BUKU PROGRAM |
Dalam usaha untuk meningkatkan peratus kehadiran murid pasca UASA, satu inisiatif dicadangkan melalui aktiviti apresiasi haiwan eksotik hasil kerjasama unit HEM dan PIBG SKTPP. Aktiviti ini untuk menarik minat murid agar lebih bersemangat hadir ke sekolah dan melalui program ini juga, murid-murid berpeluang berinteraksi dengan haiwan dalam suasana yang menyeronokkan dan mendidik.
Selain itu, program ini mampu memberi peluang untuk murid mendapatkan ilmu secara nyata dengan melihat, memegang, menyentuh, bermain serta tidak ketinggalan pengalaman memberi makan kepada haiwan dalam pameran tersebut.
Lebih 100 ekor haiwan dipamerkan dalam pameran tersebut dan apa yang menyeronokkan lagi, murid-murid boleh merakamkan gambar bersama haiwan sebagai kenang-kenangan pada masa akan datang. Keterujaan jelas terpancar melalui riak wajah murid-murid sepanjang pameran berlangsung.
Berikut momen-momen yang boleh disaksikan sepanjang 2 hari program berlangsung :
See and touch |
Masing-masing ingin mencuba memegang ular😑 |
Alpakar yang ditunggu-tunggu |
Selain melihat pameran, sesi bergambar pun ada |
Cikgu-cikgu tidak melepaskan peluang bergambar dengan haiwan-haiwan ini |
Lagi koleksi gambar di dalam pautan youtube.Boleh klik link di bawah
No comments:
Post a Comment