Saturday, January 14, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-37 (Sesi Petang)

Tarikh : 9 Januari 2023 - 13 Januari 2023

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1. Nor Amirulfitri bin Othman

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Mohamad Fuzi


Barisan guru-guru bertugas minggu ini.

Awal bismillah pembuka bicara,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini adalah minggu ke-37 persekolahan sesi 2022/2023. Warga SKTPP serta murid-murid hadir penuh semangat ke sekolah, berbekalkan harapan setinggi gunung, mengumpul setiap pengalaman yang mampu digapai.


Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan perdana sebelum perhimpunan dimulakan. Majlis perhimpunan rasmi mingguan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. 



 Sebuah kelainan majlis perhimpunan pada minggu ini adalah lawatan serta demonstrasi aksi seni mempertahankan diri Tae Kwon Do yang mendebarkan oleh atlet-atlet daripada Kelab Koryo TKD Club Mas. Demonstrasi ini bertujuan menarik minat murid terhadap seni bela diri serta menggalakkan penyertaan murid dalam sukan tersebut.


Demonstrasi Tae Kwon Do

    
        Pada hari Rabu pula, telah berlangsungnya satu majlis yang cukup bermakna buat semua warga SKTPP iaitu Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Cikgu Zabedah binti Othman (3 Disember 1990 - 11 Januari 2023). Majlis ini diadakan bersempena dengan persaraan Cikgu Zabedah yang dikasihi. Setelah 18 tahun berkhidmat di sekolah ini (dari 1 Januari 2005 hingga 11 Januari 2023), akhirnya masa untuk beliau bersara telah tiba. SKTPP akan kehilangan insan yang banyak menabur bakti di sekolah ini. Selepas ini kelibatnya tidak akan lagi kelihatan di sekolah kerana hari ini adalah perjalanannya yang terakhir sebagai seorang pendidik di sekolah ini. 





  Pada hari Khamis pula prasekolah SKTPP telah mengadakan rombongan lawatan ke G2G Animal Garden Maeps dan Kilang Coklat Beryl's. Lawatan ini merupakan satu pengalaman baru buat anak-anak prasekolah SKTPP. Betapa indahnya apabila melihat senyuman manis mereka saat bergembira semasa lawatan ini. Begitulah sikap dan santun para guru SKTPP dalam meraikan anak-anak prasekolah umpama melayan anak sendiri. Tidak ada seorang pun yang disisih atau diabaikan. Semoga kenangan yang tercipta ini akan dikenang anak-anak prasekolah.




    Pada hari Jumaat telah diadakan satu majlis perpisahan buat Puan Elly Irna binti Mohd Daruri. Majlis ini bersempena dengan pertukaran Pembantu Tadbir SKTPP, Puan Elly ke SK Bestari Jaya, PPD Kuala Selangor mulai 16 Januari 2023. Walaupun singkat sahaja tempoh masa beliau berkhidmat di SKTPP tetapi disebabkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Puan Elly serasa begitu lama kami mengenali Puan Elly. Sesungguhnya kami akan kehilangan sebutir lagi permata yang begitu rajin, cekap, baik hati dan sangat berdedikasi. Semoga Puan Elly sihat sentiasa, terus cemerlang di sekolah baru dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Terima kasih kami ucapkan buat Pn. Elly yang banyak berjasa. 


Jamuan perpisahan Puan Elly

            Alhamdulillah minggu ke-37 ditutup dengan lancar tanpa sebarang masalah besar atau kemalangan. Terdapat juga beberapa hal kecemasan serta masalah kesihatan yang dialami oleh murid-murid namun telah diuruskan dengan baik oleh para guru. Semoga SKTPP terus maju dalam segenap bidang. 


Disediakan oleh, 
Nor Amirulfitri bin Othman

No comments:

Post a Comment