Unit Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimipin yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru.Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai pengawas, pengawas PSS, ketua dan penolong ketua kelas.Sebagai pemimpin kepada murid-murid, adalah wajar barisan kepimpinan ini, menunjukkan bakat kepimpinan dan menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.
Kursus Pemimpin Muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugasan harian.Ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapatkan kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.
Objektif :
- Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah ,dedikasi dan penuh tanggungjawab
- Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
- Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi sarta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
- Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.
Tujuan Program :
- Persediaan fizikal, mental dan emosi perlu diberikan kepada barisan pemimpin ini,supaya sentiasa bersedia dalam memimpin diri dan organisasi ke arah kebaikan sekolah.
- Sikap yang baik dan disiplin diri perlu ditunjukkan oleh para pemimpin yang dipilih ini kerana ia penting ke arah kecemerlang tugas mereka.
- Dapat membantu mewujudkan semangat berpasukan dan saling bantu membantu dalam menjalankan tugas, membantu guru-guru, mengawal disiplin murid-murid.
No comments:
Post a Comment