Friday, December 16, 2016

Malaysia Panthers vs Portugal

Tahniah buat team Nabil; Malaysia Panthers yang telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir SuperMokh Cup bertemu team Sporting CP Portugal di Padang Maybank, Bangi tengah hari ini. Sekali lagi Pn. Rohaidah GB SKTPP dan En. Musrizuan telah hadir menyaksikan pertandingan yang sungguh bersejarah itu.
   Perlawanan sungguh sengit. Selaku Juara Kumpulan A, pasukan Sporting CP Portugal sangat hebat. Pemain-pemainnya tinggi-tinggi dan sangat lasak dengan memaparkan skill yang cemerlang.
   Di pihak Malaysia Panthers pun tidak kurang hebatnya. Nabil dan pemain-pemain lain sangat bersemangat dan menunjukkan permainan yang sangat licik lagi sistematik. Meskipun bermain di bawah panas terik cahaya matahari, Nabil dan rakan-rakannya telah mencuba bersungguh-sungguh untuk mencari gol persamaan setelah ketinggalan 0 - 1. Banyak percubaan telah dilakukan. Namun rezeki tidak berpihak kepada Malaysia Panthers. Mereka tewas kepada pasukan Sporting CP Portugal dengan jaringan 0 berbalas 1.
   Penjaga gol Malaysia Panthers patut dipuji kerana telah berjaya menyelamatkan banyak percubaan Portugal di minit-minit terakhir. Keseluruhannya kedua-dua pasukan jelas seimbang dari segi corak permainan. Nabil memang layak diberi penghargaan atas sumbangannya dan potensi yang dipersembahkan.
   Tahniah Nabil dan pasukan Malaysia Panthers! Kalah menang adat pertandingan. Yang penting pengalaman dan peluang untuk beraksi di pentas antarabangsa telah diperolehi dan semoga ia dapat memantapkan lagi kemahiran dalam diri semua pemain. Semoga terus sukses hingga ke tahap tertinggi. Kami warga SKTPP akan sentiasa mendoakan Nabil dan kami sangat berbangga punya anak murid sehebat Nabil.
   Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin : we are really proud of you. Congratulations!

Jadual U12 hari ke-5

GB bersama anak



Nabil dan team sedang bersiap sedia untuk masuk padang



Game belum bermula


GB bersama ibu Nabil

Cikgu Mus pun hadir


Nak start dah

Penyokong-penyokong Malaysia Panthers


Cuaca panas terik


Tahniah atas usaha kalian
Semoga lebih berjaya pada masa depan

No comments:

Post a Comment