... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 24, 2025

PELUNCURAN PEMBUGARAN PROGRAM GURU PENYAYANG TAHUN 2025

PELUNCURAN PEMBUGARAN PROGRAM GURU PENYAYANG TAHUN 2025

Tarikh: 24 Februari 2025

Masa: 7.30 pagi 

Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Program guru penyayang merupakan salah satu dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang Tahun 2025 telah berlangsung dengan lancar pada 24 Februari 2025. 

Pelaksanaan program ini diharap dapat menyebar luas dan membugarkan pelaksanaan aktiviti program guru penyayang bagi tahun 2025 kepada semua murid dan guru di SK Taman Putra Perdana serta meningkatkan keprihatinan guru terhadap keperluan murid dan menunjukkan sikap penyayang dalam usaha membentuk dan mendidik murid-murid dari segi sahsiah  dan akademik. 

Program dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan ucapan pengacara majlis. Seterusnya, nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah, bacaan doa, bacaan ikrar dan sesi memperkenalkan barisan guru bertugas mingguan.

Kemudian,  majlis diteruskan dengan ucapan aluan pengacara majlis, ucapan perasmian oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop, Guru Besar SK Taman Putra Perdana, gimik peluncuran 'Pembugaran Program Guru Penyayang Tahun 2025' diikuti dengan sesi memperkenalkan AJK Guru Penyayang bagi tahun ini. Majlis bersurai pada jam 8.15 pagi dengan jayanya.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang dapat dirakam semasa majlis berlangsung:

Gambar 1: Barisan guru bertugas dan gimik peluncuran 'Pembugaran Program Guru Penyayang'


Gambar 2: Ucapan Guru Besar, En Mohd Izzuddin bin Yoop serta tayangan video.


Gambar 3: Barisan Guru Penyanyang Tahun 2025


Gambar 4: Buku Program Majlis Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang Tahun 2025



Sekalung tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa guru penyayang, pihak pentadbir, guru-guru serta murid-murid atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang majlis 'Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang'. Semoga semua objektif dan matlamat yang digariskan berjaya dicapai seterusnya mewujudkan suasana sekolah yang harmoni. 

Disediakan oleh,
Pn. Nur Murni binti Abdullah.


No comments:

Post a Comment