Wednesday, November 8, 2023

Sambutan Hari Kanak-kanak SK Taman Putra Perdana Tahun 2023 (Sesi Petang)


Tema : Memperkasakan Kanak-kanak, Membina Masa Depan Yang Lebih Baik 

Pada hari Rabu 8 November 2023, telah berlangsung dengan jayanya majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SK Taman Putra Perdana (sesi petang). Sambutan pada hari ini berjalan dengan suasana yang meriah dengan persembahan Talentime dari murid-murid. Majlis bermula pada pukul 3.30 petang dan dipengerusikan oleh Cikgu Nik Rosmaliza dan Cikgu Sidratul Ayuni. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil. 
Seterusnya, majlis menjemput adik Adni Nisrina binti Mohd Zuhdi dari kelas 3 Tempua untuk memberikan ucapan bersempena Hari Kanak-Kanak bagi mewakili murid-murid SKTPP.
Selesai ucapan wakil murid, Tn Hj Megat Md Saleh bin Md Arshad, YDP PIBG turut menitip pesanan dan meluahkan rasa gembira melihat wajah-wajah murid SKTPP yang ceria dan teruja untuk menyambut Hari Kanak-Kanak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. 

Mari kita saksikan gambar-gambar yang menarik yang sempat dirakam sepanjang perjalanan sambutan Hari Kanak-kanak tahun ini..

Pengerusi majlis yang petah menyusun bicara

Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz

Ucapan wakil murid oleh adik Adni Nisrina 

Ucapan penuh semangat oleh Tn Hj Megat Md Saleh (YDP PIBG)

Ucapan perasmian oleh Bonda Pn Hajah Rohaidah (GB)



Gimik pelancaran majlis sambutan Hari Kanak-kanak

Cikgu Nor Arzah mengumumkan Tokoh Kanak-Kanak tahun 2023

Muhammad Kamal Aisy dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang

Persembahan koir kelas 3 Tempua bertajuk Hijau

Persembahan solo Fasya Ariana 3 Kasawari bertajuk Bila Nanti

Persembahan tarian 2 Volkswagan bertajuk Lemak Manis

Persembahan Duet Harraz dan Ziyad Malam Semakin Dingin

Persembahan tarian 2 Daihatsu 

Persembahan trio bertajuk Manisnya Senyumanmu

Persembahan Senamrobik kelas 2 Lamborgini

Gambar dan video kenangan bersama sebahagian guru sesi petang


Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang tahun 2023

Nama : Muhammad Kamal Aisy bin Kamarulzaman
Tarikh Lahir : 11 Januari 2014
Tempat Lahir : Hospital Annur Bangi, Selangor
Hobi : Bermain bola sepak
Cita-cita : Saintis 
Jawatan : 
1. Ketua Pengawas Sekolah tahun 2023
2. Pengawas Sekolah Tahun 2022

Penyertaan & pencapaian aktiviti/program di sekolah: 
1. Mewakili Rumah Kasturi bagi acara olahraga 4 x 50 meter tahun 2 (2022)
2. Mewakili Rumah Kasturi bagi acara olahraga 4 x 75 meter dan 75 meter (2023)
3. Tempat Kedua Pertandingan azan Tahap 1 peringkat SKTPP (2022)
4. Pertandingan nyanyian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tahap 1 peringkat SKTPP ( 2022)
5. Kursus Pemimpin Muda Sekolah SKTPP (2022 & 2023)
6. Tempat Pertama Pertandingan azan peringkat sekolah tahap 1 2023
7. Ahli Taekwando Koryo (tali pinggang merah) SKTPP

Penyertaan & pencapaian aktiviti/program di luar sekolah: 
1.Tempat Kedua Pertandingan azan dan iqamat Daerah Sepang ( wakil  SRAPP) 2023
2.Tempat Pertama Pertandingan koir patriotik peringkat sekolah SRAPP 2023
3. Grading Certificate 7th Grade (tali pinggang merah 2), kwans Taekwando 
4. Juara Bowl Pertandingan lagila soccer tournement U9, (mewakili Kelab TPP FC), 2023
5. Juara Bowl pertandingan lagila soccer tournement U10 (mewakili Kelab TPP FC) 2023
6. Juara Shield pertandingan lagila soccer tournement u9 (mewakili Kelab TPP FC) 2003 
7. Finisher larian bendang (dengan medal) (5km), Sabak Bernam, sempena hari ststistik malaysia Okt 2023

Mari kita saksikan bingkisan memori tokoh kanak-kanak yang telah dihasilkan oleh Cikgu Noor Azlinda. Terima kasih cikgu atas idea dan kreativiti pembikinan video tersebut.



Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras program, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Kanak-kanak, pihak pentadbir dan semua yang teribat secara langsung atau tidak langsung. Semoga majlis ini memberi seribu kenangan manis buat anak-anak didik, khususnya bagi murid tahap 1. Jumpa lagi pada tahun hadapan. 

Pautan buku program Sambutan Hari Kanak-kanak tahun 2023


Disediakan oleh:

Nor Saadah binti Ab Halim
Rusmanini binti Rahim

No comments:

Post a Comment