Thursday, December 29, 2016

Lokasi Sangkar Kriket

Terima kasih buat PIBG atas sumbangan kewangan dan kerjasama ibu bapa dan guru dalam membina sangkar untuk latihan permainan kriket. Sangkar tersebut telah diletakkan di hadapan Bilik Kebitaraan Sukan Sekolah. Terima kasih juga buat murid-murid yang membantu mengemas bilik bitara tersebut. Semoga sukan kriket SKTPP akan lebih maju pada masa depan...



Anak-anak cemerlang tanpa DARVIH

Wednesday, December 28, 2016

Jambori Pandu Puteri Antarabangsa

Tahniah buat Cikgu Parimala a/p Vengadaslam serta 2 orang murid Pandu Puteri Tunas SKTPP; Amirah Syazana bt. Samsuri dan Hurin Batrisyia Amani bt. Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini bersama kontingen Malaysia menghadiri Jambori Antarabangsa Scouts & Guides di Bangalore, India bermula 28 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017. Semoga diberi kesihatan dan keselamatan ketika berada di sana. Didoakn juga agar kalian selamat pergi dan kembali...




Mesyuarat Guru Bil. 1 / 2017

Hari ini diadakan pula Mesyuarat Guru Bil. 1/2017. Semoga semua guru berlapang dada menerima tugasan dan jawatan yang diberi dengan penuh keikhlasan. Komitmen semua amat diharapkan demi kecemerlangan anak-anak murid serta sekolah tempat kita mencari rezeki. Semoga SKTPP akan lebih sukses di tahun 2017...









Tuesday, December 27, 2016

Pengambilan Buku Teks Tahun 1 / 2017

Sebagaimana yang dirancang, para ibu bapa murid-murid Tahun 1 telah hadir ke sekolah untuk mengambil buku teks anak-anak mereka pada 27 dan 28 Disember 2016 (Selasa dan Rabu)...




Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/ 2017

Tahun baru 2017 akan tiba minggu depan. Minggu ini bermulalah mesyuarat-mesyuarat penyelarasan bagi persediaan menghadapi persekolahan tahun depan. Hari ini Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan bermesyuarat Pengurusan untuk kali pertama bagi tahun 2017. Semoga segala perancangan akan melancarkan lagi perjalanan pengurusan dan pentadbiran sekolah...





Monday, December 26, 2016

Membaiki Sangkar Kriket Sekolah

Terima kasih buat En. Rahmat atas jasa baik membaiki dan memperkemaskan sangkar kriket yang telah dipasang oleh guru-guru dan ibu bapa tempoh hari. Pekerja-pekerja Petronas tersebut telah membetulkan sangkar tersebut agar lebih kukuh dan selamat. Terima kasih sekali lagi...




Klinik Kriket 2016

Di penghujung tahun 2016, murid-murid telah memberikan sambutan yang baik terhadap Klinik Kriket yang dianjurkan oleh sekolah. Terima kasih buat 3 orang player remaja kriket negara (bawah 19 tahun) yang telah sudi hadir memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada anak-anak murid dan pemain kriket sekolah. Mentor-mentor kriket ini baru berusia 16 tahun berasal dari Kuala Langat dan Klang iaitu;
1) Muhammad Hasif bin Norhaizan
2) Ahmad Zubaidi bin Zulkiflie
3) Hafizuddin bin Abdul Ghafar
   Semoga kecemerlangan pemain remaja Malaysia ini akan menyuntik semangat yang tinggi kepada murid-murid SKTPP untuk mengikut jejak langkah mereka dan diharap dapat memberikan permainan yang lebih hebat pada masa depan. Semoga anak-anak murid kami akan mendapat ilmu yang berguna hari ini daripada abang-abang idola kalian. Jumpa lagi dalam klinik-klinik akan datang...








Sunday, December 25, 2016

Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Murid

Berikut adalah tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid :


 Contoh:


Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada :

• Bahagian kiri tudung, atau;
• Bahagian kiri baju kurung, atau;
• Bahagian kiri baju pinafore


Rujukan: Buku Peraturan SKTPP m/s 5 dan 22

Bekas Cawan

Terima kasih buat pekerja pembersihan sekolah atas sumbangan tempat menyimpan cawan yang telah digunakan selepas minum air water cooler yang juga disumbangkan oleh bapa murid kita tahun lepas. Semoga kemudahan tersebut dapat menjamin kebersihan cawan dan lebih kemas. Diharap murid-murid dapat menjaga kemudahan ini dan sentiasa menghargainya...


Saturday, December 24, 2016

Maklumat klinik Kriket

Pada 26 Disember 2016 (Isnin) akan diadakan klinik kriket pada pukul 8.15 pagi hingga 11.30 pagi di padang sekolah. Beberapa orang player remaja Malaysia akan mengetuai klinik tersebut. Dijemput semua hadir untuk mendapatkan tips dan berkongsi pengalaman dengan pemain negara. Diharap ramai murid SKTPP sama ada yang sedang bermain atau yang baru hendak belajar dapat datang pagi esok...


Friday, December 23, 2016

Perlawanan Persahabatan Kriket vs Dubai

8 orang murid SKTPP terlibat dalam perlawanan persahabatan kriket dengan team dari Dubai di Kinrara petang tadi. Keputusan : seri. Tahniah buat para pemain serta jurulatih; Cikgu Junaidi dan Cikgu Izwan! Keep it up..







Tuesday, December 20, 2016

Pelanjutan Kelulusan Program Wakaf Surau

Alhamdulillah permohonan pelanjutan kelulusan program wakaf pembinaan surau dan sumbangan pembangunan sekolah telah diluluskan oleh pihak PPD Sepang. Tempoh yang diberi adalah sehingga 31 Disember 2017. Terima kasih PPD. Pihak PIBG dan sekolah amat mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan untuk terus memberikan sumbangan bagi projek pembinaan surau sekolah kami. Semoga ada rezeki untuk anak-anak kita yang ramai ini mendapat kemudahan surau baru tersebut. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik dan sumbangan tuan/puan..

Ops Bilik Darjah

Terima kasih buat pekerja pembersihan sekolah kerana telah membersihkan bilik-bilik darjah bagi menyambut murid-murid tahun hadapan...