... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, September 29, 2024

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kali Ke-2 Sempena Program Sekolah Pengajar SKTPP 2024

 Tarikh    : 28 September 2024 (Sabtu)

 Masa     : 7.30 pagi - 12.00 tengah Hari

 Tempat  : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

 Tema     : "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera"

 Objektif Program;    1. Memperkukuhkan kemahiran digital dalam kalangan guru seiring dengan                                      perkembangan dan perubahan teknologi pendidikan.

                                 2. Memperkasa dan memantapkan profesional perguruan khususnya                                                 menjana kapasiti guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran                                             mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid.

                                 3. Membentuk kerjasama dan semangat kekitaan dalam sebuah organisasi.

Personalia          : 1. Pn Noraya Elya binti Mohamad,
                              Penolong PPD, Unit Sumber Teknologi Pendidikan, PPD Sepang

                              2. Encik Fakhruddin bin Baharum,
                              Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat

Berikut adalah antara perjalanan Program LADAP tersebut.

Buku program yang dihasilkan oleh Pn Siti Aisyah binti Mat Zain &
Pn Nur Adneen Nasuha binti Ahmad Rizal

    Bagi mengetahui maklumat lanjut berkaitan program boleh klik pautan buku program 
    
    Sesi pendaftaran program ini bermula seawal 7.30 pagi. Selepas sesi pendaftaran guru-       guru boleh menikmati sarapan di kantin sekolah sementara menunggu acara yang dijangka     bermula bermula pada pukul 8.15 pagi.

    Acara bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis, sesi bacaan doa dan ucapan aluan     oleh Tuan Guru Besar, Encik Mohd Izzuddin bin Yoop.

   Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung.

Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Mohd Izzuddin bin Yoop

Puan Noraya Elya memberi ceramah bertajuk : Penggunaan Pelantar DELIMa

Guru-guru sedang mengikuti ceramah slot 1 bersama Puan Noraya Elya

Guru-guru yang berjaya menjawab soalan-soalan sepanjang ceramah 
Puan Noraya Elya mendapat imbuhan sebiji epal

Sesi penyampaian cenderamata dan sijil oleh Tuan Guru Besar 
kepada Puan Noraya Elya setelah ceramah slot 1 selesai

 Sesi LADAP berhenti rehat seketika setelah slot pertama selesai. Slot ceramah yang kedua   bermula lebih kurang pukul 11.00 pagi. Ceramah slot ke-2 ini telah disampaikan oleh Encik     Fakhruddin bin Baharum bertajuk Pembugaran SSDM.

Slot ceramah ke-2 berkaitan Pembugaran SSDM oleh Encik Fakhruddin

Sesi penyampaian cenderamata dan sijil untuk En Fakhruddin oleh Tuan Guru Besar

Sesi merakamkan gambar beramai-ramai bersama penceramah 
diakhir program LADAP Kali Ke-2

    Program ini berakhir lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Semoga guru-guru dapat                mengaplikasikan ilmu yang dipelajari pada hari ini dalam pengurusan kerja harian yang           lebih mantap dan profesional. 

    Disediakan oleh :
    Pn Rozimah binti Yaakob
    Pn Norazian bin Mat Anuar
    (AJK Posting Blog)

No comments:

Post a Comment