Saturday, February 12, 2022

Majlis Semarak Kasih Sehati Sejiwa Hi-tea Akhir Tahun Sesi 2021/2022

Tanggal 12/02/2022 telah menjadi momen  bersejarah bagi SK Taman Putra Perdana.  Hal ini demikian  kerana  pihak sekolah dengan gandingan AJK KKGK Sesi 2021/2022 telah berjaya  merealisasikan Majlis Hi-Tea, Semarak Kasih Sehati Sejiwa yang tertangguh tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda negara. 

    Biarpun keadaan masih sama, keperluan pada pematuhan SOP dalam norma baharu harus diikut demi kelangsungan hidup, keselamatan dan kesihatan  dalam komuniti. Namun demikian, adanya sedikit  kelonggaran telah memberi peluang kepada pihak KKGK merancang majlis ini.  Sesungguhnya, majlis ini telah direncanakan dalam masa yang singkat, namun bak kata pepatah 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.  Kerjasama antara semua AJK KKGK SKTPP yang dipertanggungjawabkan telah berjaya membuahkan hasil apabila majlis yang bertemakan hitam putih berjaya diadakan di Hotel Dorsett, Putrajaya dengan jaya dan mencapai objektifnya. 

Persiapan sebelum majlis oleh AJK Pelaksana.

Pendaftaran kehadiran telah dimulakan seawal 12.00 tengah hari.  AJK bertanggungjawab bersiap sedia di luar pintu masuk bagi menyambut kehadiran para jemputan.  Guru-guru mendaftar dengan mengisi link yang diberi serta menerima doofgift berupa sekaki payung hitam dan sebuah beg putih. Semua ahli termasuk yang tidak hadir mendapat doorgift tersebut di mana ia merupakan suatu pemberian yang cukup bermakna serta amat berguna untuk kegunaan seharian.

AJK bertugas bersedia memberi khidmat. Momen indah yang dirakam para guru dan pentadbir saat pendaftaran bermula.

    Suara lemak merdu Pengerusi Majlis iaitu Cikgu Yatt mencelah kebingitan suasana meriah guru-guru bagi mengalu-alukan kehadiran para tetamu dalam majlis yang indah ini.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah.  Seterusnya tirai majlis dibuka dengan ucapan oleh Pengerusi KKGK, Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah, YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhamad Sufian dan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Bacaan doa dan sesi ucapan oleh Pengerusi KKGK, YDP PIBG dan Puan Guru Besar

    Santai acara makan berlangsung, majlis diselangi dengan acara penyampaian hadiah bagi Anugerah Khas Guru 2021/2022.  Banyak kategori yang dipertandingkan dan pemilihan adalah berdasarkan kriteria  yang ditetapkan oleh pihak pentadbir.  Keputusan muktamad daripada Puan Guru Besar telah mengiktiraf penerima-penerima bagi anugerah yang telah dipertandingkan. Moga jadi pemangkin ke arah kecemelangan.

ANUGERAH GURU 2021/2022

1.    Kehadiran Cemerlang

    a)    Arnny Yusnita binti Md Enarji (pagi)

    b)    Zabedah binti Othman (petang)

2.    PdP Cemerlang

    a)    Ahmad Zunaidi bin Jinalabin (pagi)

    b)    Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (petang)

3.    Kreatif dan Inovatif

    a)    Mohd Rusydan bin Ismail (pagi)

    b)    Halijah binti Mihat (petang)

4.    Berinspirasi

    a)    Juli binti Mahbah (pagi)

    b)    Nor Arzah binti Hussin (petang)

5.    Proaktif

    a)    Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah (pagi)

    b)    Nik Rosmaliza binti Nik Hussain (petang)

6.    Awesome

    a)    Wan Faizol bin Wan Mat (pagi)

    b)    Nor Amirulfitri bin Othman (petang)

7.    On Time / Menepati waktu

    a)    Roslinda binti Mansor (pagi)

    b)    Ranjiny a/p Rajah (petang)

8.    Happy Go Lucky

    a)    Noor Hayati binti Yusof  (pagi)

    b)    Mohd Hadri bin Ag Idris (petang)

9.    Prihatin

    a)    Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji (pagi)

    b)   Azizah binti Ab Hamid (petang)

ANUGERAH AKP 2021/2022

1.    Kehadiran Cemerlang

    a)    Rahana binti Ismail

2.    Proaktif

    a)    Nurul Azean binti Mohd Saleh

Antara penerima-penerima anugerah yang mendapat penghargaan.
                          
Kenangan menerima plague dan sijil bagi anugerah-anugerah yang dipertandingkan

    Kemeriahan majlis Hi-Tea diserikan dengan acara tahunan iaitu 'Cabutan Bertuah'.  Rata-rata guru yang hadir mendambakan hadiah-hadian besar yang ditawarkan berupa barangan kegunaan harian seperi peralatan dapur, cadar @ comforter, kerusi dan sebagainya.  Namun kali ini hanya yang benar-benar BERTUAH sahaja beroleh apa yang diimpi. 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'. Tahniah kepada yang benar-benar bertuah pada kali ini!                            Antara para penyampai dan penerima hadiah "Cabutan Bertuah"

        

    Momen indah  buat kenangan penerima-penerima cabutan bertuah

    Moga akan ada rezeki pada tahun-tahun mendatang bagi guru/AKP yang kurang  bertuah.  Terima kasih  kepada para penyumbang yang bermurah hati memberikan sumbangan bagi memeriahkan majlis nan bermakna ini. Semoga murah rezeki para penyumbang.

    Usai cabutan bertuah, tepukan bergema lagi dengan penyampaian hadiah Busana Terbaik.  Seramai enam orang guru telah terpilih sebagai penerima hadiah kategori Busana Terbaik bagi Majlis Hi-tea Semarak Kasih Sehati Sejiwa kali ini. Pemilihan telah dibuat oleh staf hotel. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Penerima hadiah 'Busana Terbaik' kategori perempuan.

Penerima hadiah 'Busana Terbaik' kategori lelaki

     Simbolik sebuah keakraban ialah melalui kebersamaan dalam majlis nan gilang-gemilang demi meraikan guru-guru dan AKP sekolah ini.  Majlis Hi-Tea ini ialah penghargaan atas usaha dan kesungguhan serta komitmen dalam menjalani tugas dan tanggungjawab di SK Taman Putra Perdana.  Tahniah dan terima kasih atas kerja buat yang menjadikan kita insan yang penuh bermotivasi, moga sentiasa bergerak maju ke hadapan.  

Majlis penghargaan atas komitmen diri, moga lebih berdedikasi 

Meraikan guru dan AKP dalam majlis indah penuh berseri

            
Di sini terpatri sebuah kenangan manis bersama

Barisan AJK KKGK yang komited dan berdedikasi.

    Sekalung tahniah buat semua yang telah menjayakan majlis ini baik secara langsung maupun tidak langsung.  Semoga majlis kali ini, walau dalam suasana negara yang masih dibelenggu Covid-19, masih mampu memberikan kita segaris senyuman,  menongkah arus membawa seribu kekuatan bersama keluarga besar kita ke arah kecemerlangan.  Moga memberi seribu makna kepada  kita kerana seribu kemungkinan mendatang.  Dengan harapan kita masih mampu berkumpul dan menikmati saat-saat manis dan bermakna seperti ini pada tahun-tahun mendatang.  Insya Allah.

Disediakan oleh.
Norli binti Hassan
Setiausaha KKGK Sesi 2021/2022

No comments:

Post a Comment