... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, September 14, 2023

Hari Jalinan Mesra Siri 1/2023 (Sesi Petang)

Pada 14 September 2023 telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri 1/2023 sesi petang bertempat di kelas masing-masing bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.  Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi mengetahui perkembangan semasa pembelajaran dan situasi anak-anak di sekolah.

Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.


Latar Belakang

Ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

 

Objektif

·                     Memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru berkaitan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak.

·                     Ibu bapa atau penjaga dapat bertukar pendapat dan berbincang dengan guru-guru mengenai isu-isu berkaitan anak-anak dan cara mengatasinya demi kepentingan bersama.

·                     Berkongsi pengetahuan dan memberi penerangan yang lebih jelas berkaitan kepentingan dan pelaksanaan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 kepada ibu bapa atau penjaga.

 

Berikut dikongsikan warna-warni potret Hari Jalinan Mesra Siri 1/2023 bagi sesi petang yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.



Poster hebahan mengenai Hari Jalinan Mesra Siri 1/2023


Cikgu Rozimah bertugas sebagai penunjuk arah membantu ibu bapa mengetahui lokasi kelas anak masing-masing.


Sistem giliran nombor di kelas bagi memudahkan urusan ibu bapa berjumpa dengan guru kelas.


Kaunter sumbangan PIBG juga disediakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk melunaskan sumbangan PIBG.


Cikgu Siti Aisah, guru kelas 1 Brocade menerangkan perkembangan murid kelasnya.

Ustazah Ummu Athiah, guru kelas 1 Crepe bersama ibu bapa yang hadir.


Cikgu Nurul Hanani, guru kelas 1 Denim tekun mendengar luahan dari ibu murid kelasnya.


Ustazah Zalina, guru kelas 1 Jersey menerangkan kepada bapa murid berkenaan prestasi anaknya.


Cikgu Suphasara Supranie, guru kelas 1 Satin bersama salah seorang ibu murid kelasnya.


Cikgu Azlin, guru kelas 1 Lycra.


Ustazah Farhana, guru kelas 1 Organza.


Cikgu Norazmira, guru kelas 1 Polyester.


Cikgu Wan Mahani, guru kelas 1 Rayon.


Cikgu Nor Holwani, guru kelas 1 Viscose berbincang dengan ibu kepada murid kelasnya.


Ustazah Halijah, guru kelas 1 Wool bersama ibu dan bapa murid kelasnya.


Pembantu kelas 2 Chevrolet, Cikgu Ahmad Junaidi menunggu kehadiran ibu bapa.


Cikgu Nur Malisha, guru kelas 2 Daihatsu menerangkan sesuatu kepada bapa murid berkenaan prestasi murid tersebut.


Ustazah Nor Saadah, guru kelas 2 Ferrari.


Ustazah Nora Azean, guru kelas 2 Honda.


Ustazah Rosmanini, guru kelas 2 Porsche.


Cikgu Suziana, guru kelas 2 Toyota.


Cikgu Ranjiny, guru kelas 2 Volkswagen bersama ibu dan bapa murid kelasnya.


Cikgu Nor Nadzirah, guru kelas 3 Camar.


Cikgu Amalina, guru kelas 3 Cenderawasih memberitahu prestasi murid kelasnya kepada waris yang hadir.


Ustazah Norazah, guru kelas 3 Enggang.


Ustazah Fadhilah, guru kelas 3 Kasawari.


Cikgu Rohani, guru kelas 3 Kenari.


Ustazah Hastipa, guru kelas 3 Merak berbincang mengenai prestasi murid kelasnya.


Ustazah Nor Rafini, guru kelas 3 Merpati.


Cikgu Norhana, guru kelas 3 Rajawali.


Ustazah Nor Farhani, guru kelas 3 Tempua.








Ibu bapa dan penjaga yang hadir sabar menanti giliran masing-masing.

Cikgu Azizah, guru kelas Prasekolah.


Disediakan oleh;

Maizara binti Mahat

No comments:

Post a Comment