... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, September 2, 2021

Penyerahan Sumbangan Tabung Cakna 2021

                         

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar Muhammad SAW.

Segala usaha menubuhkan Tabung Cakna SKTPP ini telah pun dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih kepada pihak pentadbir yang sentiasa menyokong Unit Guru Penyayang dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang awal maupun ad-hoc. Menyedari keperluan murid-murid semasa PKP ini, satu inisiatif difikirkan perlu bagi membantu keluarga murid SKTPP yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bermula 17 Ogos 2021, Unit Guru Penyayang telah membuat kutipan sumbangan daripada guru-guru, staf sekolah & PIBG bagi meringankan beban keluarga murid semasa pandemik ini. Dan hari ini, sumbangan itu telah diserahkan kepada 40 keluarga yang terlibat. Walaupun sedikit, namun kami mengharapkan cakna ini mampu memberi kesan yang baik kepada emosi bahawa masih ada yang ambil peduli hal kebajikan murid-murid.

Buat anak-anak SKTPP yang disayangi, ingatlah bahawa ujian adalah pahit. Namun, di hujung kepahitan itu ada kemanisannya. Teruskan berusaha membaiki diri ke arah lebih positif. Jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Doa dan harapan cikgu, anak-anak SKTPP sentiasa sihat dan in sha Allah kita akan bertemu secara bersemuka nanti. Jangan bersedih hati, tetapi bersabar dan tersenyumlah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu, ada kemudahannya.

Gambar yang sempat dirakam semasa penyerahan sumbangan..








Peluang menyantuni ibu bapa / penjaga yang terlibat memberi gambaran kehidupan yang boleh kami jadikan panduan bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan ujian. Doa kami semoga segala kesulitan tuan / puan dan anak-anak SKTPP dipermudahkan oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment