Perjumpaan guru untuk persediaan 2018 diteruskan dengan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kriket. Penerangan disampaikan oleh jurulatih utama sukan kriket SK Taman Putra Perdana; Cikgu Ahmad Junaidi Bin Abdullah. Kehadiran guru- guru yang amat memberangsangkan menunjukkan usaha pihak pentadbir sekolah untuk menjadikan sukan kriket sebagai kebitaraan sekolah disambut baik oleh semua guru SKTPP.
Cikgu Ahmad Junaidi sedang menerangkan tentang sukan Kriket |
Penerangan LADAP kriket dimulakan dengan pengenalan permainan kriket yang dimainkan pada abad ke-16 di England. Seterusnya permainan ini tersebarkan di negara India dan Pakistan.
Penerangan ini juga diserikan dengan sesi soal jawab antara guru-guru dengan jurulatih kriket. Cara menilai score board juga diterangkan oleh Cikgu Ahmad Junaidi kerana pemahaman penilaian score board membantu guru-guru memahami permainan kriket dengan lebih jelas lagi.
Guru-guru menumpukan sepenuh perhatian pada penerangan Cikgu Junaidi |
Dengan komitmen dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua guru, adalah diharapkan agar sukan kriket ini akan lebih difahami oleh seluruh warga sekolah khususnya guru-guru dan seterusnya dapat mencapai sasaran Johan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2018.
No comments:
Post a Comment