Tarikh bertugas: 10 Januari - 14 Januari 2022
Senarai nama guru bertugas kumpulan 1:-
1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
2. Pn. Ummu A'thiah binti Hashim
3. Pn. Nur Azizati binti Ahmad
4. Pn. Nor Holwani binti Yahaya
5. Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
6. Pn. Norhana binti Nordin
7. Pn. Nor Arzah binti Hussin
8. Pn. Azizah binti Ab Hamid
9. Pn. Norhidayu binti Sadri
10. Pn. Farhana binti Mohammad Fuzi
Minggu ini bermulalah minggu pertama persekolahan bagi penggal ke-3 sesi 2021/2022. Murid-murid kembali ke sekolah setelah bercuti selama sebulan dengan sedikit perbezaan pengoperasian sekolah yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada penggal ini, murid sesi petang Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Murid RMT perlu hadir ke sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran. Manakala bagi Tahun 3, kehadiran adalah secara bergilir mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, perjalanan dan pengurusan sekolah pada minggu ini berjalan lancar. Kehadiran murid-murid disambut dengan ceria oleh pentdbir, guru bertugas dan guru Bimbingan dan Kaunseling untuk program Guru Penyayang di pintu pagar A dan B. Semua murid yang hadir juga sudah biasa dengan rutin harian SOP masuk ke sekolah menyebabkan perjalanan masuk ke kelas lebih cepat dan teratur. Begitu juga pada waktu balik, murid menggunakan laluan yang telah ditetapkan menuju ke pagar A atau B dan beratur di bawah khemah mengikut tanda kelas yang dikhususkan untuk menunggu ibu bapa atau penjaga.
Berikut gambaran perjalanan sekolah sesi petang pada minggu ini.
|
Guru Bimbingan dan Kaunseling menyambut murid di pintu pagar A. |
|
Guru bertugas bersama murid. |
|
Menunggu giliran untuk mengimbas suhu. |
|
Rutin SOP sebelum masuk ke sekolah. |
|
PK Petang bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling menyambut murid di pagar B. |
|
YDP PIBG; Tn Hj Khairul Azhar juga hadir membantu pengurusan murid masuk ke sekolah. |
|
YDP PIBG yang sangat komited. |
|
Guru bertugas mengimbas suhu murid |
|
Murid menggunakan pengimbas suhu yang disediakan. |
|
Membasuh tangan sebelum masuk ke kelas. |
|
Menunggu untuk naik ke kelas. |
|
Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz selaku Ketua Guru Bertugas Kumpulan 1. |
|
Ucapan alu-aluan sempena hari pertama Penggal ke-3 oleh Guru Besar; Pn Rohaidah.
|
|
Suasana di dalam kelas |
|
Pembelian makanan semasa rehat |
|
Beratur menunggu giliran untuk membeli makanan.
|
Disediakan oleh;
Pn. Nur Azizati binti Ahmad
No comments:
Post a Comment