Tarikh : 8 Januari 2024
Guru Bertugas : Kumpulan B
Senarai Buru Bertugas Kumpulan B:
1. Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris
2. En. Afandi bin Mat Zain
3. Pn Suriyana binti Nanyan@Salim
4. Pn. Ranjiny A/P Rajah
5. Pn. Nor Saadah binti Abd Halim
6. Pn. Nor Holwani binti Yahaya
7. Pn. Nur Wahidatuldinah binti Hassan
8. Pn. Ummu Athiah binti Hj Hashim
9. Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim
10. Pn. Saliza
Senarai Guru Bertugas
Perhimpunan Mingguan
1.0) Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar.
- Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
- Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhd Iyadh Qayyim bin Mohd Izham(3 Tempua)
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan dipimpin oleh Ustaz Hadri.
- Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Ahmad Aryan Zakwan bin Sarifuddin.
Bacaan doa oleh adik Muhd Iyadh Qayyim bin Mohd Izham(3 Tempua)
Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
Bacaan ikrar murid oleh adik Ahmad Aryan Zakwan bin Sarifuddin (3 Tempua)
2.0) Laporan guru bertugas minggu 37 disampaikan oleh Pn. Azizah binti Abdul Hamid.
- Murid perlu menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekitar sekolah. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
- Murid diingatkan tidak berlari dan bermain di dalam surau sekolah.
- Murid diingatkan agar tidak berebut-rebut ketika membeli makanan. Murid juga tidak dibenarkan makan di Dewan Perdana dan Dewan Putra.
Laporan guru bertugas Pn. Azizah binti Abd Hamid
3.0) Ucapan Guru Bertugas disampaikan oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris.
- Bercerita tentang Tokoh Ilmuan Islam; Ibnu Sina
- Murid diingatkan agar sentiasa menjaga disiplin ketika berada di sekolah.
- Murid juga diingatkan agar tidak berlari atau melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecederaan.
4.0) Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rohaya binti Rosdi.
- Pn. Rohaya mengingatkan murid agar sentiasa menjaga diri, tidak merayau-rayau ketika waktu belajar dan tidak membuang sampah merata-rata.
5.0) Penyampaian medal bagi Kejohanan Maestro Little League Super 10.
Senarai murid yang terlibat ialah:
1. Mohd Khairul Nazim bin Azmi ( 3 Kasawari)
2. Amsyar Rizqin bin Ahmad Junaidi (2 Rayon)
3. Adib bin Abdullah ( 2 Porsche)
4. Mohd Darwish bin Mohd Husairul (3 Enggang)
5. Muhd Aidil Habib bin Khairuddin(2 Daihatsu)
6. Sufi Nur khadijah binti Mohd Rusdi (3 Merpati)
6.0) Perhimpunan bersurai pada pukul 1:45 petang
No comments:
Post a Comment