Sunday, December 17, 2017

Majlis Penerimaan Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017

Syukur Alhamdulillah.. hari ini tanggal 17 Disember 2017, SK Taman Putra Perdana melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah 5 BINTANG kategori Pengurusan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan 2017. Kami warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para hakim yang arif, adil lagi bijaksana semasa membuat penilaian penarafan pada 6 April 2017 yang lalu.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada Tn Hj Mohd Ghazali bin Hj Anuar (Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor), En Mohd Idrus bin Hj Arifin (Penolong Pengarah Kanan Unit PPDa JPN Selangor), En Zulfikri bin Abu Samian (mantan Pegawai Khas Dadah PPD Sepang), AADK dan guru-guru dari sekolah di Daerah Sepang yang melibatkan diri membimbing kami sehingga SK Taman Putra Perdana dinobatkan menerima anugerah 5 BINTANG.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat pihak AADK, Pemadam, Polis, Kastam, Kesihatan, MPS, Persatuan Penduduk, masjid dan agensi serta NGO lain yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam usaha kami membanteras dadah ini. Bahkan ramai sangat individu seperti para penceramah, para dermawan, sahabat taulan yang telah banyak membantu dan menyokong kami selama ini. Jasa-jasa kalian takkan kami lupakan sampai bila-bila. Semoga generasi cemerlang yang kita idam-idamkan dapat dilahirkan hasil usaha cakna kita ini dan seterusnya diredhai Allah SWT.

SK Taman Putra Perdana telah dijemput hadir menerima anugerah tersebut dalam Kursus Anti Dadah dan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kali ke-42. Majlis ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Penyampaian Anugerah 5 BINTANG ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah.

Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:



Pn Rosmah binti Jamat (PK Hal Ehwal Murid) mewakili SKTPP menerima
 Anugerah 5 BINTANG  yang disampaikan oleh 
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri)

Wakil guru yang turut hadir (En Ahmad Zunaidi, Tn Hj Tarmiji,
 Pn Juli, Pn Rosmah dan Pn Rozimah)

TAHNIAH Unit PPDa JPN Selangor, SK Taman Putra Perdana,
SK Dato Maharaja Lela, SMK Bandar Utama dan SMK Ideal Height yang merupakan calon-calon Negeri Selangor ke Pertandingan PPDa Peringkat Kebangsaan 2017.
Kesemuanya telah dinobatkan Anugerah 5 BINTANG.




Lagi laporan Majlis Penerimaan Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017 di sini.

No comments:

Post a Comment