Hari: Isnin - Jumaat
Masa: 1.10 tengah hari - 6.10 petang
Tema: Sayangi Sekolah
Senarai guru bertugas:
1. Encik Saifullah bin Mat Saupi (Ketua)
2. Cik Amalina binti Abd Hamid (Penolong)
3. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
4. Puan Fadhilah binti Talib
5. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
6. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman
7. Puan Nor Farhani binti Mukhtar
8. Puan Zabedah binti Othman
9. Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal
10. Puan Khairiah binti Razali
Laporan
1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar
1.1 Perhimpunan rasmi sekolah buat kali pertama dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
1.2 Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Abdul Hafiz.
1.3 Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah diketuai oleh Puan Nik Rosmaliza selaku pengacara majlis.
1.4 Ikrar Murid telah diketuai oleh adik Wan Muhammad Adam dari kelas 3 Topaz
Bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Abdul Hafiz |
Bacaan ikrar diketuai oleh Puan Nik Rosmaliza. |
Pengawas Sekolah membantu kelancaran majlis dengan menunjukkan cara mengangkat ikrar kepada murid-murid lain. |
Murid mengangkat ikrar |
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
Laporan guru bertugas pada minggu lepas telah disampaikan oleh Ustaz Hadri. Intipati laporan adalah seperti berikut:
- Kehadiran murid ke sekolah selepas era pandemik adalah amat baik. Walau bagaimanapun, murid-murid diingatkan supaya mematuhi waktu datang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Hal ini kerana terdapat beberapa murid yang kerap datang lewat ke sekolah sekaligus mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
- Kebersihan dan keceriaan sekolah berada pada tahap memuaskan. Masih terdapat murid yang membuang sampah di merata-rata tempat terutamanya di kantin dan dewan.
- Program Sambutan Hari Raya yang telah diadakan pada minggu lepas berjalan lancar. Murid sangat gembira dan disiplin murid sangat terkawal. Syabas!
- Tema ucapan adalah Sayangi Sekolah.
- Terdapat berbagai-bagai cara untuk menyatakan semangat menyayangi sekolah. Murid-murid mesti tanam dalam minda bahawa sekolah adalah tempat mulia yang harus dihormati.
- Murid-murid perlu menghormati guru dan warga sekolah. Sentiasa jaga tingkah laku dan tutur kata dengan bercakap sopan dan patuh pada arahan dan undang- undang sekolah.
- Murid-murid juga mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat, jaga kebersihan kelas dan makan dengan tertib di kantin semasa waktu rehat.
- Perhimpunan adalah medium di mana segala maklumat, ucapan yang disampaikan oleh guru dapat didengari oleh semua murid & diambil tindakan yang sewajarnya.
- Perhimpunan juga merupakan pentas berkongsi kejayaan dan pencapaian warga sekolah. Kejayaan terkini yang dirangkul oleh sekolah ialah melalui kriket SRCC dalam Pertandingan Persahabatan menentang pasukan Wanita Kebangsaan Bawah 19 Tahun
- Kita juga telah memasuki pertandingan Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Negeri Selangor. Semoga berjaya.
- Murid-murid diminta belajar & menghafal nyanyian tiga buah lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
- Murid-murid diwajibkan mematuhi waktu datang dan balik sekolah yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment