Wednesday, July 1, 2020

YB Adhif Syan Menyantuni Murid Prasekolah

Hari ini murid-murid prasekolah kembali ke sekolah. Murid-murid pra bertuah kerana telah menerima kunjungan YB Adhif Syan bin Abdullah; ADUN Dengkil. Selain menyantuni murid-murid prasekolah, YB telah menyerahkan sumbangan pelitup muka, pengimbas suhu serta cek kepada YDP PIBG untuk pembangunan sukan kriket serta Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu).
Sebelum bersurai, YB telah dibawa melawat surau sekolah. Alhamdulillah terima kasih banyak atas kerendahan hati budi YB yang begitu prihatin dengan keperluan sekolah.
Terima kasih juga diucapkan buat En. Syariman; pegawai PPD Sepang yang telah hadir memantau perjalanan hari pertama persekolahan murid-murid pra..

























No comments:

Post a Comment