagi murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan semua murid diberi pendedahan serta dapat mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna. 

Program yang mensasarkan kehadiran seramai 1156 orang murid-murid beragama Islam tahap 1 diharapkan dapat mencapai objektifnya iaitu : 

  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat mengetahui bilangan rakaat dalam solat fardhu.
  • Murid mendapat pendedahan tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
  • Menanam sikap tanggungjawab dalam kalangan murid untuk melaksanakan solat fardhu sebagai ibadat yang wajib dalam kehidupan harian.
  • Murid mendapat pendedahan tentang cara solat bersendirian atau berjemaah yang sempurna sama ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah.

Berikut dikongsikan sedikit rangkuman gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung. (sila Klik link untuk paparan kompilasi gambar)

Friday, July 12, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke -16 (Sesi Pagi)

Tarikh                             : 9 - 12 Julai 2024

Senarai Guru Bertugas   :

1.  Puan Murni binti Ahmad

2. Puan Faridatul Akmal binti Ismail

3. Puan Astina binti Mahad Nor

4. Puan Siti Fatimah binti Wan Yaacob

5. Puan Nor Hanawati Alinda binti Abd. Taib Puruji

6. Cik Azwane binti Adnan

7. Cik Nadirah binti Kamarulzaman

8. Encik Mohd Rusydan bin Ismail

9. Encik Tirmizie bin Baharuddin

10. Puan Norhayati binti Yusof

11. Puan Jamilah binti Mohd Yusof


Tiada perhimpunan mingguan sempena cuti Awal Muharam.


Kehadiran murid


Pagar B


Laluan ITMA


Pagar A

Program Guru Penyayang 


Bersama Puan Siti Rabiah binti Mohamed


Bersama Jawatankuasa Guru Penyayang


Penglibatan murid sepanjang minggu ini

1. Kejohanan Olahraga PPKI MSSD Sepang
2. Hari Puteri PPIM Peringkat Daerah Sepang 
3. Kejohanan Ragbi MSSD Sepang
4. Kejohanan Bola Jaring MSSD Sepang
5. Kejohanan Badminton MSSD Sepang
6. Program Fos Nilam 


Tiada sebarang majlis rasmi diperingkat sekolah. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan D yang menjalankan tugas sepanjang minggu ini. 


Wednesday, July 3, 2024

Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2024



Tarikh      : 3 Julai 2024 (Rabu)
Masa        : 12.50 tengah hari - 3.00 petang
Tempat     : Terminal Muafakat, SKTPP
Anjuran    : Kelab Kerjaya, SKTPP
 

Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2023 adalah salah satu program Unit Kokurikulum SKTPP yang disertai oleh murid yang telah dilantik dalam organisasi bagi Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Melalui kursus ini, murid yang dilantik memegang jawatan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

Murid tersebut memerlukan keyakinan diri untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan bimbingan dan panduan untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan. Ini memerlukan bantuan daripada guru dan pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.

Pengerusi dan Setiausaha Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka Maka atas dasar dan tujuan tersebut, kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

Objektif:

  •  Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan    jujur, dedikasi dan bertanggungjawab.
  • Melahirkan pemimpin yang akan menjadi contoh kepada murid lain, berbudi pekerti dan       mempunyai jati diri yang tinggi serta berbakti kepada guru dan sekolah.
  •  Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin yang dihormati.

 

Puan Nor Arzah selaku Pengerusi Majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Khairul Afiq

Ucapan Guru Besar SKTPP (Encik Mohd Izzuddin bin Yoop)

 
SLOT 1: Cara Kendalian tugas dan ciri-ciri pemimpin yang bertrampilan 
               Penceramah: Puan Noor Hayati binti Yusof
 
 
SLOT 2: Bidang tugas dan peranan AJK dalam organisasi
               Penceramah: Puan Umi Nazrah binti Saharoni
 

Peserta yang berjaya menjawab kuiz

Cenderamata kepada penceramah 1, Puan Noor Hayati

Cenderamata kepada penceramah 2, Puan Umi Nazrah

Bergambar kenangan semua peserta dan guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat mengasah dan menggilap bakat pemimpin-pemimpin muda ini dan membentuk mereka menjadi pemimpin yang berwibawa dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pentadbir, AJK pelaksana dan peserta serta warga SKTPP yang telah bekerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Monday, July 1, 2024

Peluncuran Minggu Eksplorasi STEM

 Tarikh : 1 Julai 2024 ( Isnin )

Masa    : 1.00 petang

Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana


Apakah STEM ?

STEM adalah pembelajaran bersepadu disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dengan menghubungkan institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat berliterasi STEM ke arah memacu pembangunan ekonomi negara.

    Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena Minggu Eksplorasi STEM. Aktiviti-aktiviti tersebut akan melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis peluncuran tersebut. 


Sesi Pagi





Sesi Petang














Disediakan Oleh : 

Suriyana binti Nanyan@Salim

MAJLIS PELUNCURAN KEMPEN HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL

Tarikh: 1 Julai 2024 
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat: Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Tema: Cegah Cakna Cantas

Ucapan tahniah kepada Unit HEM, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin kerana berjaya merancang dan melaksana Majlis Peluncuran Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual Peringkat Sekolah. Semoga dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga sekolah SKTPP.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada murid yang terpilih sebagai Ikon Sahsiah Murid, iaitu;

1. Adik Khairul Izzat Fahmi bin Khairul Anwar (6 Unix)
2. Adik Rumaysa binti Mohd Rizal (5 Zircon) 
3. Adik Azwa Safrina binti Mohd Safuan (4 Tempua)
4. Putera Ahmad Mikail bin Amirudin (3 Toyota)
5. Adik Adeena Myiesha binti Muhamad Aznin (3 Honda)

Tahniah diucapkan.

Disediakan oleh,
Norhidayu binti Sadri
Umi Nazrah binti Saharoni

MAJLIS PELUNCURAN MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI (SESI PETANG)

Alhamdulillah pada 28 Jun 2024 (Jumaat) yang lepas, telah dijalankan Majlis Peluncuran Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Ianya telah dirasmikan oleh Encik Izzuddin bin Yoop selaku Guru Besar SKTPP.

Program ini merupakan inisiatif yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi bagi diedarkan di seluruh institusi pendididikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2024. Langkah ini merupakan usaha untuk memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama khususnya di dalam kalangan pelajar Islam.


Objektif program adalah seperti berikut:

1. Murid memahami asas agama dan keindahan akhlak islamiah.

2. Menjadikan al-Quran dan al-Sunah sebagai rujukan dalam menangani isu.

3. Melahirkan murid Islam yang bersahsiah tinggi.

4. Memahami tasawur Islam yang jelas dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Gambar-gambar sepanjang Program berlangsung :

Bacaan doa oleh Ustaz Hadri

Ucapan Penyelaras Program

Bacaan Hadis oleh murid

Ucapan Guru Besar

Gimik Peluncuran

Gimik Peluncuran

Disediakan oleh : Norazah dan Aisyah






Sunday, June 30, 2024

Aktiviti Guru Penyayang : Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei-Jun 2024

 Seawal 7.00 pagi, guru-guru bersama barisan pentadbir telah pun berada di pagar demi menyambut kehadiran anak-anak SKTPP. Senyuman yang terukir diharapkan mampu menyuntik semangat murid-murid hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu.

Sokongan dan aspirasi yang ada dalam diri seorang guru itulah yang menjadi pembakar semangat buat anak-anak SKTPP. Guru-guru juga sanggup berpanas menunggu kehadiran murid dengan senyuman sekali gus menyatakan gembiranya hati seorang guru melihat murid-murid mula melangkahkan kaki ke pintu pagar sekolah.

Buat anak-anak SKTPP, kejayaan adalah hasil dari kesabaran yang tidak berkesudahan. Teruskan berusaha walaupun terdapat dugaan di sepanjang jalan. Yakinlah pada diri sendiri dan kebolehan anda. Kepercayaan diri adalah kejayaan yang sejati😊

Rangkuman aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi dan petang.