Tuesday, November 24, 2009

Pindah Sekolah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga pindah masuk ke Kuala Langat. Tapi surat masih belum diterima. Sekolah baru yang bakal saya berkhidmat ialah SK Kebun Baru. Tahun 2010 bakal menjelang tidak lama lagi, banyak tugas yang perlu diselesaikan untuk berpindah ke sekolah baru. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SKTPP sepanjang saya berkhidmat di SKTPP. Ampun maaf dipinta seandainya terdapat kesilapan dan kekurangan diri ketika berkhidmat di SKTPP. Kepada semua murid, belajar rajin-rajin dan berikan sesuatu yang menggembirakan kepada ibu bapa dan semua guru SKTPP. Akhir kata doakan kejayaan saya di sana dan salam sayang untuk semua warga SKTPP.

1 comment:

  1. Tahniah kerana dpt bertukar ke sekolah br..semoga di tpt br ini memberi lebih semangat utuk anda bekerja sbg pendidik..

    ReplyDelete