Wednesday, May 22, 2019

Laporan Aktiviti Ihya Ramadhan Waktu Rehat (Sesi Petang)

Bulan Ramadhan kembali lagi bagi tahun 2019 bersamaan 1440 Hijrah. Sehubungan dengan itu, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana merangka dan menyusun program yang bermanfaat kepada murid-murid sesi petang. Umum mengetahui, bahawa anak-anak kecil patut digalakkan berpuasa sebagai latihan di kemudian hari, bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'. Justeru, bagi mengelakkan anak-anak berbuka puasa dengan lebih awal daripada waktunya, tayangan animasi Upin Ipin, dan Omar dan Hana disediakan bagi menenangkan murid-murid sepanjang waktu rehat sebagai halwa mata. Namun begitu, kantin masih dibuka bagi anak-anak yang tidak berpuasa. Berikut merupakan rangkuman keseluruhan aktiiti tayangan perdana sepanjang waktu rehat sesi petang;

Hari : Khamis
Tarikh : 9 Mei 2019 / 4 Ramadhan 1440
Aktiviti : Tayangan Animasi Upin dan Ipin (Tajuk : Indahnya Ramadhan)



Gambar 1 : Murid mengambil tempat bagi menonton tayangan


Video 1 : Konsep santai tayangan, tiada paksaan. Bagi yang tidak berpuasa boleh ke kantin untuk rehat seperti biasa


Video 2 : Murid yang tidak berpuasa rehat seperti biasa di kantin. Kantin beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan


Gambar 2 : Sebahagian guru sesi petang yang terlibat.... sentiasa cakna dengan murid... sedang memberi taklimat ringkas mengenai tayangan


Gambar 3 : Murid santai menonton tayangan video yang disediakan


Gambar 4 : Sebahagian murid yang terlibat duduk dengan tertib menonton tayangan


Gambar 5 : Murid fokus menonton tayangan

Hari : Jumaat
Tarikh : 10 Mei 2019 /5 Ramadhan 1440
Aktiviti : Tayangan Animasi Upin dan Ipin (Tajuk : Ramadhan Kembali Lagi)


Gambar 6 : Murid sedang menonton tayangan dengan tertib


Gambar 7 : Murid menumpukan perhatian terhadap tayangan


Gambar 8 : Pn Nur Azizati mengawal disiplin murid sesi petang


Video 3 : Tayangan video animasi Upin Ipin 'Ramadhan Kembali Lagi'

Hari : Isnin
Tarikh : 13 Mei 2019 / 8 Ramadhan 1440
Aktiviti : Tayangan Animasi Upin dan Ipin (Niat Berpuasa / Doa Berbuka Puasa / Surah Al Fatihah - Pengertian)


Video 4 : Lafaz niat berpuasa seharian di bulan Ramadhan


Video 5 : Bacaan doa berbuka puasa


Gambar 9 : Sebahagian murid yang menonton tayangan


Gambar 10 : Murid ceria dan tenang dengan tayangan yang dijalankan

Hari : Selasa
Tarikh: 14 Mei 2019 / 9 Ramadhan 1440
Aktiviti : Tayangan Animasi Upin dan Ipin (Tajuk: Amal Jariah / Surah Al Ikhlas - Pengertian)



Video 6: Bacaan Surah Al-Ikhlas berserta pengertiannya


Gambar 11 : Murid sedang menonton tayangan video animasi Upin Ipin bertajuk Amal Jariah


Gambar 12 : Murid terhibur dengan gelagat kartun animasi Upin dan Ipin


Gambar 13 : Antara guru petang yang bekerjasama membantu mengawal disiplin murid semasa tayangan berlangsung iaitu Pn. Ummu Athiah dan Pn. Nur Azizati


Hari : Rabu

Tarikh : 15 Mei 2019 / 10 Ramadhan 1440

Aktiviti : Tayangan Animasi Omar dan Hana (Tajuk : Misi Puasa)


Video 7 : Tayangan animasi Omar dan Hana 


Gambar 14 : Tayangan video animasi Omar dan Hana bertajuk 'Misi Puasa'


Gambar 15 : Sebahagian murid sesi petang khusyuk menonton tayangan


Gambar 16 : Murid memberi perhatian terhadap tayangan yang dijalankan

Hari : Khamis
Tarikh : 16 Mei 2019 / 11 Ramadhan 1440
Aktiviti : Tayangan Animasi Upin dan Ipin (Tajuk : Azam Ramadhan)


Video 8 : Tayangan video animasi Upin Ipin bertajuk 'Azam Ramadhan'


Gambar 17 : Kawalan murid oleh Pn. Nur Azizati


Gambar 18 : Murid tenang dan terkawal dalam menonton tayangan


Gambar 19 : Murid menonton tayangan dengan santai tanpa paksa dan bebas bergerak

Hari : Jumaat
Tarikh : 17 Mei 2019 / 12 Ramadhan 1440
Aktiviti : Tayangan Animasi Upin dan Ipin (Tajuk : Huruf Hijaiyyah)


Video 9 : Murid menyebut huruf hijaiyyah dengan berpandukan video animasi Upin dan Ipin


Gambar 20 : Paparan animasi Upin Ipin


Gambar 21 : Murid menonton tayangan dengan penuh minat


Gambar 22 : Murid ikut bersama menyebut huruf hijaiyyah beramai ramai 

Hari : Selasa
Tarikh : 21 Mei 2019 / 16 Ramadhan 1440
Aktiviti : Tayangan Animasi Upin dan Ipin (Tajuk : Iqra) dan Rangkaian Doa Seharian (Doa Memulakan Pelajaran dan Doa Keluar Tandas)


Gambar 23 : Tayangan Upin Ipin bertajuk 'Iqra'


Gambar 24 : Sebahagian murid sesi petang yang menonton tayangan


Gambar 25 : Rakan guru sesi petang yang turut terlibat dalam menjayakan program tayangan sepanjang bulan Ramadhan


Video 10 : Murid membacakan rangkaian doa 'Doa Penerang Hati/Memulakan Pelajaran' dengan berpandukan video animasi Upin Ipin 


Video 11 : Murid membacakan rangkaian doa 'Doa Keluar Tandas' dengan berpandukan video animasi Upin Ipin

Laporan disediakan :
Encik Hariz Safwan bin Yaccob dan Puan Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment