... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 3, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-37 (Sesi Petang)


Tarikh: 1 - 2 November 2021

Hari: Isnin - Selasa

Senarai nama guru bertugas:-

    1) En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

    2) Pn. Ummu A'thiah binti Hashim

    3) Pn. Nur Azizati binti Ahmad

    4) Pn. Nor Holwani binti Yahaya

    5) Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim

    6) Pn. Norhana binti Nordin

    7) Pn. Nor Arzah binti Hussin

    8) Pn. Azizah binti Ab Hamid

    9) Pn. Norhidayu binti Sadri

    10) Pn. Farhana binti Mohammad Fuzi

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) secara bersemuka bermula 1 November 2021. Merujuk kepada Garis Panduan Pengoperasian Sekolah 3.0, kehadiran murid adalah secara penggiliran iaitu secara bersemuka dan pembelajaran secara kendiri. Oleh itu, murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan (kumpulan A dan B) oleh guru kelas dan perlu hadir ke sekolah mengikut jadual kumpulan yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana perjalanan sekolah minggu ini dipermudahkan dan berjalan lancar. Murid-murid kelihatan bersemangat dan ceria ketika melangkah kaki ke pintu pagar sekolah sambil disapa oleh guru bertugas. Tambahan pula, hanya 2 hari sahaja murid bersekolah kerana akan bercuti sempena sambutan Hari Deepavali yang bakal disambut kaum India di seluruh Malaysia pada hari Rabu hingga Jumaat.

Pada minggu ini juga, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Aktiviti Pemugaran Emosi Murid untuk meningkatkan kembali emosi murid setelah lama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Aktiviti dijalankan di dalam kelas oleh guru mata pelajaran masa pertama dengan menggunakan modul yang telah disediakan.

Berikut gambar-gambar yang dapat dikongsi sepanjang minggu ini.

Pn. Siti Aishah pegawai dari JPN Selangor hadir ke sekolah untuk memantau pembukaan sekolah Tahap 1.

PPS Kpl. Ramizah turut hadir memantau pembukaan sekolah pada hari ini. 

Barisan pentadbir bersama guru dalam persediaan pengurusan waktu tiba dan balik murid.

Guru Besar; Pn. Rohaidah bersama guru bertugas menyambut ketibaan murid di pintu pagar A.

PK Petang; Pn. Siti Raudah bersama guru bertugas mengambil suhu murid di pintu pagar B.

Murid-murid membasuh tangan sebelum masuk ke kelas seperti SOP yang ditetapkan.

Pengawal keselamatan yang setia menjaga dan membantu.

Antara murid yang awal tiba di sekolah.

Wajah-wajah ceria yang sempat dirakam pada hari pertama ke sekolah.

Pergerakan murid ke kelas oleh guru kelas berjalan lancar.

Aktiviti Pemugaran Emosi Murid di dalam kelas dengan bimbingan guru masa pertama.

Murid-murid mematuhi SOP pembelian makanan sewaktu rehat.

Ibu bapa mengambil anak secara beransur-ansur mengikut SOP sewaktu hujan lebat.

Turut hadir YDP PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian membantu guru dan guru bertugas semasa penyuraian murid ketika pulang.

Pekerja kebersihan telah menyediakan barang-barang untuk sanitasi kerusi meja di dalam kelas sebelum balik.


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah, khususnya guru bertugas yang mengatur dan memastikan perjalanan persekolahan pada minggu ini berjalan dengan baik serta mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh sekolah. Kerjasama semua amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Disediakan oleh,
Pn. Nur Azizati binti Ahmad.

No comments:

Post a Comment