Monday, April 23, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-16 (Sesi Pagi)

Hari: Isnin
Tarikh: 23 April 2018
Masa: 7.30-8.30 pagi

Guru Bertugas Kumpulan H:
1. Junaidah  binti Rus
2. Rosmizawati binti Yusub
3. Norhana binti Nordin
4. Rosmawati binti Desa
5. Mohd Rusydan bin Ismail
6. Norfauziaton binti Ali Mohamed 
7. Asma binti Abdul Malik
8. Arjunawati binti Ahmad Nuze


Pengacara Majlis : 

Guru: Rosmizawati binti Yusub.
Murid: Reeshmenraj a/l Jaiganesh.

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar


- Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku.
- Bacaan doa oleh Pengawas .
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Jalan Raya oleh Rosmizawati binti Yusub.
- Bacaan Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas, adik  Nurin 'Adlina binti Hassan.


2. Laporan Bertugas Guru Minggu Lepas - Hafiz bin Md. Noor

- Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah selepas habis makan. 
- Pastikan kebersihan di kawasan kantin dalam keadaan yang bersih.
- Semasa waktu rehat, pastikan murid-murid makan di kantin, bukan di luar dari kawasan kantin terutamanya di Dewan Perdana, Dewan Taman ataupun di Dewan Putra. 

3. Tema Ucapan - Rosmizawati binti Yusub

- Tajuk bagi tema ucapan bagi Minggu 16 adalah "Gaya Hidup Sihat". 
-  Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat membolehkan kita sihat sepanjang hayat iaitu dengan:-
* Menjaga pemakanan seharian - makan makanan yang seimbang untuk mengelakkan dari obesiti. 
* Bersenam dan beriadah - apabila melakukan senaman jantung akan sentiasa sihat dan kuat.
* Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran - menghapuskan pembiakan nyamuk aedes, pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah dan sebagainya. 
* Membuat pemeriksaan kesihatan - membuat pemeriksaan kesihatan di hospital sekurang-kurang nya 2 kali sebulan. 
*Mengelakkan perbuatan yang menjejaskan kesihatan - jauhi dari rokok, dadah, inhalen, vape, minum arak serta perkara-perkara sepertinya. 

4. Penyampaian Hadiah Kebersihan dan Keceriaan kelas

Tahun 4:
1. Tempat Pertama- Titanium 
2. Tempat Kedua- Elektrum
3. Tempat Ketiga- Vanadium

Tahun 5:
1. Tempat Pertama- Nafiri
2. Tempat Kedua- Kompang
3. Tempat Ketiga- Canang

Tahun 6: 
1. Tempat Pertama- Radiologi
2. Tempat Kedua- Respiratori
3. Tempat Ketiga- Surgeri


5. Majlis Penyampaian Hadiah sempena Program Minggu Pusat Sumber & Kem Membaca 1Malaysia.

Puan Arnny Yusnita binti Mat Enarji selaku guru penyelaras program mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Ujana Ilmu. Beliau turut menasihatkan semua murid supaya tidak mengambil barang yang bukan kepunyaan mereka contohnya buku jualan daripada trak Pusat Sumber Sekolah.

Majlis dipengerusikan oleh Puan Nurliza binti Abd Rahman dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Guru Besar; Puan Rohaidah Binti Mohd Ali diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Azizah binti Mokhlas.

Kategori penyampaian hadiah adalah mengikut tahun dan acara yang dipertandingkan iaitu:
Tahun 4   : Penanda BukuMencari Benda Tersembunyi
Tahun 5   : Mini Book - Bahasa Inggeris
Tahun 6   : Buku Gergasi - Bahasa Melayu

6. Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum - Shahrizal bin Ya'am

- Murid dikehendaki memberikan sepenuh perhatian sepanjang majlis dijalankan. 
-Tahniah diucapkan kepada semua AJK Pelaksana yang diterajui oleh Puan Arnny Yusnita binti Enarji dalam menganjurkan Program KM1M pada minggu lepas. 
- Program ini boleh dijadikan sebagai satu motivasi untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai satu rutin harian. 
- Terima kasih kepada guru-guru jurulatih bagi permainan catur, bola sepak dan bola jaring. Pencapaian terbaik telah diberikan. 
-Pada 2 Mei dan 3 Mei 2018, sekolah akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Kriket bagi peringkat Daerah.
- Pada 2 Mei 2018 juga akan diadakan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform. 


Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang perhimpunan rasmi mingguan dan majlis penyampaian hadiah berlangsung:



























No comments:

Post a Comment