Tarikh :
21 - 25 September 2020
Hari :
Isnin - Jumaat
Senarai
Guru Bertugas:
Puan Noriza
binti Md Nor
Cik
Syahirah binti Tumar
Puan
Mawaddah binti Kamarulzaman
Puan
Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Norhana
binti Nordin
Encik Mohd
Izwan bin Mohd Jawahar
Encik Ahmad
Mustafid bin Mat Sharif
Puan
Julalili binti Onion
Puan
Nurliza binti Ab Rahman
Puan Nur
Zakiah binti Md Diat
Laporan
Bertugas:
Alhamdulillah,
sesi persekolahan pada minggu ini telah berjalan dengan lancar, mengikut
peraturan yang ditetapkan. Guru, murid dan kakitangan sekolah yang hadir juga
telah mengikuti SOP pergerakan seperti mana yang digariskan dengan baik.
Sebelum
Sebelum
murid-murid dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah, barisan guru bertugas
akan mengambil bacaan suhu murid. Bacaan suhu diambil oleh guru bertugas di
kedua-dua belah pagar, iaitu pagar A dan pagar B. Selepas suhu diambil, murid
perlu mencuci tangan terlebih dahulu dan barulah bergerak masuk ke kelas
masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Semasa
Semasa di
dalam kelas pula, murid-murid duduk di tempat yang telah disediakan, di mana
meja dan kerusi telah disusun mengikut jarak yang ditetapkan. Guru yang masuk
ke kelas pada waktu pertama perlu mencatatkan suhu murid-murid di dalam senarai
nama yang telah disediakan. Murid-murid sentiasa diingatkan tentang penjarakan
fizikal, sanitasi dan keselamatan diri. Pada waktu
rehat pula, murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 rehat pada waktu berbeza seperti yang
telah ditetapkan. Murid-murid makan di dalam kelas, dan murid yang tidak membawa
bekal dibenarkan membeli makanan di dewan. Murid perlu beratur dengan mematuhi jarak yang ditetapkan dan terus
bergerak ke kelas selepas selesai membeli makanan.
Selepas
Sebelum
murid-murid dilepaskan untuk pulang ke rumah, aktiviti sanitasi kelas akan
dijalankan oleh guru mata pelajaran terakhir. Guru akan menyembur cecair
pembasmi kuman ke atas meja dan kerusi murid dan mengelapnya. Guru dan murid
perlu memastikan kelas dalam keadaan yang bersih dan tersusun sebelum
meninggalkan kelas. Setelah loceng berbunyi, murid akan bergerak mengikut
giliran yang ditetapkan. Murid perlu mencuci tangan dan memakai topeng muka
sepanjang perjalanan mereka keluar dari sekolah. Guru yang bertugas akan berada
di laluan murid agar dapat membantu dan memantau kelicinan pergerakan pulang
murid-murid.
Berikut disediakan beberapa keping gambar yang dirakamkan sepanjang sesi persekolahan sesi pagi minggu ke-36..
Murid meletakkan basikal telebih dahulu sebelum suhu diambil dan mencuci tangan di pagar A
Guru mengambil suhu murid
Murid membeli makanan di dewan perdana
Laporan disediakan oleh:
Cikgu Nur Zakiah binti Md Diat
No comments:
Post a Comment