Thursday, December 8, 2016

Pembinaan Sangkar Kriket

Hasil sumbangan PIBG, kerja-kerja menyiapkan sangkar untuk permainan kriket telah dilakukan oleh guru-guru dan bapa murid. Terima kasih kepada 2 orang parent; En. Rahmat dan En. Mazlan yang telah turun padang membantu Cikgu Junaidi, Noorsham, Tarmiji, Rusydan, Musrizuan, Ustaz Mahadir dan beberapa orang guru lagi. Semoga sangkar yang dibina ini nanti dapat meningkatkan lagi keselamatan murid-murid sewaktu aktiviti dan latihan kriket diadakan.
   Harapan pihak sekolah agar sukan kriket ini akan lebih diminati oleh murid-murid dan warga SKTPP serta menjadi sandaran kepada sekolah untuk meraih kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. Semoga bantuan-bantuan lain akan terus diterima daripada ibu bapa dan pihak-pihak lain demi merelisasikan hasrat sekolah untuk menjadikan kriket sebagai kebitaraan kokurikulum sekolah.







No comments:

Post a Comment