... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, April 15, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-4 (Sesi Pagi)

Tarikh : 11 April 2022 hingga 15 April 2022

Guru bertugas Kumpulan D.

Senarai guru bertugas sesi pagi Kumpulan D

1. Umi Nazrah binti Saharoni (K)

2. Nor-Azura binti Mustafa (P)

3. Norlida binti Othman

4. Zailezah binti Sardi

5. Norfauziaton binti Ali Mohamed

6. Arjunawati binti Ahmad Nuze

7. Srimahathevan a/l Vadivelu

8. Arnny Yusnita Binti Md. Enarji

9. Norazian binti Mat Anuar

10. Nurzainon binti Mohd Razalli

11. Nor Hanim binti Ismail

12. Azwane binti Adnan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu yang ke-4 persekolahan bagi sesi 2022/2023. Alhamdulillah, sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dan teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM dan sekolah. Memandangkan negara kita sudah menghampiri fasa endemik, para guru dan murid sudah pun terbiasa dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Minggu ini juga merupakan minggu terakhir persekolahan bagi sesi penggiliran seperti mana yang telah diumumkan oleh KPM bahawa pada minggu hadapan murid-murid tahun 3, 4 dan 5 akan bersekolah seperti biasa tanpa penggiliran. Dalam pada itu, aktiviti bagi kokurikulum dan sukan telah dimulakan dengan aktiviti dari badan unit beruniform iaitu dilakukan pada hari Rabu. Sepanjang bulan Ramadan (13, 20 dan 27 April 2022), aktiviti kokurikulum akan dijalankan secara atas talian. Bermula pada 11 Mei 2022, semua aktiviti kokurikulum akan dijalankan secara bersemuka.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini.

Kedatangan murid di Pagar A.

Kedatangan murid di Pagar B.

Pemandangan dataran SKTPP yang cantik pada waktu pagi.

Murid-murid membasuh tangan sebelum masuk ke kelas.

Program 'Sebakul Kasih Seikhlas Hati' anjuran Pengakap Pendidikan Khas & Pandu Puteri Tunas.

Tarikh pelaksanaan:

13 - 27 April 2022

Pelaksanaan:

1. Murid-murid boleh menyumbang (tiada paksaan) 1 bakul makanan keperluan harian dengan seikhlas hati.

2. Barangan yang diberikan akan dikumpul dan diserahkan kepada murid terpilih (PPKI & Aliran Perdana) dari keluarga yang kurang mampu.

3. Barang-barang yang ingin disumbangkan boleh diserahkan pada Cikgu Yatt (PPKI) dan Cikgu Parimala (Pandu Puteri Tunas)

4. Majlis penyampaian bakul barangan ini akan diadakan pada 27 April 2022.

Poster Program 'Sebakul Kasih Seikhlas Hati'

Gimik pelancaran oleh GB dan tazkirah santai oleh Cikgu Muhammad Dzarfan di Dewan Perdana.


Berikut adalah video Pelancaran Program Ihya Ramadan dan Bulan Dakwah serta tabung Ramadan 2022.

Program ini dilaksanakan setiap tahun bertujuan untuk memeriahkan sambutan bulan Ramadan di peringkat SK Taman Putra Perdana. Ianya juga adalah suatu usaha mendedahkan murid-murid dengan ibadah-ibadah yang dapat dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan untuk memperbaiki jati diri ke arah yang lebih baik.

Simbolik penyerahan modul mentor mentee kepada setiap Penyelaras Tahun sesi pagi 2022/2023. Guru-guru yang terlibat ialah En Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar (Penyelaras Tahun 6),  Pn Norliza binti Ali@Yasim (wakil Penyelaras Tahun 5) dan En Ahmad Zunaidi bin Jinalabin (Penyelaras Tahun4).

Poster Program Mentor Mentee 2022

Penyerahan modul disempurnakan oleh Datin Noraizah binti Dun (PK HEM)

Suasana ketika murid balik pada minggu ini.

Disediakan oleh,

Azwane binti Adnan 

No comments:

Post a Comment