Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia menjadi rutin tahunan aktiviti di semua sekolah saban tahun. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana mengadakan sambutan julung kalinya tahun ini setelah dua tahun menjalani tempoh PKP seluruh negara. Majlis sambutan diadakan pada 19 Ogos 2022.
Objektif program ini dijalankan adalah:
- Memupuk rasa cinta kepada negara dalam kalangan warga sekolah
- Memperkukuh semangat setia negara dan jati diri
- Menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara
- Mensyukuri perjuangan generasi terdahulu
- Menghayati dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
Berikut coretan bergambar sepanjang majlis dijalankan..
Barisan pentadbir bersama YDP PIBG SKTPP |
Barisan pentadbir Dari kiri Puan Guru Besar, PK Kurikulum, PK HEM, PK Kokurikulum dan Penyelaras PPKI |
Pasangan sedondon |
Kenangan bersama murid PPKI |
Semangat dalam jiwa cilik |
Semangat kemerdekaan diterapkan pada semua murid |
Pemenang Pakaian Beragam Kategori Guru dan Kakitangan SKTPP |
Gimik perasmian (Lakonan semula Perjanjian London 1956)
Rundingan antara Tuanku Abdul Rahman berbincang dengan Kerajaan British berlangsung selama tiga minggu. Perjanjian London telah dimeterai oleh pihak Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan kerajaan British. Menurut perjanjian itu, Perksekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada akhir bulan Ogos 1957.
British sedar bahawa mereka tidak dapat menghalang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi dalam masa yang sama mereka cuba mempertahankan kepentingan mereka di Tanah Melayu.
Hasil rundingan, pangkalan tentera British masih dikekalkan di Tanah Melayu. Dengan itu British akan melindungi negara kita dari ancaman luar, di samping mengawal kepentingan mereka di rantau ini.
Apabila rombongan Parti Perikatan pulang ke tanahair, mereka diberi sambutan meriah. Di Padang Bandar Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di hadapan rapat umum yang besar.
Rundingan dijalankan |
Persetujuan dicapai |
Pengumuman oleh Tunku Abdul Rahman |
Pelakon Perjanjian London 1956 Dari kiri Hanin Aqilah, Hafiey Putra, Azmer, Danish, Nitesh, Adam Syakir |
Semoga sambutan seperti ini dapat menanam semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid. Berjumpa lagi pada sambutan tahun yang akan datang..
No comments:
Post a Comment