... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 5, 2024

 Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024


Pada 5 Ogos 2024 iaitu hari Isnin, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2024. Program ini merupakan agenda utama setiap tahun untuk warga SKTPP. Murid-murid dan seluruh warga sekolah diharap dapat merasai pengalaman menyambut hari kemerdekaan melalui aktiviti sambutan yang diadakan di peringkat sekolah. Aktiviti ini juga diadakan bagi memupuk  semangat cintakan negara dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan warga SKTPP.

Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Sambutan Bulan Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2023 adalah bertemakan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”.


Objektif program ini adalah :

1.  Menyemai semangat cinta akan negara melalui pembentangan murid tentang kemerdekaan negara

2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada negara

3. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama dengan penyertaan aktiviti memperagakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia

4.Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme

5.  Mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara melalui aktiviti melukis potret tokoh negara


Poster Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024

Buku Program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia




Saksikan bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang telah berlangsung di dewan perdana.


Majlis ini telah dikendalikan oleh Puan Nurliza dan Cik Roslinda (sesi pagi) serta Puan Nik Rosmaliza dan Encik Nor Amirul Fitri (sesi petang) selaku pengerusi majlis dan diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman dan Ustaz Abdul Hafiz dengan harapan agar program berjalan dengan baik dan lancar serta dipermudahkan segala urusan.










Poster Pertandingan Hari Kebangsaan




Disediakan oleh,

Ranjiny Rajah

Ahli Jawatankuasa
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan
SK Taman Putra Perdana



No comments:

Post a Comment